zwani.com myspace graphic comments

Anak Hiperaktif Anak Yang Hebat

Kita mungkin sering tertanya : 'Apakah kriteria kanak-kanak hiperaktif?' Selalunya, kita beranggapan kanak-kanak hiperaktif bersifat pemarah, buas, ganas, suka memberontak, bersikap agresif dan sukar dikawal. Ada juga yang mengatakan anak hiperaktif lebih suka bermain, tidak suka belajar, tidak boleh duduk diam, suka melakukan perkara-perkara yang berbahaya dan sangat berani.

Yang lain pula berpendapat, anak hiperaktif bertindak pantas, aktif dan tidak dengar cakap dan agak degil. Semua ini hanyalah sebahagian daripada pelbagai gambaran negatif terhadap seorang anak yang dilabelkan sebagai hiperaktif. Persoalannya, adakah anak hiperaktif boleh dianggap sebagai anak yang bermasalah? Sebenarnya, apa jua tingkah laku anak-anak samada baik atau buruk dikawal oleh otaknya. Otak yang mengawal segala aktiviti samada yang wujud dalam bentuk perubahan emosi mahupun perubahan tingkah laku.


Otak adalah organ pertama yang terbentuk dan menjadi pusat pentadbiran manusia dan mula dibina sejak hari ke 16 kehamilan. Empat bulan pertama sewaktu dalam kandungan, 100 bilion hingga 1 trilionsel-sel neuron dibina untuk membolehkan otak berfungsi. Sel-sel neuron tersebut kemudiannya mengalami proses kematangan masing-masing. Ketika anak dilahirkan kematangannya mencapai tahap 25 peratus. Seterusnya meningkat sehingga 50 peratus sewaktu enam bulan, 85 peratus ketika berusia tiga tahun hinggalah mencapai 95 peratus kematangan apabila berumur 6 tahun.


Hakikatnya, sejak anak dilahirkan sehingga mencapai umur enam tahun, otak yang dimiliki oleh kanak-kanak sebenarnya mampu melakukan apa sahaja yang mampu dibuat oleh otak orang dewasa. Ini bermakna, setiap rangsangan yang diterima oleh anak dalam apa jua bentuk yang boleh didengar, dilihat, disentuh dan dirasai akan diterima dan diolah oleh sistem otaknya. Otak inilah yang menjadi penggerak kepada seluruh anggota tubuh seseorang. Kerana inilah Al-Ghazali r.a pernah berkata "Barangsiapa dapat mengawal dunia dalamannya makan mudahlah baginya untuk mengawal dunia luarannya.

0 comments:

Newer Post Older Post Home

Read The Quran