zwani.com myspace graphic comments

Solar Power Panel


Salam perkenalan. Saya Shahrul Fitri@eddie, suami Intan. Saya hendak berkongsi pengalaman rakan saya yang baru pulang dari Jepun melawat Tokyo Motor Show 2007 yang terkenal itu. Dia mendapati rata-rata premis perniagaan, rumah kediaman malah bas serta kenderaan awam memasang solar panel. Rumah kediaman dan premis perniagaan memasangnya untuk 'lighting' atau pencahayaan dan peralatan yang bervoltan sederhana (seperti lap top, sistem stereo, pemanas air dan lain-lain) dan telah menjimatkan banyak wang dari perlu membayar bil elektrik yang tinggi. Ianya telah menjadi suatu trend di sana sekarang. Masalahnya apabila rakan saya itu hendak membelinya untuk dibawa pulang ke Malaysia (yang berharga dalam RM500/unit yang mampu menerangi seluruh rumahnya untuk lebih dari 10 tahun), penjual tidak dapat menjual kepadanya kerana menurutnya kastam Malaysia pasti akan mengambil solar panel itu. Kerajaan Malaysia & Singapura hanya membenarkan solar panel untuk sistem pemanas air (water heater) sahaja. Adakah ini benar? Saya pun tak tahu. Kalau ini tidak benar, harap tinggalkan komen anda. Menurut penjual Jepun itu, di Malaysia & Singapuralah tempat yang paling sesuai untuk solar panel ini digunakan kerana kita mendapat cahaya matahari yang optima di sini. Cuba bayangkan berapa banyakkah bil elektrik yang mampu dijimatkan sekiranya kerajaan membenarkan ia dijual di sini. Berita yang kita dengar beberapa hari lalu jelas menunjukkan bahawa kadar tarif bil elektrik akan dinaikkan lagi pada tahun hadapan. Yang pasti sekiranya solar panel ini dibenarkan, hasil dari kutipan caj bil elektrik kita akan berkurangan.




Foto-foto menunjukkan bukan sahaja solar panel dipasang di bumbung2 rumah, malah di seluruh bandar seperti lampu jalan, lampu pada papan tanda, mesin tiket parking, bumbung bas dan malah sistem pam dan pencahayaan di stesen2 petrol juga menggunakan tenaga suria. Perlu diingat, ini bukan kemajuan, tetapi kebijaksanaan. Bilakah kita akan 'dibenarkan' untuk membuat pilihan yang bijaksana? Harap2 ianya tidak mengambil masa yang lama. Kerana banyak negara2 dunia ketiga sudahpun menggunakannya.

4 comments:

kita selalu lambat absorb benda baru..nanti dh basi baru kita bergerak ke arah itu...ermmm

November 7, 2007 at 4:56 PM  

Betul tu. Tapi, di Australia bagaimana pulak?Adakah alat ini meluas digunakan di sana?Boleh kongsi pengalaman dgn kami?

November 7, 2007 at 7:32 PM  

di Australia Barat kurang penggunaan tapi ada initiatives dan research kat situ...berbanding dgn Japan atau europe...

November 7, 2007 at 9:45 PM  

memang berbaloi untuk memakai benda alah ni, banyak kos elektrik boleh dijimatkan tapi mmg tak tau bila akan benarkan penjualannya di sini. Mungkin kalau penggunaan dibenarkan, pengguna akan beralih arah ke sistem suria berbanding TNB dan pastinya kantung TNB akan susut.itu pendapat saya saja...

November 7, 2007 at 11:44 PM  

Newer Post Older Post Home

Read The Quran