zwani.com myspace graphic comments

Taman Permainan - Ketahui Manfaatnya

Menghabiskan hujung minggu bersama anak-anak di tempat permainan sama ada di taman atau pun di tempat tertutup pasti merupakan satu detik yang menyeronokkan bagi anak kita. Kewujudan pelbagai jenis alatan permainan di sekitar taman di mana saja memberikan pilihan kepada kanak-kanak. Alat permainan terbahagi kepada dua iaitu permainan luar dan permainan dalam. Permainan luar merujuk kepada peralatan mainan yang disediakan di satu kawasan luar khusus untuk kanak-kanak bermain. Kemudahan ini terdapat di taman atau kawasan-kawasan perumahan.

Taman permainan luar bukanlah satu yang janggal didengar. Namun bagaimana pula dengan taman permainan dalam? Tidak ramai yang menyedari kewujudannya. Apatah lagi menyediakan kemudahan taman permainan dalam di tempat kediaman masing-masing. Kebanyakan ibu bapa gemar membawa anak mengunjungi padang permainan yang terletak berhampiran dengan rumah masing-masing. Namun, bagi bayi yang baru belajar untuk merangkak atau pun baru bertatih, ia bukanlah suatu tempat pilihan yang sesuai.

Padang permainan yang luas dengan hamparan rumput yang menghijau bukanlah tempat yang ssesuai bagi bayi bermain. Apabila dibawa ke sana, mereka hanya mampu duduk diam dan bersantai di dalam kereta sorong. Mereka tidak mempunyai banyak pilihan melainkan tidur ataupun berbaring sambil mendengar hiruk-pikuk kanak-kanak lain bermain. Bagi yang sudah boleh merangkak atau berjalan pula, mereka hanya dapat berada di sisi ibu sambil memerhati.

Anak kecil ini tidak bebas bermain di padang permainan. Lantaran itu, mereka lebih memerlukan persekitaran taman permainan dalaman berbanding padang permainan yang luas.

0 comments:

Newer Post Older Post Home

Read The Quran