zwani.com myspace graphic comments

Lakukan Aktiviti Fizikal

Aktiviti fizikal merangkumi semua pergerakan badan yang menggunakan tenaga dalam kehidupan seharian seperti bekerja, berekreasi, bersenam dan bersukan. Hidup tidak aktif boleh mengakibatkan kegemukan dan meningkatkan risiko mendapat penyakit seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes dan sakit sendi.

LAKUKAN AKTIVITI FIZIKAL
  • Lakukan aktiviti fizikal ringan hingga sederhana sekurang-kurangnya 30 mnit sehari; tempoh aktiviti boleh dijumlahkan sepanjang hari (sekurang-kurangnya 10 minit setiap kali)
  • Pilih aktiviti fizikal yang sesuai dengan kita
CONTOH AKTIVITI FIZIKAL YANG BOLEH DILAKUKAN SEPANJANG HARI

AKTIVITI RINGAN (60 MINIT SETIAP HARI)
  • Berjalan kaki
  • Aktiviti regangan
  • Aktiviti berkebun yang ringan
AKTIVITI SEDERHANA (30 MINIT SETIAP HARI)
  • Berjalan laju
  • Berbasikal
  • Berenang
  • Menari
  • Lompat tali
  • Aerobik
  • Berlari-lari anak
  • Turun naik tangga

0 comments:

Newer Post Older Post Home

Read The Quran