zwani.com myspace graphic comments


Berlari merupakan senaman yang paling mudah, tidak memerlukan sebarang kos atau dibebani dengan sebarang kelengkapan atau peralatan. Paling istimewa, ia dapat dilakukan di mana dan bila-bila sahaja. Senaman ringkas seperti ini jika dilakukan selalu dapat menjauhkan kita daripada tekanan, depresi dan kesan negatif yang terhasil daripada menopaus dan kehamilan. Bagaimana berlari boleh memberi manfaat terhadap emosi?

# Memberi rasa ketenangan

Aktiviti berlari meningkatkan aliran darah dan ini membuatkan kita lebih tenang dalam menghadapi tekanan dan mampu "melarikan" kita dari masalah yang dihadapi serta meregangkan otot-otot. Selain itu, beta-endorphin yang dihasilkan semasa berlari dapat meningkatkan emosi kita. Sebuah kajian menunjukkan bahawa berlari adalah efektif dalam menyembuhkan depresi yang berlaku akibat ketegangan/stress.

# Meningkatkan keyakinan diri

Kajian yang dilakukan Melpomene Institute mendapati bahawa berlari dapat meningkatkan kepercayaan diri. Ini dibuktikan oleh segolongan wanita yang menjalani aktiviti berlari adalah lebih berfikiran positif terhadap diri di mana mereka mampu memberi fokus pada kekuatan tubuh berbanding penampilan tubuh mereka.

# Meningkatkan kuasa kawalan diri

Aktiviti berlari juga mampu meningkatkan emosi. Menurut kajian Universiti Melbourne, ibu hamil yang melakukan senaman ini jarang mengalami kegelisahan dan memiliki tahap psikologi dan bentuk tubuh yang lebih baik. Tetapi mereka perlu mendapatkan nasihat daripada doktor sebelum menjalani aktiviti ini.


Sumber dipetik daripada majalah RAPI Mei 05

2 comments:

Salam Intan...

Hehe akak lari juga tapi kat treadmill jerr...dah tua2 nie kena excercise lerr.

June 16, 2008 at 2:30 PM  

Salam kak intan... wah sudah sekian lame menunggu entri terbaru kak intan. Akhirnya release jugak.

So critenaya, sekarang ni kak intan selalu lah bersenan ek? Oooo... patut laa abg spoting.. wakakkaa... gurau ek~

Kak intan ade mengikuti kelas erobik ker? Bagus jugak wanita yang menjadi suri umah sepenuh mase ni kalau diaorang bererobik. Bukan saje bleh slim macam slam dunk, malah memenuhi masa terluang mereka kat umah.

Dengan care macam ni, tadek laa terase boring sangat. Untuk yang tadek mase nak ke kelas erobik, ape kate tengok jer rancangan erobik kat TV1 @ TV2 pagi pagi. Berpaedah ape... dari melangut jer... kan bosan tuh.

Anyway tahniah untuk entri terbaru akak.

Kreuger®

June 16, 2008 at 10:54 PM  

Newer Post Older Post Home

Read The Quran