zwani.com myspace graphic comments

Hari Raya Ku

Masih belum terlewat untuk Intan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada pengunjung2 blog Intan.. Semoga Aidilfitri ini membawa kebahagiaan buat teman2 semua..

Walaupun Intan dikategorikan dalam meng'update' entry raya lambat..takpe la kann..Sape yang nak tengok, tengoklah..
Sape yang tak nak tgk, takpe.. Ada juga teman blogger di luar sana yg mengingatkan Intan pasal entry raya ni.. Kesempatan utk Intan meng'update' blog ni baru tiba..

Sekurang2nya, entry ni adalah utk tatapan anak2 Intan di masa mendatang. Bila mereka dewasa nanti, gambar kenangan sewaktu mereka beraya di alam kanak2 sentiasa terpahat di dalam blog ini. Sebenarnya, memang meriah setiap kali raya..Cuma peluang utk mengambil gambar tu agak terhad. Maklumlah, bila ada anak kecil ni..segala2nya jadi lambat..jadi payah.. Anak menangis la, nak itu..nak ini.. So, akhirnya masing2 terlupa nak ambil gambar..terlupa camera kat mane..Mane yang sempat di snap tu..adalah kenangannya di dalam gambar.. Tahun ni giliran utk sambut raya adalah di rumah mertua di Ampang, Selangor..











Wajah Shahir di pagi raya Aidilfitri

Bersama suami & anak2 tersayang



Hari Perjumpaan Keluarga


Seperti tahun2 sebelum ini, kami berkumpul di hari perjumpaan keluarga.di Pengerang, Johor.
Tahun ni acaranya berbeza sedikit dgn tahun2 sebelumnya. Kali ni diadakan acara sukaneka.











Seronok sakan masing2..Bila umur dah banyak, tiba2 kena masuk acara sukaneka...memang lawak. Macam2 gelagat org2 dewasa dan veteran yang mencuit hati. Kami dibahagikan kepada 4 kumpulan. Hehe, Shahir satu kumpulan dengan Intan(baby mesti sama kumpulan dgn ibunya kann)..

Segal
anya tersimpan di dalam memori ingatan. Cuma ada sedikit gambar yang boleh di simpan di dalam blog & album..Semuanya utk tatapan Intan & ahli keluarga juga kepada teman2 yang sudi mengikuti perkembangan serta aktiviti keluarga Intan..

Tapi rasanya bilangan ahli keluarga yang hadir tahun ni agak berkurangan berbanding tahun2 sebelumnya. Mungkin sebab perjumpaan kali ni dibuat pada hari raya ke 4. Masing2 dah pulang ke rumah. Tahun2 sebelum ni dibuat pada hari raya ke 3. Takpelah, yang penting silaturrahim antara saudara sedarah sedaging tetap utuh.. Yang muda tetap mengenali bapa saudara, emak saudara, sepupu sepapat.. Kalau tak dibuat acara seperti ini, takut masing2 tak mengenali antara satu sama lain..

Nanti Intan masukkan lagi gambar2 sewaktu sukaneka..Lambat betul nak loading utk masukkan gambar ni..Tak larat nak tunggu lama2...

2 comments:

Salam kak intan...
amboih... comeinye Sahir...
Kreuger suke laa boy. Memang dari dulu mak kreuger ade asuh anak orang.. paling kreuger suke layan budak lelaki... sebab baby lelaki kalau mase kecik-kecik memang qiut~

Ape ape pon selamat hari raya jugak untuk kak intan sekeluarga. Kreuger ambik kesempatan mohon ampun dan maaf kalau ade terkasar bahasa dan tersalah eja... ekeke~

Selamat hari raya akak dan keluarga.

Kreuger®

October 11, 2008 at 9:01 PM  

Salam Azman@Kreuger..

Akak pulak suka girl..mmg suka sgt dgn girl..suka belai2,ikat2 rambut baby girl.. tapi yg sedihnya akak takde adik pompuan ataupun anak pompuan..Baby girl lagi kiut..

Akak pun ambik kesempatan nak ucapkan selamat hari raya..mohon maaf jika ada terkasar bahasa yg menyinggungkan hati Azman..

Nanti ambiklah cuti turun ke JB..boleh berkenalan dgn family akak yg terdiri daripada lelaki2 belaka..

October 12, 2008 at 8:47 PM  

Newer Post Older Post Home

Read The Quran