zwani.com myspace graphic comments

HARI KELUARGA WARIS MASNUDDIN & ZAWYAH (24 DISEMBER 2022)


Ya Allah.. Berkurun lamanya tk menjejaki blog sendiri.. Tiba-tiba rindu bertaut kembali pd blog kesayangan hakak dulu2.. Jadi hakak masuk semula ke sini utk menari2kan jari-jemari di sini.. Rasa pelik, bingung mcm2 bercampur-baur.. Terlalu banyak kelainan blog dulu & skrg.. Mcm2 nk kena betulkan kat blog hakak ni.. Semuanya dh lari.. Blog hakak masih menggunakan format lama.. 

Dah terlanjur hakak masuk di sini, biarlah hakak simpan coretan kenangan hari keluarga di sini utk tatapan umum & waris2 Masnuddin & Zawyah.. 













Alhamdulillah.. Di izinkan Allah utk hakak  berkumpul dgn kaum keluarga Masnuddin & Zawyah ( 4&5 generasi ke bwh) pada 24 Disember 2022 yg lepas.. Hakak generasi ke 4.. Syukur Allah lancarkn & mudahkan segala urusan kami.  Cuaca baik, tidak terlalu panas & tk hujan.. Angin sepoi2 bahasa tambah pulak kampung hakak dkt dgn pantai.. Sejuk angin pantai.. 

Alhamdulillah salah sorang anak hakak (Shahir) dpt hadiah cabutan bertuah.. Ada slot persembahan dari setiap keluarga induk.. Ada slot games dari keluarga induk Mahmood.. Memang seronok sgt2.. Meriah.. Penuh dgn gelak ketawa.. Bersyukur sangat dpt berjumpa sanak saudara yg dh sekian lama tk bersua muka.. Dapat jumpa ramai sepupu2 kesayangan arwah mama hakak.. Sayangnya arwah mama hakak & 3 org pakcik hakak tak dpt lagi bersama kerana telah pulang bertemu Illahi.. 

Hakak simpan beberapa gambar yg sempat di ambil di sini utk kenangan.. Moga semuanya takkan berakhir di sini.. InsyaAllah moga Allah izinkn untuk kite berkumpul lagi dalam tempoh 2 tahun lagi.. InsyaAllah.. Aamiin Aamiin 🤲🏼 🤲🏼 🤲🏼 


#FDmasnuddinzaywah2022

Salam 2021

 Assalamualaikum semua..


Setelah berkurun lama blog ni bersawang, kini sy muncul kembali.. Tujuan asal saje nk jengah blog yg bersawang.. Tapi rasa kekok lain mcm.. Mmg berkurun tk jengah sini.. 


Moga kite semua dilindungi Allah dari segala musibah dan penyakit bahaya terutama sekali covid19 yg tgh mengganas..

Ingat semua.. JAGA DIRI, JAGA JARAK, JAGA SOP.. DUDUK DIAM2 DI RMH.. KITA JAGA KITA.. 




Assalamualaikum semua..

Tetiba rindu bertandang lagi pd blog yg dh bersawang ni.. kekok
rasanya setelah sekian lama tidak menarikan jari jemari di sini..

Sekarang dh bermulanya cuti sekolah akhir tahun.. Mesti memasing sibuk nk mncari destinasi percutian utk bawa anak2 bercuti.. Moga apapun yg anda lakukan, sentiasa dlm rahmat dan redha Illahi.. Moga selamat pergi & selamat kembali..

umpa lagi di lain coretan..

assalam..


Terasa Macam Orang Baru

Alhamdulillah.. setelah kian lama menyepi... akhirnya aku kembali lagi.. tapi kembali kali ini terasa seperti orang baru yang baru mengenali apa itu blog.. ekekekeke.. janggal pula rasanya nak menarikan jari-jemari di atas keypad ni..

Takpelah.. mgkin kerana sudah bertahun tidak mnjengah ke sini.. Nanti bila enjin dah panas, pasti tak janggal lagi..


Algenn, RxCrystal & Deeca


Pernah dengar tentang Algenn, Deeca atau RxCrystal? Jika nak tau, apa tu.. sila hubungi saya..

Khusus utk individu yang mencari alternatif lain utk sihat selain dari ubat2an konvensional..Kami menyediakan pilihan alternatif utk anda yang bebas dari bahan2 kimia atau dadah.. 
Setiap penyakit pasti ada ubatnya kecuali MATI..

UNTUK KETERANGAN LANJUT, HUBUNGI SAYA ; SABREENA 0167616521 atau email: intansabreena@yahoo.com



Anda sedang tercari-cari produk yang dapat membantu anda mencapai impian memiliki bentuk tubuh menawan? Supaya sedap mata suami memandang? Jangan risau!! Saya akan membantu anda untuk mencapai impian tersebut..

Setiap wanita inginkan bentuk tubuh yang menawan. Pereka fesyen terkenal, Putra Aziz yang menggayakan selebriti-selebriti seperti Lisa Surihani, Erra Fazira, Izara Aishah dan ramai lagi, kini berkongsi teknologi pakaian dalam terbaru di bawah jenama Cosry BodyCurve. Dengan BodyCurve, setiap wanita mampu melihat perubahan ketara secara serta-merta dan perbezaan kekal selepas hanya 1 bulan. Serlahkan susuk tubuh anda secara semulajadi dan selamat dengan Cosry BodyCurve.


Inginkan bentuk tubuh menawan serta-merta? Dan juga untuk jangka masa panjang? Inilah jawapannya!!!


Nak hadiri makan malam? Nak hadiri jamuan istimewa? Ingin hadiri majlis istimewa dan bermakan? Ingin nampak cantik di mata suami? Tapi bila pakai baju, badan nampak takde bentuk? Malu?? Jangan risau, kami akan membantu anda.. Dengan sekelip mata, impian anda akan terlaksana.. 

TAK PERCAYA?? SAYA SENDIRI TELAH MELALUINYA.. SEBAB ITU, SAYA BERANI BERKONGSI PENGALAMAN.. 


BRA - BODYCURVE BY COSRY


Fabrik diimport dari Jepun berkualiti tinggi yang lembut, membolehkan kulit bernafas, ringan dan anti-kekuningan. Membantu menaikkan dada, membentuk lebihan lemak dan menambah keanjalan.


CORSET  - BODYCURVE BY COSRY


Fabrik teknologi Tactel membolehkan anda memakai sepanjang hari dengan selesa. Disulami teknologi FAR Infra Red yang membantu peredaran darah & tenaga dalaman. Memperbaiki postur badan, mengurankan ketulan yang tidak diingini dan meleperkan perut.


GIRDLE - BODYCURVE BY COSRY


Fabrik Coolmax yang cepat kering, membolehkan kulit bernafas , ringan, tahan lama dan mudah dijaga. Jahitan paling padat dan memberikan keanjalan kain yang terbaik. Ion negatif membunuh radikal bebas, mengurangkan bau dan bersifat anti-bakteria. Menikkan punggung, membentuk pinggul, memberi peha menawan dan memperbaiki postur badan.


Jadi, tunggu apa lagi? Hubungi saya untuk temujanji.. 

sms/ call : 0167616521

atau email : intansabreena@yahoo.com


RxLite kembali lagi....






Alhamdulillah, sekian lama RxLite menyepikan diri... Kini, Prof. Dato' Dr. Noordin Darus telah kembali dengan menghasilkan gabungan2 unik dari bahan2 yang terpilih yang terbaik diantara yang baik-baik.. Dan terhasillah RxLite Gold...

RxLite Gold merupakan produk pelangsingan terkini yang diilhamkan oleh Prof Dato' Noordin Darus sendiri.. Ini adalah formula di antara bahan-bahan berikut:


  • Ekstrak Green Coffee
  • Chia Seed
  • Tukmaria
  • Garcinia Cambogia
  • Stevia
  • Koko
  • Serat Diet




InsyaAllah, anda akan berpuas hati apabila membeli RxLite Gold.. Selain rasanya yang enak, hasilnya juga amat memberangsangkan.. Dalam bbrp hari sahaja anda akan dapat merasai keajaibannya.. Percayalah!! 

Saya telah merasainya.. ANDA BILA LAGI??

Harganya amatlah berpatutan dan di paras HARGA MAMPU MILIK!!.. Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi saya di talian 0167616521.

SIAP SEDIA UNTUK MEMBANTU ANDA!!


Salam Rindu

Assalamualaikum...

Salam kerinduan buat teman2 yang masih sudi berkunjung ke blog ku yg dah berkurun lama tak di update.. Masa betul2 mencemburui diriku.. Masa juga telah membuatkan aku betul2 berubah dari dulu..

Dulu, aku banyak masa nak mengadap pc dan berketik2 jari di keyboard ni.. Tapi skrg, aku dah jarang mengadap pc.. Apatah lagi nak menari2kan jari-jemari di keyboard ni..

Tapi, tiba2 malam ni rasa macam ada satu perasaan rindu utk kembali ke page ku ini.. Aku jarang sekali melihat blogku sendiri.. Kesian blog aku ni.. Dulu, tiap2 hari mengadap dia.. Skrg, seperti kata pepatah "dah dapat gading bertuah, tanduk tak berguna lagi..".. Sebenarnya gading bertuah tu adalah keluarga yg semakin bertambah.. Anak2 yg semakin membesar dan memerlukan perhatian aku sbg ibu sepenuh masa.. Sebab tu lah, tanduk iaitu blog ku ini semakin lama semakin dilupakan..

Alhamdulillah, blog ku ini masih belum berkubur.. Sebab aku tau dan aku kenal diri aku sendiri.. Sejak dari bangku sekolah lagi aku mmg suka mengarang.. Tak kiralah samada karangan utk subjek Bahasa Malaysia atau karangan utk suka2 sendiri.. Jadi, lebih baik jgn dikuburkan blog ini dulu.. Mana tau, satu hari nanti minat aku yg suka mengarang dan menulis tu dapat aku teruskan lagi di blog ni.. Walaupun bukan sebagai sumber pendapatan.. Tapi hanyalah sebagai perkongsian kepada teman2 di luar sana.. Dan juga utk tatapan anak2 dan generasiku yang akan datang.. InsyaAllah..

Nampaknya cukuplah setakat ini coretan aku utk malam ini.. Moga kita dapat tidur lena, mimpi yang indah dan bangun pagi esok dengan semangat baru.. Berusahalah utk terus menjadi insan yang indah akhlak, indah budi pekerti, indah iman, indah amal dan indah taqwa.. Amiin Ya Rabbal A'lamiin..

Wassalam..

Older Posts

Read The Quran