zwani.com myspace graphic comments
Showing posts with label Kebun. Show all posts
Showing posts with label Kebun. Show all posts


Set Tauge automatik



Kerajaan Malaysia sangat menggalakkan kita mempelajari bidang pertanian. Kita biasa mendengar kempen Kerajaan, Pertanian Itu Satu Perniagaan. Saya dan suami berserta beberapa orang kawan kami telah berkongsi dalam menceburi bidang pertanian konsep moden yang dipanggil Fertigasi dan Hidroponik. Malah kami juga telah mengusahakan set Tauge Automatik di belakang rumah kami setelah mendapat tunjuk ajar dari Institut Pertanian Air Hitam (IPAH). Kami telah juga membuat model Hidroponik di depan rumah kami seluas 5' X 10'. Kami telah memulakan dengan skala sederhana (dalam 1300 pokok) tanaman Melon Wangi veriety Golden Langkawi di sebuah kawasan di Kompleks Belia Larkin dan di Kampung Parit Ramunia di Benut. Kami juga telah mengusahakan tanaman cili Kulai Susu yang unik itu. Malah penerbit rancangan Agrotek telah mengutus surat pada kami meminta kebenaran membuat rakaman aktiviti di kebun kami. Akhirnya krew Agrotek datang ke kebun kami dan membuat rakaman itu pada bulan Julai 2006 dan ditayangkan di rancangan Agrotek RTM1 sebulan berikutnya. Kos set up memang tinggi tetapi kos operasinya tak mahal kerana semuanya dibuat secara automatik. Suami saya telahpun membuat blog dalam 2 bahasa untuk berkongsi pengalaman & pengetahuan kami tentang bidang ini. Silalah lawat blog suami saya di pertanian-moden-precision-farming.blogspot.com
atau di http://guide-to-precision-farming.blogspot.com


















Saufi dengan buah Rock Melon yang baru dipetik di Benut















Kebun kami di Benut

Older Posts Home

Read The Quran