zwani.com myspace graphic comments
Showing posts with label Wanita. Show all posts
Showing posts with label Wanita. Show all posts


Salam semua. Kami ingin mengundang kesemua warga Kuala Lumpur, Selangor dan yang berdekatan untuk menghadiri Majlis Preview RxLite Road Tour yang akan diadakan di Dewan Nuri, Level 1, Hotel De Palma, Jalan Ampang (bersebelahan dengan Ampang Point Shopping Centre).

Tarikh : 8hb Februari 2010 (Isnin)
Masa : 8.30mlm


Majlis ini adalah julung-julung kalinya kami anjurkan dan mendapat sokongan penuh oleh pihak Syarikat WorldWellness Network. CEO syarikat, En. Najmie Dato Dr. Noordin Darus akan hadir menyampaikan presentation RxLite kepada semua hadirin. Tawaran istimewa juga menanti para pengunjung. Datanglah beramai-ramai. Masuk adalah percuma.

(p/s : Sila rujuk Harian Metro esok, 8/2/10)

Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu untuk semua ibu2 yang menjadi teman blogger Intan dan kepada sesiapa jua yang bergelar ibu yang sudi singgah ke blog Intan..

Istimewa untuk ibu Intan sendiri yang Intan panggil 'mama' dan juga ibu mertua Intan yang Intan panggil 'emak'... Tanpa mama, tiadalah Intan di dunia ini.. dan tiada juga kebahagiaan seperti yang Intan kecapi sekarang ini.. Jasa dan pengorbanan mama dan emak, tak mungkin dapat Intan balas.. Terima kasih di atas segalanya...

Semoga kita semua menjadi ibu yang terbaik.. Bahagia bersama suami dan anak2 di dunia dan akhirat. Tercapai segala apa yang dihajati.. Amiin..

Bersama ini, nak tempek sekali kad hari ibu yang Intan dapat dari Kak Ina KL. Terima kasih banyak2 kak sebab ingat juga nak bagi kat saya kad ni walaupun saya jarang2 singgah umah akak. Muahhhh... Thank you so muchhh...



Petua Redakan Senggugut

Sengugut kerap dialami wanita ketika kedatangan haid. Peringkat ringan sengugut biasanya akan mendatangkan gejala seperti sakit perut yang tidak melampau dan kitar haid yang tidak menentu. Sengugut yang dialami pada zaman remaja atau sebelum berkahwin kadangkala boleh hilang selepas berkahwin. Namun sesetengah kes, ia berpotensi menjadi lebih serius.

Sengugut yang sudah sampai ke tahap kronik akan berlarutan hingga mendatangkan masalah lain seperti kemandulan. Apakah yang menyebabkan sengugut berlaku? Pengeluaran sejenis bahan, iaitu prostoglandin secara berlebihan akan menyebabkan kesakitan yang dirasai ketika senggugut. Otot rahim akan mengecut (contraction) dengan lebih cepat.

Sesetengah penyakit pada sistem reproduksi juga boleh menyebabkan senggugut. Antaranya ialah jangkitan kuman, ketumbuhan pada salur peranakan dan rahim yang dinamakan fibroid. Pengeluaran hormon yang tidak seimbang juga boleh menyebabkan dinding rahim menebal dan mendatangkan penyakit lain y ang dinamakan endometriosis yang boleh menyebabkan kemandulan. Selain itu, kitar haid yang tidak teratur disebabkan oleh tubuh yang terlalu kurus atau terlalu gemuk juga boleh mendatangkan senggugut.


Teh pahit tanpa gula dikatakan dapat meringankan sengugut. Teh ini diminum segelas ketika sakit sengugut memuncak. Jangan tambah gula kerana ini akan menghilangkan kesannya. Buah petola yang biasa di tanam di kampun-kampung juga dipercayai dapat mengurangkan kesakitan senggugut. Ia dapat diamalkan dengan mudah sekali kerana kita cuma perlu memakan sebarang masakan dari petola ini selama seminggu sebelum kedatangan haid. Ada pula yang mengamalkan pengambilan kunyit, asam jawa dan gula merah yang direbus. Segelas rebusan ini diminum selepas makan tengahari dan segelas lagi selepas makan malam seminggu sebelum kedatangan haid.


Semoga kita semua sihat walaupun dalam keadaan uzur (tidak sihat)..


Sumber dipetik daripada majalah RAPI November 04


Islam itu Indah..(Debat Agama : Islam vs Kristian)

  • Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali
  • Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang lelaki soleh
  • Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat
  • 2 rakaat solat daripada seorang wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil
  • Wanita yang memberi minum susu badan kepada anaknya, akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikan
  • Wanita yang melayan baik suami yang pulang ke rumah dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad
  • Wanita yang menghabiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba
  • Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat
  • Wanita yang menyebabkan suami keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut
  • Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya, Allah memberi 12 tahun pahala ibadat
  • Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan
  • Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya
  • Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah
  • Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka
  • Wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa pada siang hari
  • Wanita yang hamil akan mendapat pahala beribadah pada malam hari
  • Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya , Allah mengurniakan satu pahala haji
  • Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid
  • Jika wanita melayan suami tanpa khianat, akan mendapat pahala 12 tahun solat
  • Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat2 di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya
  • Jika wanita memberi susu badan kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa
  • Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak
  • Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga
  • Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah

Dipetik daripada Bayan Mastura oleh Syed Ahmad Khan; Januari 1992

Beberapa hadith Nabi mengenai wanita ;

  1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
  2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
  3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
  4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
  5. Apabila telah lahir anak lalu disusuinya, maka bagi ibu itu setiap tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
  6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
  7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
  8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
  9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
  10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
  11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
  12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah, "Suaminya ". Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".
  13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
  14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan dilaut, burung diudara, malaikat dilangit, matahari dan bulan , semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
  15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
  16. Syurga itu dibawah tapak kaki ibu.
  17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
  18. Barangsiapa mempunyai 3 anak perempuan atau 3 saudara perempuan atau 2 anak perempuan atau 2 saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
  19. Daripada Aisyah r.a., "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka".
Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah. Buat renungan kita semua. Wassalam.

"BICARA ILMU ; PERMATA YANG HILANG...WANITA IDAMAN MAHLIGAI SYURGA '
ANJURAN BIRO PEMBANGUNAN KEROHANIAN KOLEJ TENAGA NASIONAL 2001

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita...Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segala...Apa yang tiada dalam syurga?...Namun Adam tetap rindukan Hawa.
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok...Untuk diluruskan lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus...Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.


Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah...kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah...

Didiklah mereka dengan panduan dari Nya...Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita...Kenalkan mereka kepada Allah, Zat yang Kekal. Disitulah punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya, tebalkan ia dengan ilmu...Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan Iman...Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab...
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan...Ia bukan diskriminasi Allah....sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah... Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...Pasti tidak akan terhibur dan tidak akan menghiburkan...
Tanpa iman, ilmu dan akhlak, mereka tidak akan lurus...Bahkan akan semakin membengkok...Itulah hakikat andai wa
nita tidak kenal Rabbnya...

Bila wanita menjadi derhaka...pasti dunia lelaki huru-hara...Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata...

Tapi binalah kepimpinan...Pastikan sebelum wanita menuju Illahi, pimpinlah diri kepadaNya...Jinakkan diri kepada Allah...Nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinanmu...


Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'...Sean
dainya dirimu tidak sehebat Saidina Ali Karamallahuwajhah.



"BICARA ILMU ; PERMATA YANG HILANG...WANITA IDAMAN MAHLIGAI SYURGA" ANJURAN BIRO PEMBANGUNAN KEROHANIAN KOLEJ TENAGA NASIONAL 2001

Bulan Ramadhan yang mulia memberi kesempatan kepada seluruh umat Islam di dunia untuk menunaikan rukun Islam yang keempat. Termasuk juga ibu-ibu yang hamil.


Kali ini adalah kali kedua saya berpuasa sewaktu hamil. Memang banyak dugaannya. Tetapi berbeza diantara kedua-duanya. Sewaktu hamil anak sebelum ini, alahan saya tidak berapa teruk dan saya dapat berpuasa seperti biasa. Tetapi berbeza dengan hamil sekarang ini, saya rasa begitu lemah. Waktu pagi , memang tekak terasa loya semacam. Bila masuk tengahari badan mula lemah. Waktu petang pula, lemahnya kadang-kadang sampai tak terkata. Kadang-kadang tu terimbas kenangan sewaktu berusia 7 tahun. Waktu tu dah bersekolah darjah 1. Sekolah pula jauh dari rumah. Bila balik sekolah, badan tu lemah sangat. Sampai menangis-nangis. Kadang-kadang bila pergi mengaji, ustazah kesian dan beri saya aiskrim Malaysia. balik rumah je, mesti terus berbuka dengan minum aiskrim. Benda lain saya tak heran, yang saya tak tahan cuma aiskrim aje. He,he,he. Memang kelakar bila terkenang waktu kecil.

Berbalik kita ke topik asal, sesetengah wanita amat bersyukur jika ditakdirkan mereka boleh menjalankan ibadah puasa ketika sedang hamil kerana berpeluang berpuasa penuh selama sebulan. Bagaimanapun tidak semua wanita mampu melakukannya kerana alahan kehamilan yang dialami.

Ibu hamil perlu merancang diet seimbang disamping memastikan mengambil segala zat yang diperlukan oleh 2 orang iaitu diri sendiri dan bayi. Segala keperluan bayi adalah bergantung kepada ibu.

Zat-zat yang diperlukan adalah protein, karbohidrat, vitamin, mineral, zat besi,zink, kalsium dan fosforus dan cecair.


Tip makanan terbaik

Keju, susu, dadih, dayur berdaun hijau gelap, daging merah tanpa lemak, oren, kismis dan prun, sardin, roti gandum penuh, pasta bergandum dan beras.

Older Posts Home

Read The Quran