zwani.com myspace graphic comments
Showing posts with label Kad. Show all posts
Showing posts with label Kad. Show all posts

Kad Dari Nur

Terima kasih tak terhingga buat Nur di atas ingatan.. Terlambat atau cepat tak jadi masalah...

***********************************************************


Happy Belated B'day- Kak Intan Sabreena
Buat teman Nur.... Kak Intan ...

Selamat Hari Lahir... maaf ye terlambat nak ucap.. Almaklumlah terlalu sibuk dengan kerja..

Semoga Allah merahmati akak sekeluarga dan semua impian akak termakbul.. Aminnn



glitter graphics

Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu untuk semua ibu2 yang menjadi teman blogger Intan dan kepada sesiapa jua yang bergelar ibu yang sudi singgah ke blog Intan..

Istimewa untuk ibu Intan sendiri yang Intan panggil 'mama' dan juga ibu mertua Intan yang Intan panggil 'emak'... Tanpa mama, tiadalah Intan di dunia ini.. dan tiada juga kebahagiaan seperti yang Intan kecapi sekarang ini.. Jasa dan pengorbanan mama dan emak, tak mungkin dapat Intan balas.. Terima kasih di atas segalanya...

Semoga kita semua menjadi ibu yang terbaik.. Bahagia bersama suami dan anak2 di dunia dan akhirat. Tercapai segala apa yang dihajati.. Amiin..

Bersama ini, nak tempek sekali kad hari ibu yang Intan dapat dari Kak Ina KL. Terima kasih banyak2 kak sebab ingat juga nak bagi kat saya kad ni walaupun saya jarang2 singgah umah akak. Muahhhh... Thank you so muchhh...



Happy Birthday To Me

Happy Birthday to me..happy birthday to me..happy birthday to me..happy birthday to me....

Mula2 tu rasa macam malas nak kecoh2 kat sini, tapi dah terlanjur ramai yg tau..so, keluarkan cerita pasal birthday tuan punya blog ni.. hihihi..

Pada tarikh yg sama (28hb April), 33 tahun yang lalu, lahirlah seorang puteri.. Dan puteri itu sekarang menjadi tuan punya blog ni..

Ok lah, sebenarnya nak gantung beberapa kad yang Intan dapat dari teman2 di luar sana.. Ada yang beri email, ada yang bagi ecard, ada yang telefon, ada juga yang sms..ek eh, ada juga yang nak beri kejutan.. Semua itu adalah teman2 yang Intan kenal hanya di dunia internet.. Tak taulah, macam mana mereka semua boleh tau tentang tarikh keramat bagi diri Intan ni.. Terima kasih tak terhingga untuk semuanya.. Terima kasih kerna mendoakan diri Intan ni..

Kad dari Kak Long;

1.gif

Terima kasih Kak Long..


Dan beberapa lagi ecard yang Intan dapat dari teman2 internet..Terima kasih di atas semuanya..




  • Birthday Cupcake from Mariena R to Intan EddieMariena R
  • Birthday Cake from Enrique_ E to Intan EddieEnrique_ E




    • Birthday Graphic #25Birthday Graphic #11


    • MyHotComments.com
Semoga amalan akan bertambah setanding dengan usia yang semakin tua.. Amiin..


Gift From Nur



Gift yang Intan dapat dari Nur. Thanks atas ingatan Nur. Semoga Nur selalu sihat dan ceria disamping suami tersayang...

Kad Dari Cikgu Rashid


Alhamdulillah, terharu rasa hati Intan...walaupun setelah sekian lama Intan menyepikan diri, tapi masih ada teman di luar sana yang masih mengingati dan memberikan kad ucapan untuk Intan dengan harapan agar mood Intan berblogging akan kembali semula..Kembali ceria seperti dahulu.. Insya Allah...

Terima kasih banyak2 Cikgu Rashid atas ingatanmu itu..

Intan bukan sahaja ambil kad untuk dibawa balik ke blog Intan, tetapi juga kata2 yang ada bersama2 kad itu.. Sebab Intan rasa terusik dan tersentuh dengan kata2 itu.. Terima kasih banyak2 Cikgu Rashid..

Kita selalu dan terlalu memikirkan perkara-perkara yang besar. Kita selalu dan terlalu menghargai sesuatu yang jauh.


Kadang-kala kita lupa siapa yang selalu berada dekat dengan kita. Kita lupa ada tangan-tangan yang selalu sudi mencoret kata untuk kita.


Kita lupa bicara kata yang menyenangkan yang kadang-kala membuatkan kita tersenyum sendirian.


Kita lupa akan ketenangan yang dihulurkan di kala kita diusik keresahan. Kita lupa menghargai kisah dan perkongsian ilmu dari teman-teman. Kita juga lupa ruang dan masa dari teman-teman yang sudi berkongsi rasa.


Walau semuanya hanya sekadar di alam maya... namun besar ertinya sebuah perkongsian.


Untuk itu, kepada sahabat dan teman-teman blogger semua. Terimalah kad penghargaan dari saya untuk kalian yang sentiasa bersama. Juga kepada teman-teman yang pernah dan masih sudi bersama. Juga kepada teman-teman yang baru bersua muka dan berbalas kata.


Moga suatu hari nanti persahabatan kita di alam maya ini akan membawa ke alam realiti.


Terima kasih atas kehadiran teman-teman blogger semua. Moga persahabatan kita akan kekal mekar selamanya…

Older Posts Home

Read The Quran