Sebenarnya brownies ni Intan buat hari Sabtu lepas.. Tak sempat2 nak masukkan dlm blog. Baru hari ni sempat nak masukkan.. Brownies ni nak buatnya senang tapi sedap tauu. Anak Intan suka sangat. Berulang2 makan brownies ni. Tak payah topping pun dah sedap. Lagipun, angin malas dah dtg menyerang Intan masa tu. So, anak2 layan je la brownies tanpa topping.Hari Ahad esoknya pun Intan buat brownies sekali lagi untuk dibagikan kepada jiran Intan yang ada buat majlis makan2.. Tapi Intan sendiri tak tahu sempena apa. Bila ditanya dia kata takde sempena apa2. Tapi, apapun Intan tetap dah niat nak bagi brownies ni kat dia..
Tapi, brownies yang bagi kat dia tu pun tak sempat nak topping. Sebab masa brownies tu dalam proses bakar pagi Ahad tu, Intan menerima panggilan telefon dari emak Intan memberitahu bapa saudara Intan meninggal. Jadi, masa tu juga Intan siapkan anak2 dan diri sendiri untuk ke Muar melawat Allahyarham pakcik Intan. So, brownies tu mmg tak sempat nak di topping. Minta maaf ya Kak Sal sebab brownies tak sempat dihias. Tapi, apapun layan je la sebab rasanya ok kann..
Brownies yang dibagikan pada Kak Sal tak sempat nak snap sebab masa tu kelam-kabut..
Resepi brownies Intan ambik kat umah Alin.. Thanks Alin sebab berkongsi resepi.. Terima kasih juga kat empunya asal resepi ni..Memang sedap..
BROWNIES
Bahan A
1 cawan susu cair
1 cawan butter cair
1 cawan air panas
2 cawan gula perang [brown sugar]
Bahan B [kacau rata]
2 biji telur gred B
1 s/k esen vanilla
Bahan C [ayakkan]
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat
Cara
1. Panaskan oven pada suhu 175'C selama 10 minit.
2. Kacau bahan A supaya sebati.
3. Masukkan bahan B.kacau rata.
4. Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.
5. Lapikkan kertas dalam loyang 10x 10 inci.
6. Bakar selama 45 - 50 minit.
7. Sejukkan kek dan salutkan dengan kerim coklat.
Selamat Mencuba...