zwani.com myspace graphic comments
Showing posts with label Foto. Show all posts
Showing posts with label Foto. Show all posts


Alhamdulillah, bertemu lagi kita di arena blogging.. Berkurun lama rasanya tak menjengah ke blog sendiri.. Apalagi, ke blog teman2.. Tak taulah, penyakit apa yg melekat sampai rasa malas betul nak bukak blog.. Tapi disebabkan teman2 lama, ku gagahkan juga diri ini utk mencoretkan kenangan di sini..

Alhamdulillah, weekend lepas Intan dan keluarga berkesempatan ke Kuala Lumpur. Sebenarnya my hubby ada urusan kat sana.. Tapi disebabkan cuti sekolah dah bermula, so cuti kami lama sikit kat sana.. Selain dari urusan hubby, Intan mengambil kesempatan utk mencari dan bertemu dengan kawan2 lama..

Mula2 sampai sana, kami tak terus ke rumah mertua.. Tapi, kami singgah di rumah kawan lama masa belajar dulu, Midah. Sampai rumah dia dah lewat malam.. So, kami pun tidur kat rumah dia.. Esoknya baru berangkat ke rumah mertua di Ampang. Hampir 8 tahun tak jumpa Midah. So, banyaklah cerita2 lama yg keluar.. Sampaikan ada barang penting tertinggal kat rumah Midah. Nampaknya trip ke KL akan datang, kena singgah rumah Midah lagi sbb nak ambil barang yg tertinggal tu.. Thanks Midah sbb sudi terima kedatangan kami sekeluarga.. Tumpang tidur dan tumpang makan.. Semoga persahabatan kita akan terus berkekalan hingga kita dijemput pulang nanti.. Amiin..

Sebelum berangkat pulang ke JB, kami singgah ke menara Telekom. Sebenarnya kat sana, Intan ramai kawan2 lama.. Kawan2 lama ofismate. Berjanji dgn best friend dulu kat Plaza Pantai, makan2 dan minum. Kemudian, ke nursery Telekom nak tgk anak2 dia.. Dulu, last jumpa Haiza dia masih single.. Tup tup skrg, dah ada 2 org anak.. Haiza ni dulu sama2 lapor diri masuk keje dgn Intan kat Telekom dulu.. Tahun 2001. Pastu kami sama2 cari rumah sewa dan akhirnya duduk serumah. Banyak kenangan pahit dan manis dgn Haiza ni. Maklumlah, masa tu kami sama2 pertama kali bergelar perantau di bandaraya Kuala Lumpur.. Tak tau lagi mcmmana kehidupan di KL ni..

Seronok betul dpt jumpa kawan2 lama.. Naik ke ofis.. Mula2 malu dan tak nak naik. Tapi setelah dipujuk-rayu oleh Haiza, akhirnya Intan gagahkan diri naik ke ofis jumpa kawan2 lama. Terharu betul rasa hati tgk mereka.. Betapa setianya mereka semua dgn Telekom. Cuma Intan je yg tak setia..hehehe.. Masing2 terperanjat tgk Intan tiba2 muncul dalam ofis tu.. Borak punya borak, lupa nak snap gambar dgn mereka dlm ofis.. Tapi, kat luar sempat juga bergambar dgn bbrp org kakak2, Kak Mah, Kak Watie, Kak Zan dan Kak Ida.. Alhamdulillah, gembira betul dpt jumpa mereka semua..


Oh ya, terima kasih Haiza atas cenderahati Haiza tu.. Cantik.. Lupa pulak nak snap gambar hadiah dari Haiza tu.. Bolehlah guna utk hari raya ni..

Insya Allah, kita jumpa lagi di lain kesempatan pulak.. Semoga silaturahim antara kita semua akan terus berkekalan hingga ke akhir hayat.. Dan semoga kalian semua akan berbahagia bersama keluarga tersayang.. Amiin.. Kerja rajin2 ya..!!

Salam Aidilfitri utk semua teman2.. Setelah sekian lama Intan menyepi dari dunia blogging.. Baru hari ini Intan terpanggil utk masukkan sikit gambar raya dlm blog yg semakin Intan sendiri lupakan.. Mungkin ramai juga yg telah lupakan Intan ni.. Sesiapa yang masih ingat Intan, Alhamdulillah...terima kasih banyak2..










































Gambar2 di atas adalah pada 1 dan 2 Syawal waktu Intan pulang ke kampung sebelah abah Intan di Seri Menanti, Muar, Johor.. Ramai saudara-mara yg pulang ke kampung tapi masih ramai juga yg tak dapat bersama.. Ada yang datang petang raya dan ada juga yg datang esoknya.. Alhamdulillah, yg dah lama tak jumpa, dapat juga bersua dan berkumpul pada hari raya..


Salam lebaran untuk semua.. Maaf Zahir dan Batin dari Intan sekeluarga..


Cuti Sekolah Lepas..

Sebenarnya ini semua cerita lama...Dah bbrp minggu yang lepas. Masa cuti sekolah. Balik JB, ingatkan nak update terus..tapi pc pulak buat hal.. Tak nak hidup langsung.. Gambar2 ni, kenalah dijadikan pekasam dulu sebelum di tunjukkan pada khalayak ramai.. hehehe..


Minggu kedua cuti sekolah, Intan dan keluarga pergi KL sebab ada 3 jemputan kahwin kat sana. Rumah pertama kami pergi ialah rumah mak saudara hubby.. kat Subang Jaya.. Kami cuma dapat hadirkan diri pada majlis pernikahan aje. Sebab majlis persandingan di adakan pada hari esoknya. Tapi petang tu kami sekeluarga nak pergi Kuala Kubu Baru utk majlis persandingan sepupu Intan pula..












Hari Ahad (7hb Jun), kami sibuk di rumah Pokda Intan di Kuala Kubu Baru.. Kami menginap di rumah penginapan di IKBN Kuala Kubu Baru.. Majlis ini melibat 2 beradik. Rahimi (abang) dan adiknya Alang.. Ramai saudara-mara yang datang.. Sebab tu kami kena tidur di tempat penginapan yang di sediakan oleh Pokda Intan..





















Dalam pukul 2.30ptg, kami berangkat pulang ke Ampang sebab ada 1 lagi majlis kenduri kahwin yang kami mesti pergi.. Tapi sampai Ampang dah petang..dah pukul 5.30ptg. Sebab sebelum tu dah sesat kat Sungai Buloh.. Camne entah, nak kuar Sungai Buloh, tapi terkeluar kat Hospital Sungai Buloh..Sabar ajelah.. Anak2 semua dah letih termasuk ayah dan ibu anak2.. Jadi, kami balik rumah mertua dulu.. Malam, lepas solat Maghrib...baru kami ke rumah makcik hubby yg rumahnya tak berapa jauh dgn rumah mertua.. Alhamdulillah, masih dapat merasa nasi minyak pengantin walaupun datang dah malam dan ahli2 kat rumah tu semua keletihan termasuk pengantin. Tapi waktu kami datang tu, pengantin tengah sibuk buka hadiah..
Dan kami tak dpt ambik gambar pengantin sebab pengantin pakai baju biasa aje..

Selamat Pengantin Baru buat semua sepupu2 kami.. Semoga rumahtangga yang dibina bahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat.. Amiin..

Esoknya, hari Isnin kami balik ke Johor. Tapi singgah rumah emak abah Intan kat Muar.. Emak abah Intan baru buat rumah di kampung.. Mereka lebih suka duduk di kampung skrg berbanding di JB.. Kat kampung boleh bercucuk tanam.. Tak macam kat rumah teres di JB ni.. Lagipun kat kampung ramai sedara-mara.. Rumah dekat2.. Hari Selasa (9 Jun), baru kami pulang ke teratak buruk kami di JB.. Alhamdulillah, selamat perjalanan pergi dan balik..


Anak-anakku..

Hai kawan-kawan.. Apa khabar semua? Semoga semuanya sihat, riang dan gembira di samping orang-orang tersayang..

Sekarang, Intan dah jarang2 meng update blog ni.. Emm, mesti ramai member2 kat luar sana dah bosan datang sini.. Takde cerita terbaru atau kek terbaru.. hehehe.. Malas betul nak update ni..

Kali ni Intan nak masukkan gambar Shahir yang sedang asyik makan nutella.. Sekali tgk, makkk ooii muka dia.. Hilang comel nya.. hehehe..













Masa nak snap gambar Shahir, Shafiq pulak sibuk menangis kuat2. Nak tau kenapa? Dia menangis sebab dia nak pegang camera. Dia nak ambil gambar Shahir.. Aduuuhh, macam lah kuat sgt tangan tu pegang camera.. Kalau jatuh, sape nak jawab nak ooii..

Alaaa, cedihnya tgk muka dia.. ciannyaaa!!!


Alhamdulillah, ini adalah kali ketiga membuat kek coklat yang dihiasi dgn karektor kartun yg digemari anak2 zaman skrg, Ben10.

Kali ini Intan mendapat order dari Kak Ida yang tinggal di Mutiara Rini. Kak Ida ni takde blog tapi dia rajin jalan ke blog2. Kak Ida kenal Intan pun sebab dia lompat dari blog ke blog sehinggalah sampai ke blog Intan ni. Kebetulan, anak Kak Ida pun suka Ben10. So, Kak Ida buat surprise utk besday anaknya..

Semoga Kak Ida dan anaknya berpuas hati dengan kek Ben10 ni.. Inilah hasil terbaik yang dapat Intan hasilkan buat masa ni..


Kak Ida datang ke rumah Intan utk ambil kek. Lepas tu, Intan bawa Kak Ida ke rumah Sis Lin. Sebab Kak Ida pun suka singgah ke blog Lin. Kebetulan rumah Intan dah dekat sangat dengan rumah Lin. So, Intan ajak Kak Ida mengenali Lin dengan lebih dekat lagi. Nak tau citer dari Lin, silalah ke umah Lin ya..

Happy Birthday Mak..

Hari ini 14hb Mei, merupakan ulangtahun kelahiran ibu mertua Intan.

Alhamdulillah, dapat juga Intan buatkan sedikit cup cake untuk hidangan di hari ulangtahun mak. Kebetulan adik ipar Intan yang bercuti ke Singapore dan JB, nak balik ke Ampang semalam.. Jadi, tengah malam tu Intan siapkan cup cake utk mak.. Pagi esoknya (13 Mei), adik ipar nak berangkat ke Ampang..

Alhamdulillah, dah terima sms dari mak bgtau mak dah dapat cup cake tu dan mak suka sangat...

Semoga mak dipanjangkan umur, ditambahkan rezeki, tercapai segala hajat dihati, sentiasa sihat dan bahagia di dalam redha Illahi.. dan semoga cepat dapat tunaikan Haji. Amiin..



Ada lebihan cup cake yang telah di deco, Intan beri kat jiran sikit.. Sebenarnya nak pulangkan pinggan jiran. Dah lama sangat pinggan tu tak dipulangkan.. So, adalah rezeki mereka nak merasa cup cake coklat moist ni..




Terima kasih tak terhingga utk Kak Siti sayang sebab bagi tunjuk ajar utk buat coklat moist cup cake ni.. Tak sangka, akhirnya berjaya buat cup cake coklat moist.. Alhamdulillah, menjadi cup cake ni.. Mula2 takut juga tak menjadi sebab pernah buat kek coklat moist tak menjadi. Tapi, berkat tunjuk ajar Kak Siti... Alhamdulillah, menjadi juga akhirnya... Terima kasih banyak2 Kak Siti.. Sayangggggggg Kak Siti..


Surprise !!!

Hihihi..gempak je tajuk kat atas tu.. Tapi, memang betul pun..ada surprise utk Intan sempena birthday Intan yang lepas.. Siang hari tu, hubby keje..So, malam masa dia balik keje barulah sempat pegi makan2 kat luar.. Tak pergi jauh pun, cuma ke Jusco Bukit Indah je. Lagipun jam dah pukul 9.30 malam.. Terus tuju ke tempat yang dia janjikan.. Kenny Rogers Roasters. Tapi, yang sedihnya banyak makanan dah habis.. Jadi, cuma dapat separuh daripada apa yang kami inginkan.. Takpelah, janji niat murni hubby terlaksana juga..






















Itup
un kami makan tak habis, sebab anak kedua Intan (Shafiq) demam panas.. Panasnya naik mendadak.. Jadi, makanan tu semua kami tapau je.. Makan kat rumah..











Ok, suprisenya ial
ah rupa2nya hubby ada belikan Intan something. Ingatkan dah takde hadiah lagi. Maklumlah, umur semakin meningkat...hadiah dah tak penting lagi.. Bagi setengah orang, memang la benda2 ni takdelah apa sgt. Tapi bagi Intan, barang2 pemberian hubby ni terlalu bererti utk Intan.. Menaikkan lagi semangat Intan nak buat kek.. Insya Allah..



Sebenarnya malam t
u, sepatutnya ada 2 surprise..hihihi.. Tapi, disebabkan surprise yang kedua tu datang time kitorang kat Jusco..jadi, surprise yang kedua tu Intan dapat pagi esoknya.. Sebelum pukul 7.00 pagi dah dapat surprise kedua ni..












Nak tau apa dia? Alhamdulillah, walaupun Intan tak buat kek utk besday sendiri..Tapi, still dapat cup cake pemberian dari Kak Long.. Terima kasih banyak Kak Long atas ingatan ikhlas Kak Long tu.. Sayang nak makan.. Cup cake tu adalah hasil kerja tangan Kak Eyna..
Sedap..



Sebenarnya birthday Shafiq ialah pada hari Sabtu (25hb April ) yang lepas..

Tapi memandangkan sambutan ulangtahun dia kali ini dibuat kat rumah emak Intan.. Jadi, lambatlah masuk cerita kat sini.. Kat rumah emak Intan, takde line internet.. Bila dah balik sini pulak, camera cik abang bawa masuk Singapore.. So, tak bestlah kalau nak masukkan cerita tanpa gambar.. Kenalah tunggu camera balik rumah dulu..hihihi..

Majlis meraikan ulangtahun Shafiq dibuat kecik2 aje.. Cuma kami sekeluarga, emak ayah Intan, adik kedua Intan bersama isterinya dan jiran depan rumah emak bersama seorang anaknya..

Alhamdulillah, walaupun majlis kecik je..tapi yang penting Shafiq happy.. Lebih2 lagi masa potong kek Ben10 dia tu.. Senyum simpul waktu potong kek Ben10 kesayangannya tu..

Seperti biasa, kalau buat kek yg dihiasi dgn karektor kartun.. kenalah Mr. hubby bantu.. Tanpa bantuan cik abang tersayang, tak menjadilah kek Ben10 Intan ni.. hihihi..


Jom layan, beberapa keping gambar waktu sambut besday anak kedua Intan, Muhammad Shafiq Haikal.. Semoga Shafiq menjadi anak yang soleh serta berjaya di dalam kehidupan dunia dan akhirat.. Amiin..




















Tiada harta benda yang dapat ibu berikan.. Cuma kasih sayang dan doa yg tak putus2 untuk anak2 ibu..



Hari ni sebenarnya Intan ada tugasan penting iaitu menyiapkan kek coklat yang di order oleh Lin untuk meraikan ulangtahun ke 9 anak lelakinya, Md. Ridzuan.

Alhamdulillah, sebelum waktu yang dijanjikan tiba..Intan telah pun dapat menyiapkan kek coklat yang dihiaskan dengan watak kartun kegemaran anak Lin yang juga kegemaran anak2 Intan.. Apa lagi kalau bukan Ben10. Tapi, maaflah Lin sebab kek tak cantik macam kek2 orang lain.. Intan harap Lin berpuas hati dengan hasil kerja Intan tu.. Oh ya, karektor kartun tu di lukis atas bantuan Mr. Hubby Intan. Harapkan Intan yang lukis, memang tak menjadilah Ben10 tu nanti.. hihihi..


















Kami sekeluarga sampai lambat ke rumah Lin.
Dah ramai blogger tiba di rumah Lin. Padahal rumah Intan dengan rumah Lin cuma beberapa langkah je. Tapi disebabkan anak2 yang masih kecil, semuanya jadi lambat..



















Walaupun lambat, makanan masih tersedia untuk kami. Banyak menu Lin tadi.. Macam2 ada. Tak larat nak makan semua.. Alhamdulillah... Ermm, sedap2 belaka.. Cuma Intan tak sempat nak merasa kek buatan sendiri. Nak tau juga, sedap atau tidak.. Macammane Lin, ok tak kek tu? Harap2 rasanya ok.. Kalau tak ok, maafkan Intan ya.. Baru cuba resepi baru..


Lewat petang pula, seisi barbeque telah bermula.. Ada ketam, ayam, sotong dan udang.. Masing2 sibuk mengipas.. Cuma Intan dan
suami je tak tolong mengipas. Maklumlah, anak2 kami ni tak boleh dibiarkan main sendiri.. Takut lain jadinya.. hihihi..



Sayangnya, kami cuma sempat makan udang je sebab anak Intan (Saufi) buat hal. Menangis tak henti2. Ada benda yang dia nak tu... Tetamu2 Lin semua tau.. Masing2 mesti risau dengar tangisan yang tak henti2 tu.. Akhirnya kami terpaksa minta diri lebih awal berbanding teman2 yang lain..

Terima kasih banyak2 Lin atas jamuan tadi. Semoga bertambah lagi rezeki Lin dan suami.. Selamat Ulangtahun Yang Ke 9 buat Amat. Semoga menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada kedua orang tua.. Semoga berjaya dalam pelajaran serta kehidupan di dunia dan akhirat. Amiin..


Kek Coklat Moist

Lama betul Intan tak update blog. Angin malas dah datang menyerang.. Kalau angin ni dah datang, memang susah nak cakap lagi.. Apa cerita yang boleh dikongsi pun akhirnya berkubur begitu saje.

Maaf ya teman2 sebab Intan juga dah lama ta
k jalan2 ke blog teman2. Teman2 blogger pun dah boring datang sini. Maklumlah, takde xtvt menarik pun berlaku kat blog ni.. Tak hapdet2 pun..

Malam ni, Intan nak masukkan gambar kek yang Intan b
uat utk jiran emak Intan. Kek ini adalah merupakan hadiah untuk anak jiran emak Intan tu. Majlis sambut menantu diadakan pada hari Sabtu lepas (21hb Mac 2009). Majlisnya sederhana aje tapi tetap meriah. Sebab mereka ni orang Singapore. So, majlis kat JB ni dibuat ringkas aje khas untuk jiran2 di sekitar rumahnya.. Sibuk dengan anak2, akhirnya lupa nak snap gambar pengantin..


Takpelah, layan ajelah gambar kek yang Intan buat dalam keadaan malas dan takde idea.. Tak taulah, apasal angin malas ni datang menyerang bukan setakat malas update blog, tapi juga malas nak deco kek.. Ermm, harap2 angin ni cepat la keluar dari badan Intan ni.. Amiin..


Makan Malam Di Rumah Lin

Petang Ahad lepas, Intan dpt sms dari Lin.. Lin ajak datang ke rumah dia malam tu sebab ada beberapa orang blogger nak berkumpul kat rumah dia.

Ermm, memandangkan Intan&family takde apa2 plan malam tu..so, kami pun pergi ke rumah Lin malam tu. Mula2 hubby Intan ajak naik kereta.. Tapi, buat apa membazirkan minyak kereta. Sebab cuma bbrp langkah je dah boleh sampai rumah Lin..



Masa kami sampai tu, Kasawari&Linda dah pun sampai. Shai pulak mmg dah di rumah Lin sejak semalamnya.. Sampai2 je, dah dijemput makan. Macam2 lauk ada. Rajin betul Lin. Dengar cerita, penyediaan lauk-pauk tu dibantu oleh Shai.. Ermm, memang sedap..

Nak bercerita panjang memang tak senang sebab anak2 Intan tak pandai duduk diam kat umah Lin tu. Macam2 diorang buat. Lompat la..jerit la..gaduh la.. Pendek kata, diorang buat macam rumah sendiri..

Ikutkan hati nak balik awal sikit sebab risau tengok anak2 Intan yg tak pandai duduk diam. Tapi terpaksa sabar sikit sebab nak jumpa Retna. Retna on the way nak ke rumah Lin..

Mesti Lin pening tengok gelagat anak2 Intan. Mintak maaf banyak2 ya Lin. Sebab tu lah, Intan ni jarang berjalan ke rumah orang. Lebih baik lepak kat umah sendiri je. Nak tonggang terbalik pun, rumah sendiri je.. hehehe..


Apapun, terima kasih banyak2 kat Lin&suami sebab menjemput kami makan malam kat sana.. Harap2 tak serik dengan kedatangan Intan sekeluarga ya..


Older Posts Home

Read The Quran