Assalamualaikum...
Salam kerinduan buat teman2 yang masih sudi berkunjung ke blog ku yg dah berkurun lama tak di update.. Masa betul2 mencemburui diriku.. Masa juga telah membuatkan aku betul2 berubah dari dulu..
Dulu, aku banyak masa nak mengadap pc dan berketik2 jari di keyboard ni.. Tapi skrg, aku dah jarang mengadap pc.. Apatah lagi nak menari2kan jari-jemari di keyboard ni..
Tapi, tiba2 malam ni rasa macam ada satu perasaan rindu utk kembali ke page ku ini.. Aku jarang sekali melihat blogku sendiri.. Kesian blog aku ni.. Dulu, tiap2 hari mengadap dia.. Skrg, seperti kata pepatah "dah dapat gading bertuah, tanduk tak berguna lagi..".. Sebenarnya gading bertuah tu adalah keluarga yg semakin bertambah.. Anak2 yg semakin membesar dan memerlukan perhatian aku sbg ibu sepenuh masa.. Sebab tu lah, tanduk iaitu blog ku ini semakin lama semakin dilupakan..
Alhamdulillah, blog ku ini masih belum berkubur.. Sebab aku tau dan aku kenal diri aku sendiri.. Sejak dari bangku sekolah lagi aku mmg suka mengarang.. Tak kiralah samada karangan utk subjek Bahasa Malaysia atau karangan utk suka2 sendiri.. Jadi, lebih baik jgn dikuburkan blog ini dulu.. Mana tau, satu hari nanti minat aku yg suka mengarang dan menulis tu dapat aku teruskan lagi di blog ni.. Walaupun bukan sebagai sumber pendapatan.. Tapi hanyalah sebagai perkongsian kepada teman2 di luar sana.. Dan juga utk tatapan anak2 dan generasiku yang akan datang.. InsyaAllah..
Nampaknya cukuplah setakat ini coretan aku utk malam ini.. Moga kita dapat tidur lena, mimpi yang indah dan bangun pagi esok dengan semangat baru.. Berusahalah utk terus menjadi insan yang indah akhlak, indah budi pekerti, indah iman, indah amal dan indah taqwa.. Amiin Ya Rabbal A'lamiin..
Wassalam..