zwani.com myspace graphic comments

Kad Raya Dari Nur

Salam teman-teman di luar sana. Lama betul rasanya Intan tak update blog.. Kalau update pun cuma tempek kad raya, award dan jwb tag.. Maaflah sebab sejak kebelakangan ni Intan betul2 bz. Baby pulak tak sihat. Dia demam, buang2 air dan muntah. Doakan agar baby Intan cepat sembuh ya. Sedih bila tgk anak kecik muntah2. Dah la demam..

Kad raya ni pun dah lama Intan dapat. Harini curik masa kejap gantung kat blog..Terima kasih atas ingatan Nur..



Ini juga adalah hadiah dari Nur...

Friendship Quotes Glitter Graphics

Bunga Pemberian Eiba

Terima kasih Eiba sebab bagi bunga yang bersinar-sinar kat Intan.. dah berapa hari lepas dapat bunga ni tapi baru hari ni sempat tempek kat blog.. Ermm, bulan puasa ni rutin harian betul2 lari tak macam selalu. Masa utk internet betul2 kurang.. Jadi, yg bagi award pun makan masa utk Intan tempek kat sini.. Lagilah, yang bagi tag.. Bila agaknya dapat di settlekan.. Insya Allah, ada kelapangan nanti.. Intan akan jelaskan hutang-piutang tu ehh.. Harap dapatlah dimaafkan ya wahai teman2..

Myspace Comments

Bunga ni Intan nak dedikasikan kepada teman2 tersayang yang tak pernah bersua muka tetapi erat bagaikan sentiasa di depan mata.. Walaupun mungkin ada yang dah dapat bunga ni.. Tapi bunga ni adalah pemberian dari Intan pula..

Award From Azza


Terima kasih banyak2 Azza.. I love your blog too..

Tag dari Kreuger

Rancak betul Intan dapat tag..Yang mane mampu di settlekan, dapatlah Intan selesaikan.. Yang mana tak mampu di selesaikan, Intan memohon jutaan maaf dari teman2 ya. Memang ada tag yang tak dapat Intan selesaikan.. Bukan sengaja, tapi keadaan dan waktu yang tak mengizinkan Intan.

Sekarang, Intan sudah bergelar ibu kepada 3 orang anak lelaki.. Walaupun cuma surirumah sepenuh masa, tapi banyak kerja Intan kat rumah ni.. Celik mata je, terus start keje sampailah malam hari, bila time nak tido.. kerja terus walaupun hanya di dalam rumah sendiri dan tanpa gaji..kerja tetap kerja..Dan kerja Intan itu adalah merupakan tanggungjawab kepada suami dan anak2.. Tu sebabnya Intan kurang masa utk lama2 beronline.. Jadi, tag2 yang mampu dijawab aje, dapat Intan jawab.. Harap teman2 di luar sana berpuas hati dengan penerangan panjang lebar Intan ni serta dapat memaafkan kelemahan diri Intan..

Tag kali ni datang dari seorang blogger yang setia berkunjung ke blog Intan walaupun Intan jarang2 berkunjung ke blognya..Blogger ni juga selalu memuji dan memandang tinggi diri Intan yang serba-serbi kurang ni..Terima kasih Azman@Kreuger kerana sering ke sini dan sering memandang akak sebagai seorang ibu penyayang..Maaf ya kerana lambat menjawab tag ni sbb tag ni panjang sangat..

Tagnya memerlukan jawapan mengenai diri Intan..

1) What is the most important thing in your life?
Mencari keredhaan Allah..

2) What is the last thing that you bought with your own money?
Barangan dapur...biasalah, orang pompuan..

3) Where do you wish to get married?
Ala, benda dah lepas laa..Soalan tak sesuai dgn akak...

4) How old do you think you will be permanently owned by your love?
Insya Allah, sehingga ke hujung nyawa..

5) Are you in love?
Sure, CINTA pada ALLAH, CINTA pada NABI dan CINTA pada suami tersayang.

6) Where was the last restaurant you had dinner?
Alamak, tak ingat laa.. Selalu bungkus bawak balik je...Nama Restoran yang dekat dgn rumah ni, tak ingat pulak Restoran apa namanya..SORRY!
7) Name the latest book that you bought? hehe, buku resepi..tak yah bagitau la nama buku tu..buku resepi murah2 jekk..

8) What is your full name?
Masya ALLAH...full name pun nak tau juga ke? Ermm, ingatkan nak rahsia..tapi, kenalah jujur dgn Azman kan.. Nama penuh akak ikut surat beranak& IC ialah Sabreena binti Sahip.. pelik ke mcmmane boleh timbul Intan.. masa akak kecik2 dulu, selalu nangis je..so,org tua2 suruh tukar nama panggilan. Sejak tu dipanggil INTAN..

9) Do you prefer your mother or father?
Sebenarnya, kedua2nya sekali...Tapi, apapun yang utama mestilah ibu sebab ibulah yang mengandung dan melahirkan kita..

10) Name a person that you really wish to meet in real life for the first time.
Nabi Muhammad S.A.W

11) Christina or Britney?
ermm, susah la nak jawab sbb akak tak minat artis2 barat ni..seksi sgt..

12) Do you do your own laundry?
Yup, of course..hehe, semuanya masuk dlm wash machine..tekan suis..mesin tu buat keje dari awal sampai akhir..pastu, dia berbunyi kasi tau dah siap utk dijemur..

13) The most exciting place you want to go?
Tak terfikir pulak nak ke luar negara.. Sebab kat dalam negara belum habis pergi..Teringin nak pergi Langkawi.. Agak2 Azman boleh sponsor??

14) Hugs or kisses?
Ishh..soalan sensitif la...Malulah nak jawab..hehehe, tapi sebagai isteri of coure nak kedua2nya dari suami tersayang dan of course bukan di khalayak ramai.. Ishh, apa punya soalan entahhh..

15) Point out 5 things about the person who tagged you.
i) Setia mengunjungi blog akak..Akak selalu rasa terharu
ii) Jujur dalam bercerita kisah kehidupannya..
iii) Rasanya Azman ni sporting orangnya & suka berterus-terang
iv) Apa lagi pasal Azman ni...oh ya, selalu tension kat tempat kerja..
v) lastly...Tak sabar nak mengakhiri zaman solonya..hehehe, jgn mare ehh,nnti kena jual..

16) 8 things I am passionate about:
haahhh?? tak nak jawablah soalan ni...nak jwb atau tak nak, tu hak akak kannn..

17) 8 things I say too often:

1) YA ALLAH!
2) Saufiiii
3) Shafiqqq
4) Jangan bisingggg
5) Shahir tidoooo
6) Cuba jadi budak baik
7) Dengar cakap ibu niiii
8) Abanggg! tengok Saufi nii

18) 8 books I’ve read recently:

Sekarang ni tak terbaca buku2.. Dulu masa sekolah2, selalulah baca buku2..Sekarang selalu baca majalah je..

19) 10 songs I could listen to over and over again:

1) Kau Merubah Segalanya ~ Fauziah Latiff
2) Gubahan Rindu Puisi Syahdu ~ Fauziah Latiff
3) Aku Masih Seperti Dulu ~ Fauziah Latiff
4) Salam Terakhir ~ Allahyarham Sudirman Hj. Arshad
5) Pelangi Petang ~ Allahyarham Sudirman Hj. Arshad
6) Purnama Merindu ~ Datuk Siti Nurhaliza
7) Untukmu Ibu ~ Exist
8) Kesilapan Keegoanmu ~ Datuk Siti Nurhaliza
9) Intan ku kesepian ~ Wings
10) Masih Aku Terasa ~ Gersang

20) 8 things I learned last year:

1) Belajar buat blog
2) Belajar menjadi ibu kepada anak yang bersekolah (anak start sekolah laaa)
3) Belajar jadi rajin membuat kek (melalui blog kengkawan)
Yang selanjutnya, tak boleh nak ingat laa..

21) 5 Many people to tag as you wish:-

Takpelah..tak payahlah nak tag org lain sebab tag ni pun dah lama terperap..lagipun kat blog2 lain, rasanya ramai dah kena tag ni..

Harap Azman@Kreuger berpuas hati dengan jawapan2 yang akak berikan ni.. Kalau nak tag akak lagi, tunggulah sebulan dua lagi..Janganlah rancak sangat mengetag akak ehh.. Takut tak dpt nak disiapkan..








Kali ni Intan dapat tag yang sama dari orang yang berlainan.. Mcmmane nak buat ekk? Fikir punya fikir, nampaknya kenalah Intan buat dua tag tu secara berasingan.. Intan buat tag dari Zanie dulu la sbb dapat dari Zanie dulu ..


Dibuat oleh: antownholic.blogspot.com, reskitrianto.blogspot.com, bashrie.blogspot.com,juzzyouandme.blogspot.com, sweethoney, sofiaroxy, darleeluv, a gift fRoM hEaRt, a gift from azza, sejenak bersamaku, cherita dapur, Was Will Always Me, Riezanie2u.blogspot.com, ibu-ayah-xtvt.blogspot.com


Ni arahan nya…

Copy gambar kat atas tu and post kat blog korang
Teruskan mencari mangsa seramai 5 org..(nak lebih pun takpe)
Setelah mengenalpasti mangsa yg sesuai, sila tinggalkan pesanan di blog mereka
Lastly, jgn lupe tempek url korang sebelah url ibu-ayah-xtvt.blogspot.com tuh...

Ok Zanie, Intan dah siapkan keje ni dan pasni Intan nak tujukan pulak pada teman-teman tersayang:



Tag berikutnya iaitu tag yg sama dari Mama Anis


[antown-ramadhan[1].jpg]


Dibuat oleh: antownholic.blogspot.com, reskitrianto.blogspot.com, bashrie.blogspot.com,juzzyouandme.blogspot.com, sweethoney, sofiaroxy, darleeluv, a gift fRoM hEaRt, a gift from azza, sejenak bersamaku, iurf, cikgujue, Katak Ayu, Mama Anis, ibu-ayah-xtvt.blogspot.com

Ni arahan nya…(arahan yg sama dgn yg di atas tu) Copy gambar kat atas tu and post kat blog korang Teruskan mencari mangsa seramai 5 org..(nak lebih pun takpe) Setelah mengenalpasti mangsa yg sesuai, sila tinggalkan pesanan di blog mereka Lastly, jgn lupe tempek url masing2 sebelah url Intan tu..

Ok, skrg Intan nak pass kepada teman-teman tersayang:

1) Kreuger@War IRC2
2) Nur@Cetusan Rasa
3)
Azza@Sedetik Hati
4) Eiba Lives
5)
Unaaa@bebel-bebel

SELAMAT MENCARI TEMAN SELANJUTNYA DAN SEMOGA RAMADHAN INI MEMBAWA KEBERKATAN BUAT TEMAN-TEMAN SEISI KELUARGA..



Sweet Poem

Terima Kasih Liana sebab bagi sweet poem ni kat akak.. Sukanya rasa sebab dah lama tak dapat poem-poem macam ni..




We need friends for many reasons, all throughout the season.We need friends to comfort us when we are sad, and to have fun with us when we are glad.We need friends to give us good advice.We need someone we can count on, and treat us nice.We need friends to remember us once we have passed, sharing memories that will always last.

Seterusnya, Intan nak kongsi sweet poem ni dengan:

1) Kak Izan@Tersirat Dan Tersurat
2) Azza@Sedetik Hati
3) Elleya@Lovely Cakes
4) Kak Jun@Yummylicious
5) Kak Noreen@Home Cooking

Award Dari Teman-Teman

Maaflah, sejak dua menjak ni Intan jarang online sebab sibuk melayan anak2 yang tak sihat.. Kesemua anak2 Intan tak sihat. Mereka diserang demam, batuk & selsema. Bila anak2 kecik ni sakit, mereka mmg memerlukan perhatian penuh dari kita.. Jadi, mmg Intan takde masa langsung dengan internet ni. Hari ni, baru berkesempatan sekejap mengadap pc..

Dah berapa lama award ni patutnya Intan ambik. Tapi masa betul2 tak mengizinkan.. Baru hari ni sempat ambik dan gantung kat umah Intan ni.. Terima kasih buat teman2 yang mengingati Intan dan menganugerahkan award buat Intan..


Ni award dari akak..


Info about this award

Let me spread the lurv...

This award is for those bloggers who are nice people. Good blog friends and those who inspire good feeling and inspiration also for those who are a positive influence on our blog world.

Once you've been awarded please pass it on to others who you feel are deserving of this award


Award dari Kak Izan




Ni pula dari Azza...Thanks Azza..


[bbl.jpg]


Terima kasih atas ingatan teman-teman seperjuangan.. Semoga ikatan ukhwah antara kita akan terus berpanjangan dan berkekalan..

Selamat Hari Kemrdekaan dan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak buat semua..

Subuh tadi dalam pukul 6.00 pagi sewaktu Intan sibuk membantu hubby siap-siap untuk ke tempat kerja, kami menerima panggilan telefon dari emak Intan memberitahu seorang lagi bapa saudara yang kami kasihi telah pergi meninggalkan kami..

Bapa saudara yang kami panggil pokda atau nama sebenar dia Salam bin Maslan telah pulang ke Rahmatullah jam 3.00pagi tadi..

Yang menyedihkan kami sekeluarga ialah pemergiaannya amat dekat jangka waktunya dengan pemergian seorang bapa saudara Intan iaitu Allahyarham Pak Itam yang telah Intan maklumlah di dalam blog ini beberapa minggu yang lepas.. (10hb. Ogos 2008). Mereka berdua adalah merupakan abang kepada ayah Intan.

Kami memang telah sedia maklum tentang kesihatannya beberapa minggu lepas. Dia telah diserang strok dan telah dimasukkan ke ICU Hospital Bahau beberapa hari selepas Allahyarham Pak Itam meninggal..

Kali terakhir Intan berjumpa pokda Intan adalah sewaktu melawat Allahyarham Pak Itam pada 10hb. Ogos lepas..

Intan tidak dapat melawat Allahyarham Pokda memandangkan anak-anak Intan tidak sihat di mana baby Shahir dan abangnya Shafiq di serang demam, batuk dan selsema.. Lagipun ada beberapa orang saudara terdekat Intan diserang demam ciku2.. (entahlah..nama betul demam ciku2 ni apa,lupalahh).. Takut berjangkit ke anak2 Intan.. Hanya salam takziah yang dapat Intan kirimkan buat mokda serta anak2..Semoga mokda dan anak2 tabah dengan kehilangan orang tersayang..

Semoga Allahyarhan Pokda ditempatkan di dalam golongan orang-orang yang beriman dan akan menjadi Ahli Syurga.. Aminn..


Al-Fatihah buat Allahyarham Pokda Salam bin Maslan

Newer Posts Older Posts Home

Read The Quran