zwani.com myspace graphic comments

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita penemuan emas di pantai Mersing, Johor. Ramai orang telah ke sana untuk mengambil peluang mendulang emas. Khabarnya ada yang mendapat ribuan ringgit semata-mata kerana mendulang emas dan mendapat emas di pantai tersebut.

Ibubapa aku juga tidak melepaskan peluang ke pantai tersebut sewaktu mendapat jemputan kenduri kahwin di Mersing pada hujung minggu lepas . Mereka ingin melihat sendiri benarkah apa yang dihebahkan di akhbar. Rupanya memang benar, ramai orang sedang mendulang emas di pantai tersebut. Terlalu ramai orang hingga tidak terkira.

Ibu aku pun bertanya kepada salah seorang penjual air minuman di tempat parking kereta, "Awak tak mendulang emas kat bawah sana?". Penjual air itu pun menjawab, "Tak payah makcik, kat atas ni pun dah jadi lombong emas". Wah! begitu hebat jualan air minumannya. Sehingga dia tak pedulikan emas di tepi pantai. Jual air sahaja pun seperti mendapat emas. Itu bermakna terlalu ramai orang ke sana untuk mendulang emas. Apabila terasa dahaga, air minuman pasti dicari. Ibu aku bertanya pula kepada salah seorang yang sedang mendulang, "Banyak ke emas yang awak dapat? Berapa ringgit awak dah dapat?". Dia menunjukkan emas yang hanya sebesar sebutir gula pasir. Katanya " saya dah dapat RM 1,000".

Aku bertanya kepada kedua ibubapaku samada mereka mengambil kesempatan itu untuk mendulang sama. Rupa-rupanya mereka tidak mendulang, cuma mahu melihat kebenaran berita yang didengar. "Kenapalah tak mendulang sama, sekurang-kurangnya RM500 mesti dalam tangan" aku berkata kepada ibuku.

Begitulah hakikat kehidupan. Di mana ada lubuk emas atau lubuk pendapatan, pasti ramai yang akan ke sana. Pakcik aku yang tinggal di Ampang, Selangor pun berkata yang jirannya sanggup ke Mersing untuk mendulang emas. Kalaulah aku ada kesempatan, silap-silap aku pun nak mendulang sama. Hehehehe...Siapa yang tak mahu emas kan? Kalau di tukar duit..itu yang kita nak tu.

Orang-orang yang tinggal di Mersing pasti tidak melepaskan peluang untuk mendulang emas. Kalau dah jadi kaya kerana mendulang, janganlah lupa untuk bersedekah ya. Moga-moga rezeki anda semua akan bertambah. Amin..

Video yang melucukan

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah jangan gelakkan..

Kita mungkin sering tertanya : 'Apakah kriteria kanak-kanak hiperaktif?' Selalunya, kita beranggapan kanak-kanak hiperaktif bersifat pemarah, buas, ganas, suka memberontak, bersikap agresif dan sukar dikawal. Ada juga yang mengatakan anak hiperaktif lebih suka bermain, tidak suka belajar, tidak boleh duduk diam, suka melakukan perkara-perkara yang berbahaya dan sangat berani.

Yang lain pula berpendapat, anak hiperaktif bertindak pantas, aktif dan tidak dengar cakap dan agak degil. Semua ini hanyalah sebahagian daripada pelbagai gambaran negatif terhadap seorang anak yang dilabelkan sebagai hiperaktif. Persoalannya, adakah anak hiperaktif boleh dianggap sebagai anak yang bermasalah? Sebenarnya, apa jua tingkah laku anak-anak samada baik atau buruk dikawal oleh otaknya. Otak yang mengawal segala aktiviti samada yang wujud dalam bentuk perubahan emosi mahupun perubahan tingkah laku.


Otak adalah organ pertama yang terbentuk dan menjadi pusat pentadbiran manusia dan mula dibina sejak hari ke 16 kehamilan. Empat bulan pertama sewaktu dalam kandungan, 100 bilion hingga 1 trilionsel-sel neuron dibina untuk membolehkan otak berfungsi. Sel-sel neuron tersebut kemudiannya mengalami proses kematangan masing-masing. Ketika anak dilahirkan kematangannya mencapai tahap 25 peratus. Seterusnya meningkat sehingga 50 peratus sewaktu enam bulan, 85 peratus ketika berusia tiga tahun hinggalah mencapai 95 peratus kematangan apabila berumur 6 tahun.


Hakikatnya, sejak anak dilahirkan sehingga mencapai umur enam tahun, otak yang dimiliki oleh kanak-kanak sebenarnya mampu melakukan apa sahaja yang mampu dibuat oleh otak orang dewasa. Ini bermakna, setiap rangsangan yang diterima oleh anak dalam apa jua bentuk yang boleh didengar, dilihat, disentuh dan dirasai akan diterima dan diolah oleh sistem otaknya. Otak inilah yang menjadi penggerak kepada seluruh anggota tubuh seseorang. Kerana inilah Al-Ghazali r.a pernah berkata "Barangsiapa dapat mengawal dunia dalamannya makan mudahlah baginya untuk mengawal dunia luarannya.

Tahap kolesterol yang tinggi di dalam badan boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihantan seperti serangan jantung dan strok. Bagi orang dewasa, tahap kolesterol normal adalah kurang dari 200mg/dl. Di atas tahap ini, risiko mendapat penyakit koronari meningkat terutama sekali jika bacaan kolesterol dari 200mg/dl ke 2239mg/dl. Keseimbangan antara LDL dan HDL adalah amat penting bagi menjamin kesihatan anda. LDL atau 'lower density lipoproteins' juga dikenali sebagai 'kolesterol kurang baik' manakala HDL atau 'high density lipoproteins' adalah 'kolesterol baik'. LDL menyebabkan arteri tersumbat dengan kolesterol manakala HDL menghalang perkara ini berlaku. Jika anda ingin mengawal atau mengurangkan tahap kolesterol anda, berikut adalah cara-cara yang anda boleh amalkan dalam kehidupan seharian :

  • Kurangkan pengambilan santan kerana ia mempunyai kandungan lemak tepu yang tinggi yang menaikkan tahap LDL badan. Walau bagaimanapun kebanyakan sayuran atau buah-buahan tidak mengandungi kolesterol
  • Baca label makanan. Kebanyakan snek dan makanan yang telah diproses mengandungi lemak tepu yang sukar dikesan oleh pengguna
  • Berhati-hati apabila mengambil produk tenusu (non-dairy substitutes). Susu kri kopi, bancuhan kek dan krim putar selalunya mengandungi minyak kelapa atau sawit yang mempunyai kandungan lemak tepu yang tinggi
  • Gantikan pengambilan lemak tepu (saturated fats) dengan lemak tak tepu (unsaturated fats). Minyak zaitun dan avokado adalah punca terbaik lemak monounsaturated, manakala lemak polyunsaturated boleh ditemui dalam minyak kesumba (safflower), bijan, soya, bunga matahari, jagung dan biji kapas.
  • Pastikan hanya memakan daging yang sudah dibuang lemak atau rendah kandungan lemaknya. Untuk mudah kenyang, anda juga boleh memakan lebih makanan karbohidrat seperti roti, nasi dan bijirin
  • Serat mudah larut (soluble fibre) yang terkandung dalam oat boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. Selain oat, anda juga boleh mengambil kacang pis dan kekacang yang mengandungi kandungan serat yang tinggi
  • Untuk mendapat faedah kesihatanyang optimum, pastikan diet anda seimbang dan pelbagai
  • Kurangkan atau berhenti merokok. Merokok mengurangkan kandungan HDL di dalam badan anda
  • Bergerak selalu! Aktiviti harian yang sederhana atau senaman yang sempurna boleh menaikkan tahap HDL badan anda

KENCING MANIS

Siapakah Yang Berisiko Tinggi?

Mereka yang dikelaskan dalam kumpulan berisiko lebih tinggi untuk mengidap penyakit ini adalah:-

  • Mereka yang mempunyai keturunan yang mengidap kencing manis (ibu bapa, adik-beradik)
  • mereka yang berat badannya agak tinggi
  • Mereka yang pernah mempunyai radang pada pankreas
  • Wanita mengandung yang pernah menghadapi kencing manis ketika hamil

Apakah Rawatan Untuk Penyakit Kencing Manis?

Sebelum tahun 1921, tiada ubat-ubat tertentu untuk merawat penyakit ini. Pada masa ini terdapat pelbagai ubat untuk mengawal penyakit kencing manis dan ini memberi peluang kepada penghidap-penghidap penyakit ini untuk meneruskan kehidupan seperti biasa. Rawatan untuk penyakit kencing manis adalah melalui kawalan pemakanan. Makanan yang kita makan memainkan peranan yang penting dalam kawalan penyakit kencing manis. Ada kalanya, kes-kes yang tidak teruk dapat dikawal melalui penjagaan makanan sahaja.

Siapa kata persahabatan tidak penting dalam kehidupan? Menjalinkan hubungan dengan sesiapa sahaja dalam konteks yang wajar dan selamat bakal menjadikan kita sebagai individu yang sihat. Jika kita memilih untuk menjadi 'kera sumbang', kita sebenarnya kehilangan nikmat persahabatan malah memberi ruang 'penyakit' untuk datang menyerang. Amalkan beberapa tips di bawah ini apabila berjumpa dengan sahabat baru;
  • Hadiahkan senyuman seikhlas mungkin untuk teman yang baru kita kenali.
  • Elakkan diri dari menyendiri, sebaiknya mulakan berbicara walaupun hanya sepatah kata dan menyapa.
  • Guna bahasa yang paling sopan. Kata orang ayat permulaan dalam perkenalan punya kuasa luar biasa. Mana tahu cara ini boleh membuatkan teman lebih mengingati kita.
  • Pandang mata teman apabila bercakap. Ini salah satu cara kita menunjukkan keyakinan diri untuk bercakap.
  • Genggam erat tangannya masa berjabat salam. Cara ini juga memberi lebih keyakinan untuk kita terus memulakan keakraban dengan teman baru.
  • Elakkan berbincang topik-topik yang menyinggung perasaan mahupun yang menampakkan ketidakserasian kita dengannya dalam mengutarakan pendapat sekalipun kita mahu lihatkan diri kita yang sebenar.
  • Amalkan sikap mesra selalu. Banyakkan menegur apabila setiap kali berjumpa walaupun hanya seketika.

Merokok merupakan risiko kanser yang paling banyak diberikan publisiti. Daripada perspektif kesihatan, tidak diragui lagi, merokok atau menggunakan tembakau dalam sebarang bentuk merupakan ilihan paling buruk yang boleh dibuat.

Menurut AICR, penggunaan tembakau bukan sahaja meningkatkan risiko kanser paru-paru, ia juga boleh mempengaruhi beberapa bentuk kanser lain (serta meningkatkan risiko terhadap penyakit kardiovaskular dan strok).

Menurut WHO, kanser paru-paru pada masa ini adalah pembunuh terbesar dan merupakan kanser paling umum - lebih 1.3 juta kes di seluruh dunia dan hampir sejuta kematian setiap tahun.

Di Malaysia juga keadaan yang sama buruk dengan negara lain. Kanser paru-paru pada masa ini merupakan penyebab utama kematian lelaki akibat kanser yang meragut beratus nyama setiap tahun.

Kematian akibat kanser ini boleh dicegah. Hanya ikut peraturan mudah ini : Jangan merokok atau menggunakan tembakau dalam sebarang bentuk. Jika pada masa ini anda tidak merokok, jangan mulakannya. Jika anda merokok, berhentilah.

Berikut adalah petua-petua mudah untuk menjaga kesihatan agar tubuh sentiasa sihat. Petua asas ini mampu mengubah cara hidup kita.

Amalkan Sikap Optimistik
Pemikiran yang sihat selalunya menghasilkan badan yang sihat. Dengan mengamalkan sikap yang positif atau optimistik dalam kehidupan dapat meningkatkan kesihatan mental dan juga fizikal.

Kurangkan Pengambilan Lemak
Terlampau mengurangkan pengambilan lemak dalam pemakanan tidak digalakkan. Hadkan pengambilan makanan yang berlemak dalam pemakanan dan kurangkan makanan yang terlalu berminyak, daging berlemak dan juga makanan segera. Bukan menyingkirkan lemak.

Hentikan Tabiat Merokok
Merokok menyebabkan kanser paru-paru dan gejala penyakit lain. Sebolehnya kurangkan dan berhenti serta merta agar hidup terasa lebih b ermakna. Bukan itu sahaja, duit juga dapat dijimatkan tanpa perlu membeli rokok.

Pengambilan Air Secukupnya
Minum air yang secukupnya untuk membantu penghadaman, menghapuskan toksin, mengurangkan selera makan dan juga melembapkan kulit. Tabiat ini juga boleh menghindarkan penyakit barah pundi-pundi kencing bagi kaum lelaki.

Sentiasa Bergerak
Kita seharusnya melibatkan diri dengan kegiatan yang banyak menggerakkan anggota badan. Kekerapan kita bergerak bukan sahaja dapat membantu secara fizikal tetapi juga mampu untuk mengurangkan tekanan.

Newer Posts Older Posts Home

Read The Quran