zwani.com myspace graphic comments

Petua Redakan Senggugut

Sengugut kerap dialami wanita ketika kedatangan haid. Peringkat ringan sengugut biasanya akan mendatangkan gejala seperti sakit perut yang tidak melampau dan kitar haid yang tidak menentu. Sengugut yang dialami pada zaman remaja atau sebelum berkahwin kadangkala boleh hilang selepas berkahwin. Namun sesetengah kes, ia berpotensi menjadi lebih serius.

Sengugut yang sudah sampai ke tahap kronik akan berlarutan hingga mendatangkan masalah lain seperti kemandulan. Apakah yang menyebabkan sengugut berlaku? Pengeluaran sejenis bahan, iaitu prostoglandin secara berlebihan akan menyebabkan kesakitan yang dirasai ketika senggugut. Otot rahim akan mengecut (contraction) dengan lebih cepat.

Sesetengah penyakit pada sistem reproduksi juga boleh menyebabkan senggugut. Antaranya ialah jangkitan kuman, ketumbuhan pada salur peranakan dan rahim yang dinamakan fibroid. Pengeluaran hormon yang tidak seimbang juga boleh menyebabkan dinding rahim menebal dan mendatangkan penyakit lain y ang dinamakan endometriosis yang boleh menyebabkan kemandulan. Selain itu, kitar haid yang tidak teratur disebabkan oleh tubuh yang terlalu kurus atau terlalu gemuk juga boleh mendatangkan senggugut.


Teh pahit tanpa gula dikatakan dapat meringankan sengugut. Teh ini diminum segelas ketika sakit sengugut memuncak. Jangan tambah gula kerana ini akan menghilangkan kesannya. Buah petola yang biasa di tanam di kampun-kampung juga dipercayai dapat mengurangkan kesakitan senggugut. Ia dapat diamalkan dengan mudah sekali kerana kita cuma perlu memakan sebarang masakan dari petola ini selama seminggu sebelum kedatangan haid. Ada pula yang mengamalkan pengambilan kunyit, asam jawa dan gula merah yang direbus. Segelas rebusan ini diminum selepas makan tengahari dan segelas lagi selepas makan malam seminggu sebelum kedatangan haid.


Semoga kita semua sihat walaupun dalam keadaan uzur (tidak sihat)..


Sumber dipetik daripada majalah RAPI November 04

Ramai yang tidak boleh menolak makanan ringan atau 'junk food' walaupun tahu bahawa makanan tersebut merugikan kesihatan. Para pengkaji dari Universiti Rockfeller di New York mendapati bahawa makanan ringan boleh menyebabkan ketagihan yang lebih teruk berbanding dengan makanan berlemak. Ini kerana makanan ringan menjadikan anda bertindak melawan hormon leptin iaitu hormon yang memberi tanda rasa kenyang. Dalam erti kata lain, makanan ringan boleh menyebabkan ketagihan seperti rokok atau heroin.

Pengambilan setiap hari makanan ringan menjadikan tubuh mengeluarkan gelanin, iaitu sebatian otak yang merangsang untuk makan secara berlebihan. Kesimpulan ini diperkuatkan lagi dengan kenyataan para sarjana dari Universiti Sussex, di England. Berdasarkan kepada kajian mereka, makanan tinggi lemak seperti makanan ringan dapat menimbulkan sebatian kimia keseronokan yang ada di dalam otak. Ini membuatkan anda ingin makan dan makan lagi 'junk food'.

Sumber dipetik dari majalah RAPI November 04

Tadi (Selasa..27 Mei), sempat curi-curi masa buat kek coklat kukus. Ada baby ni masa agak terhad. Baby sentiasa menangis nakkan perhatian. Bila kita jauh je, mesti menangis.. Bila dekat, terus diam.. Tapi bila anak2 tidur sekejap tadi, dapatlah buat kek coklat kukus yang dah sekian lama Intan simpan hajat nak buat tu.. Resepinya Intan dapat daripada seorang blogger yang tinggal di JB.. Azura.. Dia dapat pun kat member2 bloggernya. Erm.. memang sedap.. Senang pun senang..



Kek Coklat Kukus

1 1/2 biji butter (250gm + 125gm)
2 cawan gula halus

1 tin susu cair

4 biji telur

2 cawan tepung gandum

1 cawan serbuk koko
1 sudu teh baking powder

1 sudu teh soda bikarbonat

1 sudu teh esen vanilla



CARA_CARANYA:

CAIRKAN BUTTER DLM PERIUK, KEMUDIAN MASUKKAN SUSU CAIR, ESEN VANILLA DAN GULA, KACAU PERLAHAN HINGGA SEMUA HANCUR DAN SEBATI. kEMUDIAN TUTUP API DAN BIARKAN ADUNAN SUAM. SELEPAS ITU MASUK TELUR YG TELAH DIPUKUL DAHULU KEDALAM ADUNAN. SATUKAN DAN AYAK TEPUNG, KOKO, BAKING POWDER DAN SODA BIKARBONAT, KEMUDIAN CAMPURKAN SEMUA BAHAN KERING KEDALAM ADUNAN TADI. KACAU SEBATI HINGGA RATA KEMUDIAN KUKUS SELAMA 1 1/2 JAM.


(ACUAN HENDAKLAH DI SAPU MINYAK KEMUDIAN DI LAPIK DENGAN KERTAS MINYAK SUPAYA SENANG UNTUK DIKELUARKAN KEK DARI ACUAN NANTI. DAN JUGA TUTUP PERMUKAAN ACUAN KEK DENGAN FOIL PAPER SUPAYA AIR KUKUSAN TIDAK JATUH KE ATAS KEK.)


p/s utk kelat:

KELAT..nak pos kek coklat ni ke Ipoh mcm tak berbaloi pulak..apa kata kelat test buat..senang je kelat..mesti lps tu kelat nak buat lagi.

Maaf ya Kelat, buat masa ni Kelat tengok dari jauh je..lain kali Insya Allah, Intan akan buat lebih sikit..utk di pos ke Ipoh..

Selain keperluan untuk kesihatan tubuh, air juga memberi manfaat yang besar kepada kecantikan. Banyak khasiat air yang boleh dikaitkan dengan kecantikan kulit. Antaranya:
  1. Air putih yang diminum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari baik untuk kecantikan kulit. Air yang mencukupi membuatkan kulit sentiasa lembap dan muda
  2. Air yang dikisar bersama-sama buah (untuk dijadikan jus) sangat baik untuk sistem pencernaan, melembapkan kulit dan menjaga kesihatan mata
  3. Air yang mencukupi juga sangat bagus untuk melebat dan menyihatkan akar rambut
  4. Kulit dan kuku kaki yang letih dan 'stress' boleh dilegakan. Cuma, rendamkan kaki ke dalam sebaldi air suam dan perahkan sedikit hirisan limau nipis ke dalamnya. Rendamkan kaki selama 15 minit. Amalkan dalam seminggu sekali dan anda akan mendapati keadaan kaki anda lebih cantik dan halus
  5. Di spa juga, banyak disediakan khidmat mandian yang pelbagai. Antaranya mandi lulur, mandi susu, mandi lumpur dan mandi bunga. Semua ini tidak lain adalah untuk memastikan kecantikan kulit yang berpanjangan

Sumber dipetik daripada majalah RAPI November 04


Walaupun kita biasanya berhati-hati ketika mencuci sayuran, khususnya sayuran berdaun hijau tetapi kebersihannya masih diragui. Rasa bimbang itu kadang2 membuatkan kita menghabiskan masa yang lama untuk mencuci sayuran dan pastinya menggunakan air yang banyak. Di situ, pembaziran air mungkin berlaku..

Jadi, untuk mengikuti cara mudah mencuci sayuran ataupun ulaman tanpa membazirkan air ialah bersihkan sayur atau ulaman sepintas lalu...kemudian rendamkannya ke dalam bekas yang berisi sedikit garam dan cuka.. Biarkan beberapa minit. Setelah itu, kita bilaskan sayuran itu sekali lagi dan sayur itu sedia untuk di masak atau di makan.

Menurut Dr. James Stewart pakar Neuropsikiatri, tidur bukan sekadar merehatkan tubuh tetapi juga otak. Serebral korteks iaitu bahagian utama otak utama atau fungsi mental tertinggi yang digunakan untuk mengingat, membayangkan, menilai dan memberikan alasan, merupakan organ penting yang harus mendapat prioriti tinggi untuk direhatkan.

Pengkaji pernah meneliti hubungan otot dan otak atau fikiran ketika manusia tidur. Mereka menemui bahawa pada saat tidur, fikiran dan otot-otot saling merangsang antara satu sama lain. Ketegangan otot menyebabkan korteks (lapisan luar otak yang berwarna kelabu) terus aktif, sedangkan ketegangan otak menyebabkan otot terus aktif. Rasa penat akan mengurangkan gerak kerja otot, begitu juga ketika berehat.

Aktiviti korteks yang menurun akan menyebabkan otot-otot semakin relaks. Ketika tidur, jantung berdetak lebih lambat, tekanan darah menurun, pembuluh darah melebar dan suhu badan juga menurun sekitar 0.5 darjah Fahrenheit, tetapi perut dan usus tetap bekerja.

Ketika tidur, tubuh sesekali akan bergerak. Gerakan sebanyak 20-40 kali masih dianggap normal. Lebih dari itu menunjukkan seseorang itu sedang mengalami gangguan. Gangguan muncul akibat kurang tarikan antara minda dan otot. Fikiran akan sukar tertidur bila otot masih tegang. Jadi, untuk mendapatkan tubuh dan minda yang sihat secara menyeluruh, dapatkan tidur yang berkualiti..


Sumber dipetik daripada majalah RAPI keluaran Januari 05

Kerana Terlupa

Macam biasa..lepas selesai masak dan selesaikan anak-anak, Intan pun online..

Tengah syok2 online, tup2 perut terasa lapar.. Intan ni kalau tak lapar, malas nak makan.. Jadi, kerana dah teramat lapar...terus tinggalkan pc dan ke dapur untuk makan. Ambik pinggan ambik senduk nasi dan bila bukak rice cooker... ALAMAKKKK!!! Intan terlupa tekan punat "cook rice" kat rice cooker tu.. betapalah sedihnya..

Dengan perasaan hampa, terus Intan tekan punat on tu.. Mata pun terpandanglah pisang yang dah teramat masak tu... Apa lagi, KERANA TERLUPA tekan suis on tu..berkobar-kobarlah Intan nak buat jemput2 pisang. Dah lama juga tak pekena jemput2 pisang ni.. Memang best makan jemput2 pisang panas.. Tambah lagi perut tengah keroncong dan berdondang-sayang.

Intan pun tak tunggu apa, terus buat jemput2 pisang sementara nak tunggu na
si masak. Nasi belum selesai masak..jemput2 pisang Intan dah pun siap.

Apa lagi, Intan terus m
akanlah. Tunggu nasi lambat sangat..Anak2 Intan pun memang suka jemput2 pisang ni. Lebih2 lagi Saufi.. Banyak mana pun jemput2 pisang tu dia boleh habiskan..

JEMPUT..JEMPUT..

Inilah jemput2 pisang yang terhasil dek kerana terlupa menekan punat cook kat rice cooker







Membaca Amalan Yang Mulia

worm reading

Ulat pun suka membaca...apa lagi kite..

Mesti rajin membaca.. Biar jadi macam ulat buku, jangan jadi macam katak di bawah tempurung.. Jangan jadi ulat bulu sudahlahhh..

Kalau rajin membaca memang tak terhingga faedahnya. Pelbagai ilmu yang akan kita perolehi.. Tapi elakkanlah membaca benda2 yang tak berfaedah pulak.

Sesat mencari rumah Kak Uda,
Sesat kerana malu bertanya,
Banyak membaca tambah ilmu di dada,
Ilmu itu banyak faedahnya.


RENUNGKANLAH


Newer Posts Older Posts Home

Read The Quran