Masih belum terlewat untuk Intan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada pengunjung2 blog Intan.. Semoga Aidilfitri ini membawa kebahagiaan buat teman2 semua..
Walaupun Intan dikategorikan dalam meng'update' entry raya lambat..takpe la kann..Sape yang nak tengok, tengoklah.. Sape yang tak nak tgk, takpe.. Ada juga teman blogger di luar sana yg mengingatkan Intan pasal entry raya ni.. Kesempatan utk Intan meng'update' blog ni baru tiba..
Sekurang2nya, entry ni adalah utk tatapan anak2 Intan di masa mendatang. Bila mereka dewasa nanti, gambar kenangan sewaktu mereka beraya di alam kanak2 sentiasa terpahat di dalam blog ini.Sebenarnya, memang meriah setiap kali raya..Cuma peluang utk mengambil gambar tu agak terhad. Maklumlah, bila ada anak kecil ni..segala2nya jadi lambat..jadi payah.. Anak menangis la, nak itu..nak ini.. So, akhirnya masing2 terlupa nak ambil gambar..terlupa camera kat mane..Mane yang sempat di snap tu..adalah kenangannya di dalam gambar..Tahun ni giliran utk sambut raya adalah di rumah mertua di Ampang, Selangor..
Wajah Shahir di pagi raya Aidilfitri
Bersama suami & anak2 tersayang
Hari Perjumpaan Keluarga
Seperti tahun2 sebelum ini, kami berkumpul di hari perjumpaan keluarga.di Pengerang, Johor. Tahun ni acaranya berbeza sedikit dgn tahun2 sebelumnya. Kali ni diadakan acara sukaneka.
Seronok sakan masing2..Bila umur dah banyak, tiba2 kena masuk acara sukaneka...memang lawak. Macam2 gelagat org2 dewasa dan veteran yang mencuit hati. Kami dibahagikan kepada 4 kumpulan. Hehe, Shahir satu kumpulan dengan Intan(baby mesti sama kumpulan dgn ibunya kann)..
Segalanya tersimpan di dalam memori ingatan. Cuma ada sedikit gambar yang boleh di simpan di dalam blog & album..Semuanya utk tatapan Intan & ahli keluarga juga kepada teman2 yang sudi mengikuti perkembangan serta aktiviti keluarga Intan..
Tapi rasanya bilangan ahli keluarga yang hadir tahun ni agak berkurangan berbanding tahun2 sebelumnya. Mungkin sebab perjumpaan kali ni dibuat pada hari raya ke 4. Masing2 dah pulang ke rumah. Tahun2 sebelum ni dibuat pada hari raya ke 3. Takpelah, yang penting silaturrahim antara saudara sedarah sedaging tetap utuh.. Yang muda tetap mengenali bapa saudara, emak saudara, sepupu sepapat.. Kalau tak dibuat acara seperti ini, takut masing2 tak mengenali antara satu sama lain..
Nanti Intan masukkan lagi gambar2 sewaktu sukaneka..Lambat betul nak loading utk masukkan gambar ni..Tak larat nak tunggu lama2...
Pernahkah anda minum dari botol minuman plastik atau makan makanan dari bekas plastik dan terasa seakan-akan plastik pada minuman atau makanan tersebut? Ini bermakna bahan plastik yang terkandung di dalam bekas tersebut telah terhakis dan masuk ke dalam makanan/minuman tersebut. Sekiranya kita lihat pada belakang atau di bawah bekas tersebut, kita akan dapati ada simbol segitiga dengan kod nombor. Jangan salah faham. Kod no. pada simbol ini bukannya menunjukkan lebih besar nombornya, lebih tahan lama bekas tersebut, sebaliknya ia menunjukkan jenis bahan yang diguna (dari unsur Polymer iaitu bi-produk dari bahan Petroleum).
The Plastic Coding System
Ketahuilah Fakta2 berikut:
Kajian menunjukkan bahawa kod 1 yang diperbuat dari bahan PTE atau PET(yang selalunya digunakan untuk bekas minuman ringan atau air mineral) selamat digunakan untuk tempoh 1 kali sahaja. Ia tidak sesuai digunakan berkali-kali kerana akan menggalakkan pengumpulan bakteria pada permukaannya. Tetapi jangan biarkan bekas air ini di dalam kereta pada hari panas terik kerana bahan toksinnya akan terhakis dan masuk ke dalam minuman dan ia tidak sesuai lagi untuk diminum dan jika diminum juga boleh menyebabkan kanser terutamanya kanser payudara
Kod 2 jarang digunakan untuk bekas makanan/minuman. Oleh itu tidak perlu risau tentangnya
Kod 4 selalunya digunakan untuk bungkusan makanan yang akan diguna sekali dan dibuang. Ia tidak akan menimbulkan kesan bahaya tetapi jika digunakan untuk mengisi bahan makanan/minuman yang terlalu panas atau terkena minyak masak yang masih panas, bahan plastiknya boleh meluntur dan masuk ke makanan tersebut.
Kod 5 selamat digunakan dan boleh dipanaskan di Oven microwave tetapi untuk jangkamasa 3 bulan sahaja jika diguna setiap hari. Oleh itu anda harus membuangnya dan gantikan dengan yang baru jika sudah terlalu lama menggunakannya.
KOD MERAH yang MESTI DIELAKKAN samasekali ialah yang bertanda 3, 6 & 7. Bahan kod 7 biasanya diperbuat dari Polycarbonat yang bersifat keras dan lutsinar tetapi mengandungi BPA atau Bisphenol-A yang merbahaya kerana ia bersifat karsinogenic dan boleh menyebabkan Kanser terutamanya Kanser Payudara. Kod 3 & 6 mengandungi BPA serta bahan kimia lain yang juga boleh memberi kesan yang sama
Kajian di Amerika Syarikat telah mendapati 95% dari sampel air kencing orang dewasa, ibu mengandung, kanak2 & bayi yang diambil mengandungi bahan BPA ini. Plasenta ibu yang mengandung juga dikesan bahan bahaya tersebut. Bahan Bisphenol-A (BPA) ini boleh merosakkan sistem reproduktif, mengubah kadar pertumbuhan bayi dan merosakkan organ tubuh, meninggikan risiko kanser payudara, kanser testicular, atau prostrate kadar sperma yang rendah, keguguran, kegemukan, diebetis & tekanan darah tinggi. Sayang sekali, bahan ini terdapat di kebanyakan botol2 susu bayi yang ada di pasaran dan pihak berkuasa di Malaysia masih belum membuat apa-apa kenyataan atau tindakan terhadap perkara ini walaupun pihak USRDA yang bereputasi serta menjadi rujukan sedunia telah mengesahkan fakta ini. Sila lihat video ini:
So, kita kena bertindak sekarang. Jangan guna plastik kod 1 berulang kali, jangan guna kod 5 dalam tempoh yang terlalu lama. Yang lebih penting, JANGAN GUNA LANGSUNG KOD 3, 6 & 7. Cara yang terbaik ialah dengan menggantikan dengan bekas yang diperbuat dari kaca atau seramik yang lebih selamat.
Untuk rujukan dan panduan yang lebih terperinci, rujuk rakaman video di sini & sini
Salam Aidilfitri buat semua teman-teman blogger di luar sana. Intan menyusun 10 jari memohon maaf di atas segala kesalahan yg disengajakan atau tidak disengajakan. Maaf juga diatas kelewatan ucapan ini kerana line streamyx di rumah Intan ni tidak mengizinkan Intan memberi ucapan ini awal2.. Baru hari ni Intan berpeluang online setelah hampir 2 minggu lebih Intan terputus line internet.
Kepada teman-teman blogger yang rumahnya disekitar Johor Bahru, silalah datang beraya ke rumah lebih2 lagi kepada teman-teman yang setaman perumahan dengan Intan iaitu Kak Eyna & Nur.. Kepada yang tak setaman pun, Intan sentiasa menunggu kedatangan teman2 ke rumah. Tapi kalau nak datang tu, informlah awal2. Takut kami tiada dirumah ataupun ada urusan lain.. Kepada Kasawari..nak datang nanti, informlah sehari lebih awal ya.. Janganlah dah nak gerak baru nak inform..
Terima kasih kepada teman-teman yang memberi kad ucapan kreatif2 ni..Maaflah sebab Intan tak sempat nak buat kad ucapan istimewa utk teman2..Ingatan dari teman2 amat Intan hargai..Terima kasih sekali lagi.. Semoga Aidilfitri ini memberi kebahagiaan buat semua teman2 Intan di luar sana..
Kak Zanie ni, dalam sibuk2 membuat persiapan raya, sempat lagi nak tag kite ni.. Takpelah, nasib baik Intan murah hati sikit malam ni.. Cuba luangkan masa utk jawab tag dari Kak Zanie. Takut kalau dibiarkan, jadi pekasam pulak tag ni..
1. Nama Timangan;
Ahli keluarga dan saudara-mara serta teman2 panggil Intan. Anak2 sedara panggil Mak Long sebab Intan dan suami, dua2 anak sulong..
2. Saya Seorang Yang;
Peramah juga bila dah kenal
Suka buat kerja cepat2 tapi cermat
Cepat terasa hati
Cepat marah serta cepat juga redanya
Sekarang ni suka mencuba resepi..lebih2 lagi resepi kek
Suka tgk suami, anak2 dan keluarga makan kek hasil buatan tangan sendiri...betul2 rasa puas hati dan gembira sgt. Sebab sebelum ni, kek semua dibeli. Skrg, dah takde beli2 lagi..
Cukup kot, arahan takde cakap pun nak berapa..
3. Insan2 Teristimewa;
Suami, ahli keluarga (emak,ayah,anak2,adik2) serta rakan2 di alam cyber yg sentiasa dekat di hati..
4. Makanan kegemaran;
Suka makan apa saje..lebih2 lagi mee bandung emak Intan buat.. nyum2
5. Favourite colour;
Biru, coklat..
6. Favourite Song;
Kau Merubah Segalanya, Pelangi Petang, Untukmu Ibu
7. Benda Yang Membuat Anda Stress;
Bila anak tak dengar cakap
Bila anak asyik bergaduh..mula2 main2 pastu betul2 (ishhh, geram betul laaa)
Bila tunggu sesuatu macam tunggu buah yg tak gugur2
Bila kena tipu ( sakitnya hati)
Bila orang tak hormat kite
Bila ada pemandu yang kurang ajar di jalan raya..
Lastly, hehehe...bila ada perselisihan faham dgn Mr. Hubby..tapi, selalunya sesiapa yg rasa bersalah, cepat2 akan minta maaf...pastu hilanglah stress..
8. 3 benda dalam wallet;
IC
Lesen memandu
Duit
9. Kali Terakhir Nangis Beriya-iya;
Masa keguguran.. (sedih sgt masa tu, hanya Alllah saje yg tahu betapa sedihnya hati..masa tu rasa macam dah tak jejak di dunia nyata..rasa kosong jiwa ni)
Ok ya Kak Zanie..harap Kak Zanie berpuas-hati dengan jawapan saya ni.. Nampaknya saya tak panjangkan tag ni ya sebab rasanya masing2 sibuk membuat persiapan raya.
Sebenarnya, dah lama Intan dapat foto comel dari Kak Zanie ni. Tapi, keadaan dan masa betul2 membuatkan Intan tak sempat nak masukkan dlm blog. Banyak kali juga Kak Zanie ingatkan Intan tentang foto Salam Ukhwah ini, tapi Intan tetap tak sempat2 nak masukkan. Malam ni, Intan cuba luangkan masa utk masukkan foto comel Salam Ukhwah Kak Zanie. Maaf ya Kak Zanie atas kelewatan Intan ni..
Terima kasih Nur..Nur selalu ingat kat akak.. Sayang Nur.. Raya nanti, jangan lupa dtg rumah ya. Bukannya jauh pun rumah kita ni..Jalan kaki pun boleh sampai.. hehe (tu pun kalau larat la).
Akak minta maaf ya Nur. Akak tak tau la, masalah apa dah menimpa pc akak ni. Akak still tak boleh berkata2 kat shoutmix yang Nur buat khas utk akak tu. Dah banyak kali akak taip, pastu akak send tapi setiap kali tu juga shoutmix tu akan hilang. Bila di refresh semula blog Nur tu, pesanan akak tak keluar pun.. Bila akak taip lagi, perkara yang sama tetap berlaku. Apa pun, akak akan sering berkunjung ke blog Nur tu.. Walaupun susah utk akak meninggalkan jejak selain dengan cara meninggalkan komen..
Terima kasih Kak Eyna atas pemberian yang sungguh bermakna ni.. Kita bukan sahaja sudah menjadi kawan.. bahkan sebelum berkawan, kita adalah jiran. Jiran yang tidak kenal antara satu sama lain tetapi internetlah yang mengenalkan kita. Jarak rumah kita yang dekat akan memudahkan kita terus berkawan selama-lamanya.. Insya Allah..
Pemberian ni juga Intan nak panjangkan.. Nak bagi kepada kawan2 blogger di luar sana..
Sebenarnya, Intan nak bagi kat semua kawan2 tapi tak larat nak taip satu2.. So, kepada kawan2..sudi2lah ambil ya..Semoga persahabatan yang terjalin akan terus berkekalan..
Salam Aidilfitri buat semua teman-teman blogger di luar sana. Intan menyusun 10 jari memohon maaf di atas segala kesalahan yg disengajakan atau tidak disengajakan. Maaf juga diatas kelewatan ucapan ini kerana line streamyx di rumah Intan ni tidak mengizinkan Intan memberi ucapan ini awal2.. Baru hari ni Intan berpeluang online setelah hampir 2 minggu lebih Intan terputus line internet.
Kepada teman-teman blogger yang rumahnya disekitar Johor Bahru, silalah datang beraya ke rumah lebih2 lagi kepada teman-teman yang setaman perumahan dengan Intan iaitu Kak Eyna & Nur.. Kepada yang tak setaman pun, Intan sentiasa menunggu kedatangan teman2 ke rumah. Tapi kalau nak datang tu, informlah awal2. Takut kami tiada dirumah ataupun ada urusan lain.. Kepada Kasawari..nak datang nanti, informlah sehari lebih awal ya.. Janganlah dah nak gerak baru nak inform..