zwani.com myspace graphic comments

Happy Birthday Abang..

7hb November..birthday hubby Intan.. Kalau dalam bulan Islam, hubby Intan dilahirkan pada 1 Syawal..

Malam semalam Intan buat kek coklat moist utk besday dia.. Kebetulan hubby keje malam.. So, kek tu kira surprise laa..

Kek coklat moist yang Intan buat khas buat teman hidup Intan.. Walaupun kek tu tak secantik mane, tapi kek tu adalah hasil dari tangan seorang isteri yang sentiasa menyayangimu..



  • Semoga abang dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..
  • Semoga abang akan sentiasa di dalam lindungan Allah
  • Semoga Keimanan dan Ketaqwaan akan terus bertambah..
  • Semoga kita akan kekal bahagia bersama di dunia dan akhirat..










Kad Birthday yang dibuat oleh Saufi untuk ayahnya..

Konvokesyen Saufihanif

Rabu (5hb November 2008), anak sulong Intan - Muhammad Saufihanif telah menghadiri majlis konvokesyen di Kompleks Belia dan Sukan, Johor Bahru.. Konvokesyen tu peringkat Zon Bandar Utara.

Memang ramai kanak2 prasekolah peringkat Zon Bandar Utara. Campur pulak dengan ibubapa..Ish,ish,ish..teramat ramai orang sampai tak nampak anak sendiri.. Cikgu2 Saufi pulak kena bertugas di pentas. Jadi, kami ibubapa risau dengan anak2 yang rasanya macam terbiar.. Apapun, akhirnya Saufi berjaya terima sijil prasekolahnya.. Kami pulang sebelum majlis selesai sebab adik2 Saufi dah letih lagipun hubby ada urusan lain lepas tu..


















Tapi Intan rasa ralat sebab tak dapat ambik gambar dengan selesa. Dapat juga ambik gambar walaupun tak banyak sebab terlalu ramai sangat orang.. Keadaan macam huru-hara aje..


Tapi yang penting, Saufi rasa happy sebab dia dah dapat sijil sekolahnya.. Lepas ni saufi akan bergelar pelajar sekolah rendah pula.. Nampaknya anak Intan semakin dewasa. Semoga Saufi akan berjaya di dalam kehidupannya dan menjadi contoh yang terbaik untuk adik-adiknya..


Terima kasih banyak2 Lin sebab bagi award belum sepatutnya Intan dapat..hehehe..
@ehsan01

Lin bagi award ni pada 4hb November..Tak sempat2 nak tempek kat blog ni..Lagipun dah 3 hari Intan tak dapat online.. Sebab tu baru hari ni sempat pamerkan kat blog ni..

Sebenarnya Intan ni tengah takde idea & takde topik2 menarik yang nak dikongsi bersama kat blog ni. Lagipun sejak dua menjak ni Intan bz dgn rutin harian yang rasanya semakin bertambah bila anak semakin membesar..

Jadi, entry kali ni khas buat Azman@Kreuger yang dah bagi special gift@menciptakan banner utk blog Intan . Intan terharu diatas keikhlasan dan kesudian Azman menciptakan banner agar blog Intan kelihatan lebih menarik..:girl_4:Terima kasih Kreuger.. HIDUP KREUGER!


Tapi sampai ke hari ni Intan belum berjaya mempamerkan kat header blog Intan ni.. Agaknya sebab ketinggian header tu tak cukup utk banner yang Azman@Kreuger rekakan untuk Intan.. Nak edit ketinggian header tu?? hehe..haritu ada juga try buat, tapi still tak menjadi.. Entahlah, apa yg Intan edit kat kod html tu..tak taulah.. Takde apa2 perubahan yang berlaku lepas Intan edit tu..hehe. Nampak sangat yang Intan ni tak pandai bermain dgn kod2 html..@kakros02

Agak2, ada sesiapa tak nak bagi tips atau panduan buat Intan?.. Segala kerjasama di dahulukan dengan ucapan terima kasih..

Award From Dir

[One_Smile1280_960.jpg]
@kakros01
Maaf Dir sebab award ni baru sempat ditempek kat blog ni.. Dir bagi 26 Oktober lepas.. Baru sekarang sempat ditempekkan kat sini..

@ehsan01Terima kasih tak terhingga buat Dir sebab sudi bagi award ni kat akak.. Walaupun kite baru kenal, tu pun tak berbual sangat dengan Dir sebab Dir ni pemalu orangnya. Kenal Dir sewaktu Dir & Fara datang beraya ke rumah Intan bersama Kasawari, Linda, Lin, Shai & Rosli.

Akak rasa sungguh terharu sebab akak terselit dalam reramai blogger & akak yg sedang tersengih tu..

@upin01Dir & Fara... @ipin02kalau ke Bukit Indah lagi, mesti singgah rumah akak ya. Boleh kite borak lebih2..@kakros02

Happy Birthday Saufi

@ipin01 Selasa 28hb Oktober 2008, kami membuat majlis utk sambutan ulangtahun anak sulong (Muhammad Saufihanif) yang ke 6. @upin01Majlis tu buat kecik2 aje..Cuma keluarga terdekat dan jiran terdekat aje yg dijemput. Jadi, kepada teman2 diluar sana yang Intan tak jemput..Intan mohon maaf ya..@kakros01

Cuma sorang teman merangkap jiran terdekat yang Intan jemput iaitu Lin. Cuma Lin & anak2 je yang datang bagi pihak jiran. Jiran2 lain yang Intan jemput semua tak datang disebabkan oleh masalah2 yang tak dpt mereka elakkan.. Ada juga jiran yang baru dpt baby.. Erm, nampaknya tahun dpn bolehlah celebrate sama2 dgn Saufi ehh.. Tahniah buat jiran Intan (Nizam & Abby) yg baru dpt baby boy..


Kek yang Intan hasilkan sendiri.. Dalam tu kek coklat lembap Malaysia..Resepi ambik kat umah Rinn Chan.. Luar disapu dgn butter cream.. Karektor kartun@upin02 Upin&Ipin @ipin02tu diwarna menggunakan piping jelly.. First time try buat karektor kartun. Last minute juga terlintas nak buat Upin&Ipin tu. Sbb ank Intan order karektor Ben10. Jenuh juga nak siapkan memandang takde sifu depan mata. Sifu semuanya di alam maya..Yg payahnya tu, nak lukis kartun di atas kek.. Ermm, betul2 mencabar Intan..@kakros02Nasib baiklah cik abg Intan pandai melukis.. Dialah yang tolong Intan selesaikan masalah melukis kat atas kek tu.. Pukul 5 pagi baru selesai menyiapkan kek utk anakku itu..
















@ehsan02Antara gambar2 yang sempat diambil. Menu tu pun simple jek.. Semuanya Intan sorang yang masak tanpa bantuan sesiapa tauu. Letih betul rasanya. Cik abang Intan siang tu tak dapat nak tolong apa sebab kawannya dari Kulai datang sampailah lewat petang menghampiri ke senja.. Takkan nak halau tetamu pulakkan. @fizi01So, dengan rasa geramnya...sorang2 la settlekan hal2 hidangan ni.. Apapun, Intan bersyukur kerana semuanya siap terhidang tepat jam 8 malam.. Alhamdulillah..

Terima kasih kepada yang sudi datang memeriahkan majlis besday anak Intan. Dia happy sangat sebab ramai2 nyanyi utk dia..pastu semangatlah dia bagi2 kek kepada tetamu..

Semoga Saufi akan menjadi anak yang Soleh, bijak pandai, baik budi pekerti dan akan menunjukkan contoh yang baik utk adik2.. Semoga Saufi akan menjadi ahli Syurga.. AMIN..


Ini pula hadiah@buah tangan dari Lin yang dibeli di Singapura untuk anak2 Intan yang minat sangat dengan Ben10.. Saufi&Shafiq dapat baju ni. Senyum simpul mereka bila melihat baju Ben10 ni.. Apa lagi, lepas dapat terus try.. Terima kasih banyak2 Lin..

Hadiah2 lain yang Saufi dapat tak sempat di snap memandangkan lepas dapat terus main entah pegi mane hadiah2 tu..

Kepada sesiapa yang nak try buat kek coklat lembap Malaysia resepi Rinn Chan tu, silalah try ehh..


KEK COKLAT LEMBAP M'SIA


Bahan-bahan :
250gm mentega
1 1/2 caw
an gula castor
2 cawan tepung kek (or tepung naik sendiri)
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1/2 cawan air sejuk (dari petiais)
1 camca teh esen vanilla
3 biji telur gred A atau 4 biji telur gred B

Cara-cara:
1. Ayak tepung dan serbuk koko. Ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
3. Masu
kkan telur sebiji demi sebiji, anggaran 30 saat antara setiap satunya.
Pukul sederhana laju.
4. Perlahankan pukulan, masukkan tepung diselang-selikan dengan susu cair.
5. Masukkan esen vanilla.
6. Masukkan air ais dan gaul sekadar sebati.
7. Tuang dalam loyang 9in x 9in yang telah digris dan dilapik dasarnya.
8. Bakar pada suhu 170 darj cels selama 1 jam atau sehingga masak.

Hujung Syawal..

Selagi masih di dalam bulan Syawal, selagi itulah raya masih tak habis2 lagi.. @kakros01


Jumaat (24hb Oktober 2008) bersamaan 24 Syawal 1429, Intan berkesempatan berhari raya ke rumah kenalan hubby di Pasir Gudang.. Masa tu juga Intan mengambil kesempatan berhari raya ke rumah Sweetlilly(SL)@Nina.. Mula-mula hajat di hati nak berhari raya ke rumah akak. Tapi Intan tak dapat nak contact akak.. Jadi, Intan cuba hubungi SL@Nina..Maka, lewat petang Intan sampai ke rumah SL@Nina.. Terima kasih SL@Nina sebab sudi menerima kedatangan Intan&family.. Mesti Nina pening sebab anak2@hero2 Intan lasak2.. Berebut mainan Ben10 dgn anak Nina.. Terima kasih kerana menjamu kami dengan kuih2 raya yg sedap2 beserta kek buah kukus yang sedap sgt..Baru keluar oven lagi.. Puding coklat yg sungguh kuat rasa coklatnya..Ermm, memang sedap.
@upin01@ipin01


Hari ni Ahad (26hb Oktober) bersamaan 26 Syawal, seorang blogger yang dikenali ramai datang berhari raya ke rumah Intan..Blogger tersebut ialah Linn yang dikenali ramai sebagai Kak Linn..


Linn datang bersama suami dan anak tersayangnya..Sungguh comel pengarang jantung Linn ni..@kakros02Tapi pemalu sikit.. Sebenarnya Linn ada beritahu Intan nak datang ke rumah hujung minggu ni. Tapi Intan tak ingat langsung..lagipun Linn tak ingatkan Intan kat shout box Intan.. Jadi, takde apa hidangan istimewa yang dapat Intan sajikan buat Linn sekeluarga.. Cuma sempat buat brownies je.. Tu pun mereka makan sikit je. Malu agaknya.. Terima kasih Linn sebab sudi bertandang ke teratak buruk akak ni.. Ada masa, datanglah lagi ya..

@ipin01@ipin02

Ikon Senyuman Upin & Ipin

Lama rasanya Intan takde entry.. Kalau ada pun, tak habis2 cerita raya..
@kakros01

Kali ni, Intan nak tunjuk ikon senyuman yang baru Intan install. Bukan apa..sebab anak2 Intan ni minat bebeno dgn Upin & Ipin.. Tak boring2 tengok cerita Upin & Ipin tu. Jadi, Intan pun masukkan ikon senyuman ni biar diorg tak boring2 tengok blog Intan ni..
@upin01@ipin01

Syok pulak rasanya guna ikon senyuman Upin & Ipin ni.. Bukan anak2 Intan aje yg suka, Intan pun suka juga.. Comel la Upin & Ipin ni..

Terima kasih kepada yang mencipta ikon senyuman ni. Hakmilik sepenuhnya ikon ini ialah Upin&Ipin. Terima kasih kepada Blogmenjerit dan Topotato.

Anak kedua Intan yang sedang tengok Intan menaip ni, suka sgt tengok muka2 kartun kegemaran dia ada kat blog Intan ni..


@mail01
@ehsan02

Semoga berjumpa di lain entry pulak..betul,betul,betul..
@upin02@ipin01


@kakros02

Newer Posts Older Posts Home

Read The Quran