zwani.com myspace graphic comments

Salam Aidiladha

Selamat Hari Raya Aidiladha utk semua..

Kepada sesiapa yg melakukan ibadah Qurban, semoga ibadah anda semua diterima Allah dan mendapat pahala yg berlipat kali ganda.. Amiin..

Kepada yg belum berkesempatan melakukan ibadah Qurban( termasuk Intan), mudah2an kesempatan kita akan menyusul tahun hadapan atau tahun2 berikutnya.. sebelum kita dijemput pulang.. Insya Allah.. Amiin..

http://youdee12.files.wordpress.com/2008/12/selamat-hari-raya-aidil-adha.jpg


Alhamdulillah, bertemu lagi kita di arena blogging.. Berkurun lama rasanya tak menjengah ke blog sendiri.. Apalagi, ke blog teman2.. Tak taulah, penyakit apa yg melekat sampai rasa malas betul nak bukak blog.. Tapi disebabkan teman2 lama, ku gagahkan juga diri ini utk mencoretkan kenangan di sini..

Alhamdulillah, weekend lepas Intan dan keluarga berkesempatan ke Kuala Lumpur. Sebenarnya my hubby ada urusan kat sana.. Tapi disebabkan cuti sekolah dah bermula, so cuti kami lama sikit kat sana.. Selain dari urusan hubby, Intan mengambil kesempatan utk mencari dan bertemu dengan kawan2 lama..

Mula2 sampai sana, kami tak terus ke rumah mertua.. Tapi, kami singgah di rumah kawan lama masa belajar dulu, Midah. Sampai rumah dia dah lewat malam.. So, kami pun tidur kat rumah dia.. Esoknya baru berangkat ke rumah mertua di Ampang. Hampir 8 tahun tak jumpa Midah. So, banyaklah cerita2 lama yg keluar.. Sampaikan ada barang penting tertinggal kat rumah Midah. Nampaknya trip ke KL akan datang, kena singgah rumah Midah lagi sbb nak ambil barang yg tertinggal tu.. Thanks Midah sbb sudi terima kedatangan kami sekeluarga.. Tumpang tidur dan tumpang makan.. Semoga persahabatan kita akan terus berkekalan hingga kita dijemput pulang nanti.. Amiin..

Sebelum berangkat pulang ke JB, kami singgah ke menara Telekom. Sebenarnya kat sana, Intan ramai kawan2 lama.. Kawan2 lama ofismate. Berjanji dgn best friend dulu kat Plaza Pantai, makan2 dan minum. Kemudian, ke nursery Telekom nak tgk anak2 dia.. Dulu, last jumpa Haiza dia masih single.. Tup tup skrg, dah ada 2 org anak.. Haiza ni dulu sama2 lapor diri masuk keje dgn Intan kat Telekom dulu.. Tahun 2001. Pastu kami sama2 cari rumah sewa dan akhirnya duduk serumah. Banyak kenangan pahit dan manis dgn Haiza ni. Maklumlah, masa tu kami sama2 pertama kali bergelar perantau di bandaraya Kuala Lumpur.. Tak tau lagi mcmmana kehidupan di KL ni..

Seronok betul dpt jumpa kawan2 lama.. Naik ke ofis.. Mula2 malu dan tak nak naik. Tapi setelah dipujuk-rayu oleh Haiza, akhirnya Intan gagahkan diri naik ke ofis jumpa kawan2 lama. Terharu betul rasa hati tgk mereka.. Betapa setianya mereka semua dgn Telekom. Cuma Intan je yg tak setia..hehehe.. Masing2 terperanjat tgk Intan tiba2 muncul dalam ofis tu.. Borak punya borak, lupa nak snap gambar dgn mereka dlm ofis.. Tapi, kat luar sempat juga bergambar dgn bbrp org kakak2, Kak Mah, Kak Watie, Kak Zan dan Kak Ida.. Alhamdulillah, gembira betul dpt jumpa mereka semua..


Oh ya, terima kasih Haiza atas cenderahati Haiza tu.. Cantik.. Lupa pulak nak snap gambar hadiah dari Haiza tu.. Bolehlah guna utk hari raya ni..

Insya Allah, kita jumpa lagi di lain kesempatan pulak.. Semoga silaturahim antara kita semua akan terus berkekalan hingga ke akhir hayat.. Dan semoga kalian semua akan berbahagia bersama keluarga tersayang.. Amiin.. Kerja rajin2 ya..!!

Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

Salam Aidilfitri utk semua teman2.. Setelah sekian lama Intan menyepi dari dunia blogging.. Baru hari ini Intan terpanggil utk masukkan sikit gambar raya dlm blog yg semakin Intan sendiri lupakan.. Mungkin ramai juga yg telah lupakan Intan ni.. Sesiapa yang masih ingat Intan, Alhamdulillah...terima kasih banyak2..










































Gambar2 di atas adalah pada 1 dan 2 Syawal waktu Intan pulang ke kampung sebelah abah Intan di Seri Menanti, Muar, Johor.. Ramai saudara-mara yg pulang ke kampung tapi masih ramai juga yg tak dapat bersama.. Ada yang datang petang raya dan ada juga yg datang esoknya.. Alhamdulillah, yg dah lama tak jumpa, dapat juga bersua dan berkumpul pada hari raya..


Salam lebaran untuk semua.. Maaf Zahir dan Batin dari Intan sekeluarga..


Ilmu yang Intan dapat dari email seorang teman.. Terima kasih Alin krn berkongsi ilmu..


Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :

* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam mas jid sebelum azan lagi."

Kala Jengking Neraka

Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.

Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?" Huraisy pun menjawab : "Aku mahu mencari lima orang.

Pertama : orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua : orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga : orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat : orang yang bercakap tentang dunia di dalam mas jid...
Kelima : orang yang suka minum arak."

Simpanlah baik2 amanat ini dan sebagai peringatan kita setiap hari. Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga keakhir hayat , Insya'Allah.

Alangkah berbahagianya anda semua yang mempunyai anak lelaki dan dididik pula melaungkan azan di mas jid2 maupun disurau2..Amin. Wasallam. Semoga Allah merahmati kita semua dan mengampuni segala dosa2 kita yang lalu dan hari ini. Azan adalah dakwah yang paling utama sekali kerana ianya mengajak kita membuat kebaikan dan mengingati Allah swt. Secara tidak sedar kita sentiasa didakwah sebanyak 5 X sehari. Cubalah hayati setiap perkataan dan jawablah seperti yang disarankan. Bagi orang yang melaungkan azan pula jika dia berniat untuk seluruh alam (spt yang disarankan oleh Allah kepada Nabi Ibrahim alaihisallam) muazin itu akan mendapat pahala umat islam seluruh alam yang bersolat pada hari itu. begitulah kelebihannya yang Allah beri. Wassallam.

ADAB MENDENGAR AZAN

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui.Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut' .

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang . Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan kerana banyak fadhilatnya . Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kitasedang dicabut.

"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah. .." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. Amin.. Amin Yarobbala'lamin.."


Suami isteri itu hidup tenteram mula-mula. Meskipun melarat, mereka taat kepada perintah Tuhan. Segala yang dilarang Allah dihindari, dan ibadah mereka tekun sekali. Si suami adalah seorg alim yang bertaqwa dan tawakkal.

Tapi sudah beberap lama isterinya mengeluh terhadap kemiskinan yang tidak habis-habisnya itu. Ia memaksa suaminya agar mencari jalan keluar. Ia membayangkan alangkah senangnya hidup jika segala-galanya serba cukup.

Pada suatu ketika, lelaki alim itu berangkat menuju ke kota, mahu mencari pekerjaan. Di tengah perjalanan ia melihat sebatang pohon besar yang sedang kerumuni orang. Ia mendekat. Ternyata org2 itu sedang memuja-muja pohon yang konon keramat dan bersakti itu. Banyak juga kaum wanita serta pedagang yang meminta-minta agar suami mereka setia atau dagangnya laris.

"Ini syirik!" fikir lelaki yang alim tadi. "Ini harus dibanteras habis. Masyarakat tidak boleh dibiarkan menyembah serta meminta selain kepada Allah."

Maka pulanglah dia berburu. Isterinya hairan, mengapa secepat itu suaminya kembali. Lebih hairan lagi waktu dilihatnya si suami mengambil sebilah kapak yang diasahnya tajam. Lantas lelaki alim tadi bergegas keluar. Isterinya bertanya, tapi ia tidak menjawab. Segera dinaiki keldainya, lalu dipecutnya cepat-cepat menuju ke pohon itu.

Sebelum sampai ditempat pohon itu berdiri, tiba2 melompat sesusuk tubuh tinggi besar dan hitam. Dia adalah iblis yang menyerupai manusia.

"Hai, mahu ke mana kamu?" tanya si iblis.

Org alim tersebut menjawab, "Saya mahu menuju ke pohon yg disembah2 org bagaikan menyembah Allah. Saya sudah berjanji kepada Allah akan menebang roboh pohon syirik itu."

"Kamukan tidak ada apa2 hubungan dgn pohon itu. Yg penting kamu tidak ikut-ikutan syirik seperti mereka. Sudah, pulang saja." kata si iblis.

"Tidak boleh, kemungkaran harus dibanteras," jawab si alim bersikap keras.

"Berhenti, jangan teruskan!" bentak iblis marah.

"Akan saya teruskan!" jawab si alim..

Kerana masing2 tegang pada pendirian, akhirnya terjadilah perkelahian antara org alim tadi dgn iblis. Kalau melihat perbezaan badannya, seharusnya org alim itu dgn mudah boleh dibinasakan. Sebab iblis begitu besar tinggi, sedangkan si alim kecil kerempeng. Namun ternyata iblis telah tiga kali dipukul rubuh hingga babak belur. Iblis menyerah kalah, meminta-minta ampun. Kemudian dgn menahan kesakitan ia berdiri dan berkata, "Tuan, maafkanlah kekasaran saya. Saya tak akan berani lagi menggangu Tuan. Sekarang, pulanglah. Saya berjanji, setiap pagi, apabila Tuan selesai mengerjakan sembahyang Subuh, di bawah tikar sembahyang Tuan saya sediakan wang emas empat dinar. Pulang saja berburu, jangan teruskan niat Tuan dulu itu."

Mendengar janji iblis dengan wang emas empat dinar itu, lunturlah kekerasan tekad si alim. Ia teringat isterinya yang hidup bercukupan. Ia ingat betapa isterinya mengomel saban hari kerana wang belanja yang kurang. Setiap pagi 4 dinar, dalam sebulan saja bererti dia akan menjadi orang kaya.

Mengingatkan desakan-desakan isterinya itu maka pulanglah dia. Patah niatnya semula hendak membanteras kemungkaran.

Demikianlah, semenjak pagi itu isterinya tidak pernah marah lagi. Hari pertama, ketika si alim selesai sembahyang, dibukanya tikar sembahyangnya. Betul di situ tergolek empat benda berkilat, 4 dinar wang emas. Dia meloncat riang, dan isterinya memeluknya dengan mesra.

Begitu juga hari kedua. 4 dinar emas. Ketika pada hari ketiga, matahari mulai terbit dan dia membuka tikar sembahyangnya, msih didapatinya wang itu. Tapi pada hari ke empat, dia mulai kecewa. Di bawah tikar sembahyangnya tidak ada apa2 lagi kecuali tikar pandan yang rapuh. Isterinya mulai marah kerana wang yang kelmarin sudah dihabiskan sama sekali.

Si alim dengan lesu menjawab, "Jangan khuatir, esok pagi barangkali kita bakal mendapat 8 dinar sekaligus."

Keesokan harinya, suami isteri itu bangun pagi2. Selesai sembahyang dibukanya tikar sejadahnya, kosong.

"Kurang ajar. Penipu," teriak si isteri. "Ambil kapak, tebanglah pohon itu."

"Ya, memang dia telah menipuku. Akan aku habiskan pohon itu semuanya hingga ke ranting dan daun-daunnya." sahut si alim itu.

Maka segera dia mengeluarkan keldainya. Sambil menenteng kapak yg tajam ia memacu tunggangannya menuju ke arah pohon syirik itu. Di tengah jalan, iblis yang berbadan tinggi besar tersebut sudah menghalang. Kakinya mengangkang seraya matanya menyorot tajam. "Mahu ke mana kamu?" herdiknya

"Mahu menebang pohon." jawab si alim dengan gagah berani.

"Berhenti, jgn lanjutkan."

"Bagaimanapun juga tidak boleh, sebelum pohon itu tumbang."

Maka terjadilah kembali pengumulan yang seru. Masing2 menunjukkan kelincahannya. Tapi kali ini bukan iblis yang kalah. Si alim tadi terkulai, tubuh dan kepalanya penuh luka2. Dalam kesakitannya, si alim bertanya hairan "Dengan kekuatan apa engkau dapat mengalahkan saya, padahal dulu engkau tidak berdaya sama sekali?"

Iblis itu dengan angkuh menjawab "Tentu saja kau dulu boleh menang, kerana waktu itu engkau keluar dari rumah utk Allah, demi Allah. Andaikata ku kumpulkan seluruh belantaraku buat menyerangmu sekalipun, aku takkan mampu mengalahkan mu. Sekarang kamu keluar dari rumah hanya kerana tidak ada wang di bawah tikar sejadahmu. Maka biar pun kau keluarkan seluruh kebolehanmu, tidak mungkin kamu mampu menjatuhkan aku. Pulang saja. Kalau tidak, kupatahkan nanti batang lehermu biar mampus."

Mendengar penjelasan iblis itu si alim termangu-mangu. Ia merasa bersalah, dan niatnya memang sudah tidak ikhlas kerana Allah lagi. Dengan terhuyung-hayang ia pulang ke rumahnya. Dibatalkan niat semula hendak menebang pohon sumber kesyirikan itu.

Ia sedar bahawa perjuangannya yg sekarang adalah tanpa keikhlasan kerana Allah dan ia sedar perjuangan semacam itu takkan menghasilkan apa2 selain kesia-siaan yang berlanjutan. Sebab tujuannya hanyalah harta benda, padahal mengatas namakan Tuhan dan agama. Bukankah bererti ia menyalahgunakan agama untuk kepentingan hawa nafsu semata?


Bercuti Sekejab

Salam semua.. Apa khabar kawan2? Harap semuanya sihat di samping orang-orang tersayang.. Lama betul Intan tak mengupdate blog ni.. Ada je halangannya..

Intan cuma nak bagitau semua kawan2 yg singgah sini, buat masa ni Intan bercuti sekejab dari dunia blogging ni.. Insya Allah, satu hari nanti Intan akan aktif berblogging seperti dulu..

Tapi, kawan2 masih boleh tinggalkan sebarang pesanan kat 'shout mix' sebelah tu. Insya Allah, Intan akan baca dan reply..

Semoga bertemu lagi..


goodbye.jpg Good Bye image by pearlette21

Tag dari Iema

Tag dari Iema, dah lama juga Intan dapat...tapi tak sempat2 nak buat.. Al-maklumlah, sibuk dicampur dengan malas.. hehehe.. Minggu lepas pulak, pc rosak.. Tak hidup langsung.. Sorry ya Iema, lambat jawab... Tapi, berusaha juga utk jawab.. Harap Iema berpuas hati..


NAMA-NAMA TIMANGAN ANDA:

Sebenarnya INTAN ni adalah nama timangan sejak kecik lagi..sejak usia 6 bulan..mula2 panggil lain, tapi mcm tak serasi..asyik nangis je..so, org tua2 kata suruh tukar nama panggilan..ada yg suggestkan nama INTAN..melekatlah nama INTAN sampai skrg.. sedara-mara ramai yg tak tau nama betul Intan..kalau sebut nama betul, semua tertanya2..siapa tu??? hehehe.. lebih glamour dgn nama Intan.. Tapi member2 sekolah dan member2 ITM, panggil nama lain pulak..ada nama panggilan lain iaitu SAB.. aduuhh, sebenarnya Intan tak berapa suka dgn nama tu.. Tapi nak buat mcm mane kan..SAB tu adalah sebahagian dari nama betul Intan.. terpaksa terima seadanya..


ANDA SEORANG YANG :

Tak banyak cakap.. tapi kalau dah lama kenal, kadang2 terasa terlebih cakap pulak.. Cepat panas sebenarnya.. lebih2 lagi kalau hadapi perangai anak2 yg macam2 ni.. kadang2 terasa layak gak lawan singa atau harimau.. hehehe.. Sensitif, hati cepat terusik.. Mudah menangis.. kalau dah sedih sangat, menangis tak ingat dunia.. Sedar2 mata dah bengkak.. emmm, cukup tak nak tau pasal kak Intan ni Iema? ok la ya, nak tau lebih2..datang je ke JB!!


INSAN TERISTIMEWA?? DESCRIBE APA YANG MEMBUATKAN DIA TERLALU ISTIMEWA DIMATA ANDA

Dah tentu mama&abah Intan.. Kerana tanpa mereka, tak akan wujud Intan di dunia ni.. Terlalu besar pengorbanan mereka.. Takkan dapat Intan membalasnya.. Mr hubby pun insan istimewa juga.. Banyak berkorban demi Intan dan anak2.. Terima kasih yg tak terhingga untuk insan2 istimewa ni..


LAGU KESUKAAN ANDA:

Susah nak sebut tajuk2 lagu..banyak yg Intan suka.. Tapi lebih terasa tenang kalau dgr lagu2 lama Fauziah Latif dan Siti Nurhaliza.. Dua artis M'sia yg Intan minat dari dulu hingga skrg.. Oh iya, lagi sorang Ziana Zain.. suka juga dgr lagu2 Ziana..


MAKANAN KESUKAAN ANDA??

Mee bandung hasil buatan mama Intan.. aduuhhh, rindu laa kat mee bandung mama. Dah lama tak makan nii.. Rojak petis pun suka juga.. Apam balik pun suka.. Alahai, kalau bab makan... Semua suka lahh...


WARNA KESUKAAN ANDA :

Biru, coklat, hijau.. kalau baju, suka biru&coklat.. kalau blog, suka coklat&hijau.. hehehe


SIKAP YANG MEMBUATKAN ANDA STRESS:

Bila kita cakap, buat tak tau jek..pastu tanya balik.. padahal kita dah cakap byk kali...aduussss, tension betullll!!!


TIGA BENDA YANG MESTI ADA DALAM BEG ANDA:

1) Beg duit - dlm tu ada IC, lesen driving & semestinya sedikit duit..
2) handphone
3) pampers - wajib bekal ke mana2 pun


KALI TERAKHIR ANDA MENANGIS DAN KENAPA??

Tak ingat laa...sebab selalu menangis.. hehehe..


TAG 6 RAKAN ANDA:

emmmm...tak jadi lah nak tag sesiapa sbb rasanya ramai yg dah jawab tag ni... Nampaknya homework utk akak dah selesai ya Iema.. Harap2 lepas ni, takde homework lagi ya..sebab akak ni malas sikit bab2 buat homework..byk juga hutang homework yg belum langsai sebenarnya ni.. hehehe.. Harap2 kepada teman2 yg Intan berhutang tu, dapatlah memaafkan kelemahan diri Intan ni ya..



Newer Posts Older Posts Home

Read The Quran