zwani.com myspace graphic comments
Showing posts with label Takziah. Show all posts
Showing posts with label Takziah. Show all posts

Subuh tadi dalam pukul 6.00 pagi sewaktu Intan sibuk membantu hubby siap-siap untuk ke tempat kerja, kami menerima panggilan telefon dari emak Intan memberitahu seorang lagi bapa saudara yang kami kasihi telah pergi meninggalkan kami..

Bapa saudara yang kami panggil pokda atau nama sebenar dia Salam bin Maslan telah pulang ke Rahmatullah jam 3.00pagi tadi..

Yang menyedihkan kami sekeluarga ialah pemergiaannya amat dekat jangka waktunya dengan pemergian seorang bapa saudara Intan iaitu Allahyarham Pak Itam yang telah Intan maklumlah di dalam blog ini beberapa minggu yang lepas.. (10hb. Ogos 2008). Mereka berdua adalah merupakan abang kepada ayah Intan.

Kami memang telah sedia maklum tentang kesihatannya beberapa minggu lepas. Dia telah diserang strok dan telah dimasukkan ke ICU Hospital Bahau beberapa hari selepas Allahyarham Pak Itam meninggal..

Kali terakhir Intan berjumpa pokda Intan adalah sewaktu melawat Allahyarham Pak Itam pada 10hb. Ogos lepas..

Intan tidak dapat melawat Allahyarham Pokda memandangkan anak-anak Intan tidak sihat di mana baby Shahir dan abangnya Shafiq di serang demam, batuk dan selsema.. Lagipun ada beberapa orang saudara terdekat Intan diserang demam ciku2.. (entahlah..nama betul demam ciku2 ni apa,lupalahh).. Takut berjangkit ke anak2 Intan.. Hanya salam takziah yang dapat Intan kirimkan buat mokda serta anak2..Semoga mokda dan anak2 tabah dengan kehilangan orang tersayang..

Semoga Allahyarhan Pokda ditempatkan di dalam golongan orang-orang yang beriman dan akan menjadi Ahli Syurga.. Aminn..


Al-Fatihah buat Allahyarham Pokda Salam bin Maslan

Pagi semalam (Ahad), Intan menerima panggilan telefon daripada emak Intan lebih kurang dalam pukul 10 pagi memberitahu ada berita buruk buat seluruh keluarga Intan iaitu telah kembalinya ke Rahmatullah seorang bapa saudara yang sangat2 kami hormati dan sanjungi iaitu Pak Itam Intan.. Saim bin Maslan. Dia merupakan abang kepada ayah Intan.

Pemergiannya begitu memeranjatkan kami kerana dia tidak menunjukkan sebarang perubahan dan tidak ada berita tentang sakit. Kali terakhir Intan bertemu dia adalah sewaktu majlis kahwin adik Intan hujung bulan Jun lepas. Minggu lepas sewaktu menghadiri majlis kenduri kahwin sepupu Intan di Gombak, Intan tak sempat berjumpa dia. Emak dan ayah Intan je yang sempat jumpa dia..

Cuma perubahan menurut cerita Mak Itam, sejak kebelakangan ini Allahyarham Pak Itam suka berjalan. Banyak tempat dia bawak Mak Itam jalan. Dan tempat terakhir mereka berjalan bersama ialah di Melaka iaitu sehari sebelum Allahyarham meninggal.

Jadi, semalam selepas menerima panggilan telefon tu, kami sekeluarga bergegas ke rumah Allahyarham Pak Itam iaitu di Kampung Sawah Ring, Bukit Gambir, Muar..

Intan mengucapkan takziah sekali lagi buat seluruh ahli keluarga Allahyarham Pak Itam Saim. Takziah buat Mak Itam dan anak2..

Marilah kita sama2 sedekahkan Surah Al-Fatihah buat Pak Itam Intan iaitu Saim bin Maslan. Semoga dia ditempatkan di dalam golongan orang2 yang Beriman..

Al-Fatihah

Older Posts Home

Read The Quran