Souvenir Dari Rakan Blogger

Alhamdulillah, walaupun mereka tak ke rumah Intan..tapi tercapai juga hajat Intan nak tengok mereka merasa cup cake buatan Intan.. Blogger2 yang Intan maksudkan ialah Sis Lin (selaku tuan rumah), Retna, Shai dan Sodep..

Intan ke rumah Lin pada 26 Dis sebelah petang sebab lewat petangnya mereka ada aturcara lain di Danga Bay bersama beberapa orang blogger lain.. Sibuk dan seronok sakan mereka..

Sebelum balik, Lin bagi jajan utk anak2 Intan. Sebenarnya jajan tu adalah utk kanak2 yang menyertai perkhemahan Msjbo
x. Tapi, anak Intan yg tak joint pun dapat..Thanks Lin..

Pastu siap dapat souviner dari Shai..Terima kasih banyak2 Shai.. Walaupun akak belum joint Msjbox, tapi Shai tak lupa nak bagi something kat akak.. Terharu rasanya.. Semoga hubungan persahabatan antara kita akan terus berkekalan Walaupun akak bukan dari kalangan ahli Msjbox ya..:girl_9: Maaf ya, kemenyan Shai belum menjadi lagi..Jangan mare..

***********************************************************************************

Bila sampai rumah (bbrp langkah aje dari rumah Lin).. sorang lagi teman di kalangan blogger beri salam.. Kak Eyna.. Rumah kak Eyna pun dekat aje dengan rumah Intan.

Kak Eyna sampaikan kiriman muffin daripada Kak Long. Kak Long ni pun blogger Johor juga.. Terima kasih banyak2 Kak Long atas kiriman muffin yang ikhlas tu. Terima kasih juga buat Kak Eyna kerana memberikan muffin yang paling best. Anak2 Intan berebut2 makan muffin tu.



Alhamdulillah, banyak rezeki kami hari ni.. Semuanya adalah pemberian daripada teman2 blogger. Terima kasih di atas semuanya..


Cup Cake Untuk Tetamu

Intan buat cupcake ni pada hari Khamis lepas (25 Dis). Sebabnya ialah pada 26hb Dis ada beberapa org tetamu nak berkunjung ke rumah Intan.

Tetamu yang Intan maksudkan ialah emak mertua, adik ipar, sepupu hubby bersama sorang anak gadisnya. Mereka ambil cuti panjang untuk jalan2 ke rumah sedara-mara di Singapura. Sebelum masuk Singapore, mereka singgah ke rumah Intan sebab nak ajak hubby Intan pergi sekali. Hubby Intan tau selok-belok jalan nak ke rumah sedara-mara di sana.

Alhamdulillah.. mereka gembira bila dihidangkan dgn cup cakes yang Intan buat. Sebenarnya banyak juga cup cake yg Intan hias.. Siap ada tulis "SELAMAT DATANG". Tapi Intan terlupa snap yang comel2 tu. hehe..(sendiri masuk bakul,sendiri angkat laa..) Cuma ini yang sempat Intan snap..


Sebenarnya Intan buat cup cake ni lebih sikit sebab ada tetamu lain lagi yang Intan ajak berkunjung ke rumah Intan.. Tapi, tunggu punya tunggu tetamu2 tu tak sampai2.. Tetamu2 yg Intan maksudkan adalah bbrpa orang blogger dari Kuala Lumpur yang datang menginap di rumah Sis Lin sementara nak menunggu hari perkhemahan Msjbox..

Takpelah, apapun Intan akan beri mereka rasa.. Selalu asyik tengok gambar je kann.. Kali ni biarlah mereka rasa betul2..


Inilah pertama kali dalam hidup Intan membuat cup cake utk dihadiahkan sbg hantaran kepada pengantin. Pengantin pompuan tu sepupu Intan. Intan memang dah berniat nak hadiahkan pada dia sebgai hantaran kepada pihak lelaki.

Malam tu lepas Maghrib, Intan terus bancuh adunan cup cake coklat tu. Buat punya buat, banyak jugalah dapat. Pelbagai saiz ada. B
esar, sedang, kecik semua ada.. Tengah2 buat, dapat pula kunjungan dari blogger iaitu Kasawari bersama isterinya Linda dan 2 orang heronya ke rumah Intan. Dapatlah mereka merasa cup cake yang baru kuar dari oven. Tapi belum sempat hias lagi..


Lewat tengah malam, baru Intan memulakan projek mendeco. Semuanya gara2 tunggu 3 hero Intan tido. Lambat mereka tido malam tu.
Ingatkan nak deco 2 tema..1 tema strawberi dan 1 lagi tema ros.. Tapi, buat punya buat ros tetap tak menjadi2..

Akhirnya, Intan ganti ros menjadi ceri..hehe. Hab
is cerita.. Memang tak tido Intan haritu. Pukul 5.30 pagi baru settle keje orang yg tak pro ni..


Tengahari tu terus ke umah sepupu Intan kat Larkin. Cup cake Intanlah paling lewat sampai..Apapun, Intan bersyukur kerana niat Intan akhirnya terlaksana juga walaupun ros Intan tak menjadi..

Gambar cc yg siap dihias versi blur

Muffin dari Lin

Muffin ni Intan dapat 19hb Disember lepas..Pembuat muffin ni ialah Lin. Besar,gebu dan sedap muffin2 ni. Pelbagai perisa ada. Coklat, pandan, strawberi dan plain. Rajin betul Lin membuat pelbagai perisa.


Intan dapat muffin ni masa betul2 baru sampai rumah setelah penat berpusu-pusu kat Jusco Bukit Indah yang baru je dibuka kpd umum pagi tu. Apa lagi, lepas dapat tu terus ngap je la. Maklumlah, perut pun sedang berkeroncong. Mmg sedap muffin Lin ni. Baby Shahir makan perisa straberi sampai habis 1 muffin tu..

Terima kasih daun keladi Lin, ehem2..lain kali bolehlah bagi lagi..hehe..


Donut

@upin01Sebenarnya donut ni Intan buat bbrp hari yg lepas. Tapi tak sempat2 nak masukkan kat sini.. Buat banyak juga. Tapi yg banyak2 tu tak sempat di snap. Anak2 laju je makan donut. Tu pun Intan bising2 suruh tinggalkan sikit utk ambik gambar.. hehe..dashat sungguh kann. Anak nak makan pun, bising2 sbb tak dpt ambik gambar donut lagi..

Resepi Intan jumpa kat banyak blog..Tapi, lepas tgk
Kak Jun punya..tu yg bersemangat nak buat ikut resepi ni. Dah 3 kali buat donut ikut resepi ni.. @ipin02


Donut


3 1/2 sudu teh yis
1/4 cawan air suam
1 1/2 cawan susu segar(intan guna susu cair)
1/2 cawan gula
1 sudu teh garam
2 biji telur
1/3 cawan shortening/butter
5 cawan tepung(intan guna lebih 5 cawan)
minyak secukupnya

Cara-cara:

Masukkan yis kedalam air suam. Biar 5 min. Bila berbuih, masukkan susu, gula, garam, telur, shortening & 2 cawan tepung. Gaul sebati. Masukkan lagi tepung sikit2 & uli hingga tak lekat kat tangan. Cover n rehatkan biar naik 2 kali ganda. Buat bentuk donut. Tutup & rehatkan lagi selama 30min. Goreng hingga keemasan & hias ikut suka.


Cup Cake Pagi Raya

Lama benar rasanya Intan menyepikan diri dari dunia blogging ni.. Kesibukan dgn tugas harian melayan anak2 menyebabkan masa untuk beronline semakin kurang.. Rindu juga kat blog ni.. Rindu kat kawan2.. Lama tak saling singgah-menyinggah.. Apa pun, semoga semuanya sentiasa sihat sejahtera dan ceria selalu..

Kali ni Intan nak masukkan gambar cup cake untuk tatapan Kak Siti..Cup cake coklat.. Cup cake ni Intan buat untuk hidangan di pagi raya. hehe..cup cake Intan tak la secantik cup cake orang lain.. Deco kali ni pun nampak sgt ala-ala malas gitu..Nipis je buttercream tu..Sebab masa buat tu fikiran asyik memikirkan baju tak siap kemas lagi. Kejap lagi nak balik umah emak..Rumah pun tak kemas lagi..Raya haji dah dekat..


Tapi, Intan rasa puas hati juga la sebab Intan cuma belajar melalui dunia cyber.. Takde cikgu di depan mata.. Tak pernah mengikuti sebarang kursus. Sebenarnya hajat dihati ni, memang nak sgt ikuti kursus2 kek dan cup cake.. Tapi, kewangan Intan belum mengizinkan Intan mengikuti kelas2 ni..Jadi,semua pembelajaran Intan adalah melalui resepi kawan2, email, sms dan youtube.. Maklumlah, semuanya free.. Terima kasih untuk semua kakak2 yang pernah memberi tunjuk ajar pada Intan.. @kakros01Jasa kakak2 tetap Intan kenang..Terima kasih kerana sudi menjadi cikgu Intan walaupun tanpa sebarang bayaran..

Sebenarnya, Intan ada tugasan untuk membuat cup cake sempena pernikahan sepupu Intan pada 20hb Disember ni.. Jadi, cup cake yang Intan buat pada hari raya lepas adalah sebagai percubaan utk 20hb Disember nanti. Tapi, Intan still kena cuba lagi untuk menghasilkan cup cake yang lebih baik dan lebih cantik.




Kad Salam Aidiladha buat semua teman2. Sudilah kiranya teman2 mengambil dan menggantung kad ni kat blog masing2 ya..

Salam Aidiladha buat semua.. Semoga semuanya sentiasa sihat, riang dan gembira serta dilimpahi keberkatan.. Semoga ikatan silaturrahim antara kita semua akan terus berkekalan..

Kad Raya Aidiladha

Kad Raya Aidiladha yang Intan terima daripada Azza..




Terima kasih banyak-banyak Azza..


Kad kedua ini pula datangnya daripada Kreuger@Azman

rayaaji

Terima kasih banyak-banyak Azman..


Terima kasih banyak2..Baru hari ni sempat amik bunga ni la..Kak Zanie bg pada 20hb Nov.. 2hb Disember baru sempat amik.. hehe..Maklumlah, bukannya dekat antara JB dengan Pontian ni.. hehe

Terima kasih daun keladi kak Zanie..Semakin bersinar2 blog saya dgn bunga ni..




Ni pulak award dari Kak Zanie..


Newer Posts Older Posts Home

Read The Quran