Edisi terbaru Family & Friends serta majalah penuh sensasi, VAGUE kali ini menyorot kisah bayi dari Taman Bukit Indah, Johor ini yang bertungkus lumus berusaha melatih diri untuk memberikan senyuman walaupun masih belum sampai ke tahap profesional, namun masih boleh dibanggakan kerana senyumannya mempunyai nilai komersial yang tinggi (walaupun belum tumbuh gigi lagi). Cayalah Shahir...



Petang Sabtu yang lepas (29 Mac 2008), salah seorang blogger yang dikenali ramai telah membuat kunjungan ke rumah Intan. Siapa lagi kalau bukan Kasawari. Kasawari datang bersama isteri kesayangannya Linda dan dua orang anaknya Ammar dan Aiman. Dia tiba di rumah Intan tepat jam 5.30ptg. Kedatangannya memang dah intan dan suami nantikan sejak 2 minggu lepas tapi ada aje hal yang menyebabkan kedatangannya terpaksa ditunda. Rasanya dia senang nak cari rumah intan ni setelah intan bagi tunjuk ajar jalan yang mudah nak ke rumah intan. Alhamdulillah, memang mudah pun bagi kasawari memandangkan dia pernah melalui highway 2nd link. Rumah intan ni memang berdekatan dengan highway 2nd link.

Kasawari dan Linda memang ramah. Kasawari asyik berbual dengan suami intan dan intan pula asyik berbual dengan Linda. Ada aje topik yang nak dibualkan. Lebih-lebih lagi topik anak-anak yan
g sedang membesar ni. Linda tinggi lampai orangnya dan manis mukanya. Sentiasa murah dengan senyuman. Patutlah Kasawari terlalu sayangkannya.



Kasawari nak datang ke rumah intan bagitau secara mengejut. Itupun dia bgtau melalui cbox. Apa lagi, tak sempatlah intan nak memasak lagipun suami intan baru pulang dari kerja masa tu. Nak suruh dia ke kedai kesian pulak sbb dia tgh tidur. Nak masak, takde apa dalam peti ais ni. Jadi intan cuma hidangkan dengan makanan ekspress..hehehehe.. Harap-harap lepas ni kalau kasawari atau blogger lain yang nak datang bgtau awal2 ya...




Anak-anak kami seronok bermain. 2 anak teruna dari Kulai bertemu dengan 2 anak teruna dari JB. Mereka main bola sepak dan juga tak ketinggalan bermain PSP milik kasawari. Tapi rasanya mereka belum puas bermain, kasawari sudah mengajak pulang kerana jam hampir pukul 7.00mlm. Takpelah, lain kali giliran kami pula membuat kunjungan balas ke Kulai ya. Nanti nak rasa mee goreng kasawari pula. Intan memang dah sound suami intan agar membawa intan berjalan2 bila dah habis alam berpantang ni. Manalah tahu kalau Kulai yang menjadi pilihan kami.. Terima kasih kasawari kerana sudi berkunjung ke teratak buruk lagi sempit intan ni. Semoga silaturrahim antara kita akan terus berkekalan...


Lawak Hantu

Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu,Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya, "Apsal kau ni asyik menggigil je?" "Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah. "Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B. "Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.

"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.." "Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang." "So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata, "Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.




Kelat...
kali ni n3 ni khas utk kelat...Tag dari Kelat yang intan tak dapat nak jawab pada bulan Januari lepas. Walaupun macam dah ketinggalan zaman, tapi sekurang-kurangnya intan tak mungkir pada janji. Baru sekarang intan dapat menjawabnya. Baru intan dapat detect sebab apa intan tak dapat jawab masa tu.. Sebabnya kat pc intan ni takde microsoft paint. Baru ni intan download paint. Maka dapatlah intan menjawab tag kelat yang sekian lama.. Harap berpuashati. Tapi maaf ya sbb pic tu dah berubah.. Maklumlah dah ada orang baru..Baby Shahir..

Anakku Sedang Belajar...

Inilah gelagat anak keduaku Muhammad Shafiq Haikal yang sekarang ini sedang belajar macam2. Memandangkan umurnya akan masuk 2 tahun, memang dia sentiasa ingin tahu dan kami pun sering mengajar dia macam2 hal. Walaupun dia belum pandai bercakap tapi kami tidak putus asa mengajar dia bercakap, berdoa dan menyanyi. Video ini adalah gelagat dia belajar menyanyi lagu kebangsaan negara kita "NEGARAKU'.




Thanks Kelat. Gift dari Kelat telah selamat Intan terima pada hari Rabu lepas (12 Mac). Seperti yang dijanjikan, Intan telah menggayakan Shahir dengan baju pemberian Kelat. Macam2 posing yang dia buat. Tapi, Intan cuma paparkan mane2 yang rasanya cantik sikit berbanding dengan lain2. Bukannya mudah nak suruh baby posing. Makan masa juga nak tunggu mood baby siap untuk berposing.

Kononnya lepas tu nak ambik gambar Shahir dengan abang-abangnya. Tapi, tak kena waktu pulak sebab sorang tidur, sorang lagi tengah meragam.. Thanks again Kelat..


















Inilah hasilnya..Sorry Kelat, sebab Intan tak pro dalam bab ambik gambar dan bab menyusun gambar dalam blog. Harap Kelat gembira tengok Shahir bergaya dengan baju hadiah dari Kelat. "Tengkiu cik Kelat"...

video

A GIFT FROM KELAT

Terima kasih banyak2 Kelat atas pemberian hadiah untuk baby Intan. Nanti kalau hadiah tu dah sampai, Intan akan maklumkan pada Kelat. Ingat Kelat! cepat2lah kawin ya... Nanti giliran Kelat pulak dapat baby. Tu lah Kelat, nak tunggu heroin keluar...tup2 tiga2 hero yang keluar. Semua ketentuan dari-Nya. Kalau ada rezeki, adalah heroin nanti. Kalau takde jugak, nampaknya takde genglah Intan ni. Takpelah, geng dengan Kelat je lah...




Alhamdulillah, kami telah selamat membuat majlis tahnid dan potong jambul anak ketiga (Muhammad Shahir Husni). Semuanya berjalan dengan lancar walaupun hanya secara kecilan dan ringkas. Kami cuma menjemput saudara-mara terdekat yang tinggal di sekitar Johor Bahru. Tidak ketinggalan orang penting bagi kedua pihak iaitu ibu bapa serta adik-adik saya serta ibu bapa mertua serta adik-adik ipar yang datang jauh dari Ampang.

Semoga Shahir dan abang-abang akan menjadi anak yang soleh. Berjaya dalam kehidupan di dunia dan akhirat. AMIN..

Newer Posts Older Posts Home

Read The Quran