zwani.com myspace graphic comments
Showing posts with label Lawak. Show all posts
Showing posts with label Lawak. Show all posts

"Dah banyak ketul aku makan cucur ni... tapi satu ekor udang pon aku tak nampak".

Penjual cucur udang rasa bengang tahap maksima apabila disindir begitu...dia pun selinsingkan lengan baju dan berkata dengan selambanya..."ooooo...cucur udang aku takde udang korang bising... tu, orang yg jual cucur badak tapi takde badak... korang tak bising pulak"

Laa, camne skrg ni...kalau ada badak, sapelah yg nak makan? besar mane pulak cucur badak tu? hehehe

Memang lawak video ni.. Kalau boleh tgklah video ni dari mula sampai habis.. mula2 tu lawak sikit..bila nak abis..paling lawak..

Lawak Hantu

Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu,Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya, "Apsal kau ni asyik menggigil je?" "Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah. "Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B. "Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.

"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.." "Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang." "So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata, "Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.

Lawak Mee Bandung

Lawak ini saya dapat daripada seorang teman..

Untuk beberapa tahun, Suffian telah mengadakan hubungan sulit dengan orang gajinya,Sutina ...Suatu hari, Sutina memberitahu Suffian yang dirinya mengandung ...

Suffian yang tidak mahu merosakkan perkahwinannya, telah mengambil keputusan untuk menghantar Sutina balik ke Bandung untuk melahirkan anak mereka di sana ...

Beliau berjanji akan menanggung segala kos untuk anak tersebut sehingga anaknya nanti berusia 18 tahun ...

Supaya rahsia mereka berdua tidak terbongkar, Suffian menyuruh Sutina supaya menghantarkan sekeping poskad dengan menulis perkataan "Mee Bandung" dibelakangnya setelah anak mereka lahir nanti .. Suffian akan menguruskan segala perbelanjaan untuk anaknya setelah mendapat poskad itu nanti ...

Suatu hari, 9 bulan selepas itu, ketika Suffian pulang dari kerja, isterinya Norzalina menegur Suffian dengan muka yang keliru ...

"Bang ... abang dapat poskad yang peliklah hari ni," kata Norzalina.


"Oh, tak pe ... bagi poskad tu kat Abang. Nanti abang jelaskan," kata Suffian.

Norzalina pun memberi poskad itu kepada Suffian dan melihat Suffian membaca poskad tersebut, sebelum muka Suffian bertukar menjadi biru, ungu dan terus pengsan!!

Poskad itu berbunyi ...

"Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung - 2 ada telur, 2 tiada telur. Tolong hantarkan kuah lebih ya!"

Older Posts Home

Read The Quran