Manakala golongan wanita pula sukar untuk marah tetapi kemarahan yang mereka rasai akan berpanjangan. Kemarahan bukan sahaja disebabkan pertengkaran, malah ada kalanya hal luar rumah atau remeh juga mampu meledakkan situasi ini. Dan dalam hal ini, jika berlaku..salah seorg daripada anda harus mengambil inisiatif dan bersikap rasional. Bertenang dan melupakan pertengkaran yg berlaku untuk seketika boleh menyenangkan fikiran. Malah aktiviti seperti mandi, berjalan atau mengayuh basikal perlahan2 juga mampu membantu meredakan keadaan. Walau bagaimanapun, sebagai pasangan, anda disarankan untuk melakukan 7 perkara berikut bagi membantu meredakan kemarahan si dia.
1. BUAT APA YANG DIA SUKA
Selepas bertahun2 hidup bersama, anda pasti tahu apa yg disukai oleh pasangan anda. Misalnya ada suami/isteri yang suka rumah kelihatan kemas setiap masa. Cuba perhatikan persekitaran anda, adakah faktor rumah menambah lagi kekusutan fikiran. Jika keadaan rumah tidak seperti yang selalu disukainya, kemungkinan ini akan menambah lagi serabut fikiran.
2. BIARKAN DIA SENDIRIAN
Ada juga pasangan yang suka dibiarkan sendirian apabila sedang marah. Dalam keadaan ini anda harus memberi kerjasama sepenuhnya. Pastikan anak2 tidak membuat bising di sisinya. Jika dia berada di dalam bilik, jangan sesekali cuba mengetuk dan memanggil namanya. Biasanya kemarahan akan cepat reda tanpa gangguan.
3. PESANAN BERTULIS
Apabila si dia sedang marah, apa sahaja perbincangan yang dibuat tiada gunanya. Dia tidak akan dapat membuat keputusan dengan sebaik mungkin dalam keadaan begitu. Apabila anda hendak memberitahu sesuatu, atau ada pesanan penting yang mesti disampaikan kepadanya, sebaiknya tuliskan sahaja dan jangan bercakap dengannya kecuali dia bertanya.
4. BANTUAN ORANG TERSAYANG
Selain anda, pasti ada org lain paling disayanginya dalam keluarga anda. Mungkin ibunya, adiknya atau anak anda sendiri. Anda mungkin tidak berjaya memujuk atau meredakan perasaan marahnya, tetapi org lain itu mungkin boleh membantu, sekurang2nya bertanya sesuatu kepadanya.
5. MENYEDIAKAN KEPERLUAN
Ketika dia sedang marah, hari sudah pun menjelang petang. Mungkin waktu ini biasanya dia hendak pergi beriadah, mandi di kolam ataupun bersiar-siar di taman. Sediakan segala keperluannya seperti biasa. Dengan suara yg paling lembut, cuba tanyakan apakah keperluan lain yang dia ingini. Jangan sesekali bertanya punca kemarahannya.
6. SELEPAS SATU JAM
Pada waktu ini biasanya tahap kemarahan sudah pun reda. Anda boleh mendekatinya untuk melihat reaksinya. Jangan terus bertanya sesuatu. Jika kemarahan sudah reda, dia akan mendekati anda dahulu dan bersuara. Jadi anda perlu bersabar dalam menghadapi situasi ini.
7. SELEPAS DUA JAM
Pada masa ini, kemarahan mungkin akan berkurangan sama sekali. Malah dia mungkin sudah melupakan kemarahan tersebut. Perhatikan wajahnya. Jika suasana kembali tenang, inilah peluang anda untuk menunjukkan kemesraan. Buat sementara waktu, anda mungkin tidak perlu bertanya apa2 pun perkara yg berkaitan dengan kemarahannya. Sebaliknya mungkin dia akan bercerita atau memberi penjelasan mengenai apa yg telah berlaku.
Sahabat bukan macam skateboard,
Belum main, gilap...
Dah main, pijak...
Sahabat bukan macam football,
Belum dapat, kejar..
Dah dapat, tendang..
Sahabat bukan macam bulu tangkis,
Belum main, pegang..
Dah main, pukul..
Sahabat ibarat bola ragbi,
Belum dapat, rebut..
Dah dapat, lindungi..
Sahabat macam jari,
Lukanya sembuh sendiri..
Tapi hilangnya tiada ganti..
Kata2 hikmat di atas adalah sumbangan daripada seorang teman melalui sms..Sms tu Intan terima jam 4pagi.. Tak tahulah, apa niat disebalik sms itu..
Jadi, kepada teman2 blogger di luar sana..kalau ada terasa hati dengan Intan, Intan mohon beribu kemaafan.. Sesungguhnya sahabat adalah teman yang paling istimewa dalam kehidupan kita.. Walaupun kadang2 Intan leka dan abaikan sahabat kerana kesibukan seharian... Tapi percayalah.. sahabat (anda semua) sentiasa dalam hati Intan...
Labels: Fakta
Fakta Yang Sangat Penting Tentang Bekas Plastik - Elakkan No 3, 6 & 7
2 comments Posted by intansabreena at 10:09 AMThe Plastic Coding System
- Kajian menunjukkan bahawa kod 1 yang diperbuat dari bahan PTE atau PET(yang selalunya digunakan untuk bekas minuman ringan atau air mineral) selamat digunakan untuk tempoh 1 kali sahaja. Ia tidak sesuai digunakan berkali-kali kerana akan menggalakkan pengumpulan bakteria pada permukaannya. Tetapi jangan biarkan bekas air ini di dalam kereta pada hari panas terik kerana bahan toksinnya akan terhakis dan masuk ke dalam minuman dan ia tidak sesuai lagi untuk diminum dan jika diminum juga boleh menyebabkan kanser terutamanya kanser payudara
- Kod 2 jarang digunakan untuk bekas makanan/minuman. Oleh itu tidak perlu risau tentangnya
- Kod 4 selalunya digunakan untuk bungkusan makanan yang akan diguna sekali dan dibuang. Ia tidak akan menimbulkan kesan bahaya tetapi jika digunakan untuk mengisi bahan makanan/minuman yang terlalu panas atau terkena minyak masak yang masih panas, bahan plastiknya boleh meluntur dan masuk ke makanan tersebut.
- Kod 5 selamat digunakan dan boleh dipanaskan di Oven microwave tetapi untuk jangkamasa 3 bulan sahaja jika diguna setiap hari. Oleh itu anda harus membuangnya dan gantikan dengan yang baru jika sudah terlalu lama menggunakannya.
- KOD MERAH yang MESTI DIELAKKAN samasekali ialah yang bertanda 3, 6 & 7. Bahan kod 7 biasanya diperbuat dari Polycarbonat yang bersifat keras dan lutsinar tetapi mengandungi BPA atau Bisphenol-A yang merbahaya kerana ia bersifat karsinogenic dan boleh menyebabkan Kanser terutamanya Kanser Payudara. Kod 3 & 6 mengandungi BPA serta bahan kimia lain yang juga boleh memberi kesan yang sama
Sila lihat video ini:
So, kita kena bertindak sekarang. Jangan guna plastik kod 1 berulang kali, jangan guna kod 5 dalam tempoh yang terlalu lama. Yang lebih penting, JANGAN GUNA LANGSUNG KOD 3, 6 & 7. Cara yang terbaik ialah dengan menggantikan dengan bekas yang diperbuat dari kaca atau seramik yang lebih selamat.
Untuk rujukan dan panduan yang lebih terperinci, rujuk rakaman video di sini & sini

Labels: Fakta
Alahai...rumahtangga orang cemerlang dan gemilang adalah rumahtangga yang dihiasi keceriaan. Gelak tawa itu melambangkan kesukaan, keceriaan dan kegembiraan. Mana mungkin anda mengaku bahagia sedangkan mulut teramat berat untuk dibentuk sebagai senyuman?
Rumahtangga yang tidak dihiasi gurau senda dan tertawa ria ibarat tanah kuburan. Cuba lalu di tanah perkuburan. Bolehkah anda tertawa atau tersenyum? Senda gurau akan mengikat persefahaman seterusnya kasih sayang.
Tak percaya? Tak patut tak percaya. Kalau tak sungguh, tentu Nabi S.A.W tak bersabda. Malah, kalau rajin menyemak sirah Nabi S.A.W, anda akan dapati Nabi S.A.W cukup banyak bergurau senda dengan isteri-isteri Baginda. Sabda Rasulullah, "Sesiapa yang berkahwin, sesungguhnya dia telah melengkapkan separuh Imannya, Maka bertaqwalah kepada ALLAH (bagi melengkapkan separuh bakinya).
" Kata Imam Al-Ghazali, " Yang dimaksudkan dengan baki 50% itu ialah jihad. Berkahwin itu ialah jihad, dan latihan jihad itu ialah menunaikan hak-hak keluarga seperti mentadbir, bersabar dengan telatah dan budi pekerti pasangan, memimpin ke jalan yang baik, berjuang mencari rezeki yang halal dan mendidik anak-anak."
Mana mungkin ceria tanpa bahagia. Mana mungkin bahagia tanpa gurau senda. Mana mungkin boleh bergurau senda tanpa persefahaman. Mana mungkin semuanya itu tanpa cinta dan kasih sayang. Bukankah kesemuanya itu saling bersatu?
Terdapat secebis kisah tentang seorang sahabat yang anti perkahwinan. Dia bukan sahaja nekad tidak mahu berkahwin bahkan tidak nampak perkahwinan boleh memberi keuntungan padanya. Mungkin dia lebih melihat beban yang terpaksa dipikul.
Suatu malam dia bermimpi. Dalam mimpinya itu dia nampak anak-anak kecil sibuk memberi air minum kepada orang ramai yang kehausan di taman syurga. Bila sampai gilirannya, anak-anak kecil itu berlalu sahaja, dia tidak diberi minum. Dalam kebingungan, dia diberitahu tidak tersenarai antara penerima minuman kerana tidak seorang pun dari kalangan anak kecil itu adalah anaknya.
Jika anda sudah berkahwin, tiada jalan berpatah balik untuk kembali bujang. Hidup perlu diteruskan. Lebih baik hidup dengan penuh rela dan ceria daripada masam dan tak suka. Jadi, bergurau-guraulah untuk mencerahkan hidup.
Tak tahu cara bergurau? Tak tahu apa yang nak diguraukan?
Ok, cuba ceritakan kisah ini kepada pasangan anda. 4 orang bakal ayah sedang menunggu di bilik menunggu di hospital sementara isteri masing2 sedang berjuang untuk melahirkan anak. Kemudian keluar jururawat dan memberitahu kepada ayah pertama, "Tahniah! kamu sekarang telah menjadi ayah kepada kembar dua." Ayah pertama melompat gembira. "Mungkin satu kebetulan, saya bekerja di Twin Star Enterprise."
Kemudian keluar pula jururawat lain dan memberitahu kepada ayah kedua, "Tahniah, awak mendapat anak kembar tiga.". "Wau!" katanya melonjak gembira. "Kembar tiga? Mungkin satu kebetulan. Saya kerja di 3EM Corporation."
Keluar pula jururawat lain dan memberitahu ayah ketiga. "Tahniah!, isteri awak dapat kembar empat.". "Alhamdulillah, " kata ayah ketiga sambil meraup tangan ke mukanya. "Mungkin satu kebetulan. Saya kerja di Four Season Hotel."
Pada masa ini, ayah yang keempat kelihatan amat tidak menentu dan gelisah sekali. Kesemua ayah yang menunggu pun bertanya, "Kenapa risau sangat?" Ayah keempat itu menjawab. "Saya kerja di Seven-Eleven."
Masih tak ketawa? Senyum pun tidak? Oooo, ruginya.....
Cendekiawan berkata, "Pudarlah kebahagiaan seorang wanita/lelaki jika dia tidak mampu menjadikan suami/isterinya teman yang termulia."
Sumber dipetik daripada majalah Pa&Ma Januari 2005 oleh Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj
Labels: Fakta
Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung... Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga... Kenapa? Kerana CINTA itu buta.. Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga... Kenapa?
Kerana... KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA . Di dalam telaga CINTA hilang... Kenapa?
Kerana... CINTA itu halus,mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap...Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu.. Kenapa?
Kerana... KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia...kan
So, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI....Walau kita punya couple,KAWAN still paling setia. Walau kita punya harta banyak, KAWAN still paling berharga.
Nawaitu yang penting...SILLATURRAHIIIM

Sumber diperolehi daripada seorang kawan ...
Labels: Fakta
Setiap butir telur mengandungi 17 000 bukaan pori-pori pada permukaannya. Melalui pori-pori ini, telur dapat menyerap aroma dari benda-benda lain yang ada di sekitarnya.
- Telur lebih mudah rosak jika dibiarkan terdedah di luar selama sehari berbanding disimpan selama seminggu di dalam peti sejuk
- Telur yang sudah berusia seminggu atau dua minggu lebih mudah dikupas kulitnya sesudah direbus
- Untuk mengetahui samada telur sudah matang atau belum, putar telur di dalam semangkuk air. Jika ia dapat berputar dengan mudah, telur itu memang sudah matang.
- Kuning dan putih telur paling mudah dipisahkan semasa ia berada dalam keadaan sejuk
- Putih telur akan kembang dengan cepat jika dibiarkan pada suhu bilik kira-kira 20-30 minit sebelum dipukul
Labels: Fakta