zwani.com myspace graphic comments

Rugilah Kalau Buta Gurau


Anda pernah bergurau dgn pasangan anda? Apa? Tidak pernah? Jadi, bagaimana gaya tiap seorang? Paling muka, masam, muncung, macam patung?

Alahai...rumahtangga orang cemerlang dan gemilang adalah rumahtangga yang dihiasi keceriaan. Gelak tawa itu melambangkan kesukaan, keceriaan dan kegembiraan.
Mana mungkin anda mengaku bahagia sedangkan mulut teramat berat untuk dibentuk sebagai senyuman?

Rumahtangga yang tidak dihiasi gurau senda dan tertawa ria ibarat tanah kuburan. Cuba lalu di tanah perkuburan. Bolehkah anda tertawa atau tersenyum?
Senda gurau akan mengikat persefahaman seterusnya kasih sayang.

Tak percaya? Tak patut tak percaya. Kalau tak sungguh, tentu Nabi S.A.W tak bersabda. Malah, kalau rajin menyemak sirah Nabi S.A.W, anda akan dapati Nabi S.A.W cukup banyak bergurau senda dengan isteri-isteri Baginda.
Sabda Rasulullah, "Sesiapa yang berkahwin, sesungguhnya dia telah melengkapkan separuh Imannya, Maka bertaqwalah kepada ALLAH (bagi melengkapkan separuh bakinya).

"
Kata Imam Al-Ghazali, " Yang dimaksudkan dengan baki 50% itu ialah jihad. Berkahwin itu ialah jihad, dan latihan jihad itu ialah menunaikan hak-hak keluarga seperti mentadbir, bersabar dengan telatah dan budi pekerti pasangan, memimpin ke jalan yang baik, berjuang mencari rezeki yang halal dan mendidik anak-anak."

Mana mungkin ceria tanpa bahagia. Mana mungkin bahagia tanpa gurau senda. Mana mungkin boleh bergurau senda tanpa persefahaman. Mana mungkin semuanya itu tanpa cinta dan kasih sayang. Bukankah kesemuanya itu saling bersatu?


Terdapat secebis kisah tentang seorang sahabat yang anti perkahwinan. Dia bukan sahaja nekad tidak mahu berkahwin bahkan tidak nampak perkahwinan boleh memberi keuntungan padanya. Mungkin dia lebih melihat beban yang terpaksa dipikul.


Suatu malam dia bermimpi. Dalam mimpinya itu dia nampak anak-anak kecil sibuk memberi air minum kepada orang ramai yang kehausan di taman syurga. Bila sampai gilirannya, anak-anak kecil itu berlalu sahaja, dia tidak diberi minum. Dalam kebingungan, dia diberitahu tidak tersenarai antara penerima minuman kerana tidak seorang pun dari kalangan anak kecil itu adalah anaknya.


Jika anda sudah berkahwin, tiada jalan berpatah balik untuk kembali bujang. Hidup perlu diteruskan. Lebih baik hidup dengan penuh rela dan ceria daripada masam dan tak suka. Jadi, bergurau-guraulah untuk mencerahkan hidup.

Tak tahu cara bergurau? Tak tahu apa yang nak diguraukan?

Ok, cuba ceritakan kisah ini kepada pasangan anda. 4 orang bakal ayah sedang menunggu di bilik menunggu di hospital sementara isteri masing2 sedang berjuang untuk melahirkan anak. Kemudian keluar jururawat dan memberitahu kepada ayah pertama, "Tahniah! kamu sekarang telah menjadi ayah kepada kembar dua." Ayah pertama melompat gembira. "Mungkin satu kebetulan, saya bekerja di Twin Star Enterprise."


Kemudian keluar pula jururawat lain dan memberitahu kepada ayah kedua, "Tahniah, awak mendapat anak kembar tiga.". "Wau!" katanya melonjak gembira. "Kembar tiga? Mungkin satu kebetulan. Saya kerja di 3EM Corporation."

Keluar pula jururawat lain dan memberitahu ayah ketiga. "Tahniah!, isteri awak dapat kembar empat.". "Alhamdulillah, " kata ayah ketiga sambil meraup tangan ke mukanya. "Mungkin satu kebetulan. Saya kerja di Four Season Hotel."

Pada masa ini, ayah yang keempat kelihatan amat tidak menentu dan gelisah sekali. Kesemua ayah yang menunggu pun bertanya, "Kenapa risau sangat?" Ayah keempat itu menjawab. "Saya kerja di Seven-Eleven."

Masih tak ketawa? Senyum pun tidak? Oooo, ruginya.....

Cendekiawan berkata, "Pudarlah kebahagiaan seorang wanita/lelaki jika dia tidak mampu menjadikan suami/isterinya teman yang termulia."




Sumber dipetik daripada majalah Pa&Ma Januari 2005 oleh
Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj

2 comments:

Salam Intan...

Gurau senda bawa bahagia...

August 26, 2008 at 11:03 PM  

Salam akak..

Ya akak..tanpa gurau senda, ibarat hidup tidak bernyawa..

August 27, 2008 at 12:06 AM  

Newer Post Older Post Home

Read The Quran