skip to main |
skip to sidebar
Hari Jumaat lepas (1hb Ogos), kami sekeluarga berangkat ke Selangor.. Bercuti kerana sudah lama tak balik ke rumah mertua di Ampang.Kebetulan pula hari Sabtu (2hb Ogos), kami ada jemputan kenduri kahwin sepupu Intan di Gombak.. Selesai hadiri majlis kenduri kawin tu, sementara menunggu masa untuk jumpa kawan yg juga tinggal di Gombak...kami pegi ke Ikea.. Fuhh! punyalah ramai orang kat situ. Maklumlah, hari Sabtu..pulak tu ada Jualan Mega. Nasib baiklah parking masa tu tak mnjadi masalah buat kami. Masuk2, je kat barisan tu terus dapat parking. Alhamdulillah, tak payah buang2 minyak semata2 nak cari parking. Kat sana kami tak sempat nak snap gambar sebab terlalu sesak dgn org2.. Anak2 pulak meragam..Shafiq menangis2. Mungkin sebab mengantuk.Hari Ahad (3hb Ogos) ...kami takde apa2 plan. Cuma tengahari tu pergi ke Carrefour Ampang. Beli barang2 keperluan anak2. Malam pula, kami pergi ke rumah adik ipar di Cheras (Ajoy dan Abby)..Thanks Abby. Baru dapat tahu yang Abby selalu datang ke blog Intan ni.. Cuma dia tak pernah tinggalkan jejak.. Mereka bawak kami makan Western Food kat area rumah mereka. Sedap makanan kat situ.. Nanti boleh belanja lagi..hehehe. Hari Isnin (4hb Ogos)..pagi tu kami bersiap2 utk pulang ke JB. Cuma masa tu aje yg sempat nak snap2 gambar. Dapatlah anak2 Intan bergambar dengan cousin mereka.. Adam (anak Ajoy dan Abby). Mereka datang ke rumah emak pagi tu..
Jadi, inilah gambar anak2 bergaya di rumah nenek mereka..
Sebelum meneruskan perjalanan ke JB, kami sempat ke Subang. Nak jumpa kawan sekolah hubby yg terpisah berbelas tahun. Skrg kwn hubby keje di TUDM Subang. Hubby tak familiar jalan kat Subang. So, kami berjanji jumpa di Summit, Subang.. Dia bawak kami ke TUDM Subang. Makan tengahari kat gerai jualan dia di medan selera kawasan kem tu.
Selamat tinggal Kuala Lumpur.. Insya Allah, hari raya nanti kami pulang ke sana lagi..
Kami masuk ke hiway plus utk pulang ke JB dalam pukul 2.30ptg..Alhamdulillah, anak2 tak meragam sewaktu dalam perjalanan pulang. Masing2 syok tidur walaupun dalam cuaca yang panas terik..Aircond pun tak terasa sangat..
Home
Salam Intan...
Seronok sesekali balik jumpa mertua & ipar duai kan, dapat jumpa kawan2 lagi..
Akak said...
August 6, 2008 at 11:00 AM
Salam akak..
Ya kak..mmg seronok jumpa sekali-sekala..Macam2 cerita keluar.. Rasa mcm tak puas je..Byk rumah sedara tak sempat nak pegi..
intansabreena said...
August 6, 2008 at 9:22 PM
Pergh.. bestnye laa famaly kak intan ni. Kalau berjalan je mesti long distance tak hengat. Kalau tak hengat jer... mesti jalan long distance... wakaka...
Kim salam pada semua. Semoga perjalanan lancar ke destinasi dan selamat pulang.
Kreuger®
Unknown said...
August 7, 2008 at 9:33 PM
re Azman:
hehe..apa yg tak hengat tu?rasa2nya sentiasa hengat je..
Insya Allah.. Alhamdulillah, kami semua telah selamat sampai rumah dan menjalankan aktiviti seperti biasa..
Terima Kasih..
intansabreena said...
August 8, 2008 at 7:28 AM