Award Dari Teman-Teman

Maaflah, sejak dua menjak ni Intan jarang online sebab sibuk melayan anak2 yang tak sihat.. Kesemua anak2 Intan tak sihat. Mereka diserang demam, batuk & selsema. Bila anak2 kecik ni sakit, mereka mmg memerlukan perhatian penuh dari kita.. Jadi, mmg Intan takde masa langsung dengan internet ni. Hari ni, baru berkesempatan sekejap mengadap pc..

Dah berapa lama award ni patutnya Intan ambik. Tapi masa betul2 tak mengizinkan.. Baru hari ni sempat ambik dan gantung kat umah Intan ni.. Terima kasih buat teman2 yang mengingati Intan dan menganugerahkan award buat Intan..


Ni award dari akak..


Info about this award

Let me spread the lurv...

This award is for those bloggers who are nice people. Good blog friends and those who inspire good feeling and inspiration also for those who are a positive influence on our blog world.

Once you've been awarded please pass it on to others who you feel are deserving of this award


Award dari Kak Izan




Ni pula dari Azza...Thanks Azza..


[bbl.jpg]


Terima kasih atas ingatan teman-teman seperjuangan.. Semoga ikatan ukhwah antara kita akan terus berpanjangan dan berkekalan..

Selamat Hari Kemrdekaan dan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak buat semua..

Subuh tadi dalam pukul 6.00 pagi sewaktu Intan sibuk membantu hubby siap-siap untuk ke tempat kerja, kami menerima panggilan telefon dari emak Intan memberitahu seorang lagi bapa saudara yang kami kasihi telah pergi meninggalkan kami..

Bapa saudara yang kami panggil pokda atau nama sebenar dia Salam bin Maslan telah pulang ke Rahmatullah jam 3.00pagi tadi..

Yang menyedihkan kami sekeluarga ialah pemergiaannya amat dekat jangka waktunya dengan pemergian seorang bapa saudara Intan iaitu Allahyarham Pak Itam yang telah Intan maklumlah di dalam blog ini beberapa minggu yang lepas.. (10hb. Ogos 2008). Mereka berdua adalah merupakan abang kepada ayah Intan.

Kami memang telah sedia maklum tentang kesihatannya beberapa minggu lepas. Dia telah diserang strok dan telah dimasukkan ke ICU Hospital Bahau beberapa hari selepas Allahyarham Pak Itam meninggal..

Kali terakhir Intan berjumpa pokda Intan adalah sewaktu melawat Allahyarham Pak Itam pada 10hb. Ogos lepas..

Intan tidak dapat melawat Allahyarham Pokda memandangkan anak-anak Intan tidak sihat di mana baby Shahir dan abangnya Shafiq di serang demam, batuk dan selsema.. Lagipun ada beberapa orang saudara terdekat Intan diserang demam ciku2.. (entahlah..nama betul demam ciku2 ni apa,lupalahh).. Takut berjangkit ke anak2 Intan.. Hanya salam takziah yang dapat Intan kirimkan buat mokda serta anak2..Semoga mokda dan anak2 tabah dengan kehilangan orang tersayang..

Semoga Allahyarhan Pokda ditempatkan di dalam golongan orang-orang yang beriman dan akan menjadi Ahli Syurga.. Aminn..


Al-Fatihah buat Allahyarham Pokda Salam bin Maslan

Rugilah Kalau Buta Gurau


Anda pernah bergurau dgn pasangan anda? Apa? Tidak pernah? Jadi, bagaimana gaya tiap seorang? Paling muka, masam, muncung, macam patung?

Alahai...rumahtangga orang cemerlang dan gemilang adalah rumahtangga yang dihiasi keceriaan. Gelak tawa itu melambangkan kesukaan, keceriaan dan kegembiraan.
Mana mungkin anda mengaku bahagia sedangkan mulut teramat berat untuk dibentuk sebagai senyuman?

Rumahtangga yang tidak dihiasi gurau senda dan tertawa ria ibarat tanah kuburan. Cuba lalu di tanah perkuburan. Bolehkah anda tertawa atau tersenyum?
Senda gurau akan mengikat persefahaman seterusnya kasih sayang.

Tak percaya? Tak patut tak percaya. Kalau tak sungguh, tentu Nabi S.A.W tak bersabda. Malah, kalau rajin menyemak sirah Nabi S.A.W, anda akan dapati Nabi S.A.W cukup banyak bergurau senda dengan isteri-isteri Baginda.
Sabda Rasulullah, "Sesiapa yang berkahwin, sesungguhnya dia telah melengkapkan separuh Imannya, Maka bertaqwalah kepada ALLAH (bagi melengkapkan separuh bakinya).

"
Kata Imam Al-Ghazali, " Yang dimaksudkan dengan baki 50% itu ialah jihad. Berkahwin itu ialah jihad, dan latihan jihad itu ialah menunaikan hak-hak keluarga seperti mentadbir, bersabar dengan telatah dan budi pekerti pasangan, memimpin ke jalan yang baik, berjuang mencari rezeki yang halal dan mendidik anak-anak."

Mana mungkin ceria tanpa bahagia. Mana mungkin bahagia tanpa gurau senda. Mana mungkin boleh bergurau senda tanpa persefahaman. Mana mungkin semuanya itu tanpa cinta dan kasih sayang. Bukankah kesemuanya itu saling bersatu?


Terdapat secebis kisah tentang seorang sahabat yang anti perkahwinan. Dia bukan sahaja nekad tidak mahu berkahwin bahkan tidak nampak perkahwinan boleh memberi keuntungan padanya. Mungkin dia lebih melihat beban yang terpaksa dipikul.


Suatu malam dia bermimpi. Dalam mimpinya itu dia nampak anak-anak kecil sibuk memberi air minum kepada orang ramai yang kehausan di taman syurga. Bila sampai gilirannya, anak-anak kecil itu berlalu sahaja, dia tidak diberi minum. Dalam kebingungan, dia diberitahu tidak tersenarai antara penerima minuman kerana tidak seorang pun dari kalangan anak kecil itu adalah anaknya.


Jika anda sudah berkahwin, tiada jalan berpatah balik untuk kembali bujang. Hidup perlu diteruskan. Lebih baik hidup dengan penuh rela dan ceria daripada masam dan tak suka. Jadi, bergurau-guraulah untuk mencerahkan hidup.

Tak tahu cara bergurau? Tak tahu apa yang nak diguraukan?

Ok, cuba ceritakan kisah ini kepada pasangan anda. 4 orang bakal ayah sedang menunggu di bilik menunggu di hospital sementara isteri masing2 sedang berjuang untuk melahirkan anak. Kemudian keluar jururawat dan memberitahu kepada ayah pertama, "Tahniah! kamu sekarang telah menjadi ayah kepada kembar dua." Ayah pertama melompat gembira. "Mungkin satu kebetulan, saya bekerja di Twin Star Enterprise."


Kemudian keluar pula jururawat lain dan memberitahu kepada ayah kedua, "Tahniah, awak mendapat anak kembar tiga.". "Wau!" katanya melonjak gembira. "Kembar tiga? Mungkin satu kebetulan. Saya kerja di 3EM Corporation."

Keluar pula jururawat lain dan memberitahu ayah ketiga. "Tahniah!, isteri awak dapat kembar empat.". "Alhamdulillah, " kata ayah ketiga sambil meraup tangan ke mukanya. "Mungkin satu kebetulan. Saya kerja di Four Season Hotel."

Pada masa ini, ayah yang keempat kelihatan amat tidak menentu dan gelisah sekali. Kesemua ayah yang menunggu pun bertanya, "Kenapa risau sangat?" Ayah keempat itu menjawab. "Saya kerja di Seven-Eleven."

Masih tak ketawa? Senyum pun tidak? Oooo, ruginya.....

Cendekiawan berkata, "Pudarlah kebahagiaan seorang wanita/lelaki jika dia tidak mampu menjadikan suami/isterinya teman yang termulia."




Sumber dipetik daripada majalah Pa&Ma Januari 2005 oleh
Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj

Buat tatapan teman-teman


Renungi dan hayati kisah ini...


Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung... Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga... Kenapa?Laughing Kerana CINTA itu buta.. Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga... Kenapa? Laughing Kerana... KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA . Di dalam telaga CINTA hilang... Kenapa?Laughing Kerana... CINTA itu halus,mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap...Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu.. Kenapa? Laughing Kerana... KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia...kan Laughing So, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI....Walau kita punya couple,KAWAN still paling setia. Walau kita punya harta banyak, KAWAN still paling berharga.

Frenz never break............

Nawaitu yang penting...SILLATURRAHIIIM Laughing



Sumber diperolehi daripada seorang kawan ...

Saya Anak Malaysia


Anugerah kali ini Intan terima daripada Mocci.. Thanks Mocci sbb memberikan anugerah ini pada akak..

Intan memang berbangga menjadi warga Malaysia.. Negara yang aman walaupun hidup dalam berbilang kaum.. Meskipun ada percanggahan dalam dunia politik dan ada rasa ketidak puasan hati dalam pelbagai aspek, tetapi masih aman dan tidak huru-hara seperti beberapa negara lain di luar sana.. Semoga Malaysia akan tetap mengekalkan keharmonian.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 51


Anugerah ini Intan panjangkan kepada teman2 blogger yang tidak pernah bosan menyinggah ke blog ini walaupun Intan tidak pernah memberikan sebarang ganjaran atau hadiah...Semoga anda juga berbangga menjadi warganegara MALAYSIA

Brownies Pulak

Sebenarnya brownies ni Intan buat hari Sabtu lepas.. Tak sempat2 nak masukkan dlm blog. Baru hari ni sempat nak masukkan.. Brownies ni nak buatnya senang tapi sedap tauu. Anak Intan suka sangat. Berulang2 makan brownies ni. Tak payah topping pun dah sedap. Lagipun, angin malas dah dtg menyerang Intan masa tu. So, anak2 layan je la brownies tanpa topping.

Hari Ahad esoknya pun Intan buat brownies sekali lagi untuk dibagikan kepada jiran Intan yang ada buat majlis makan2.. Tapi Intan sendiri tak tahu sempena apa. Bila ditanya dia kata takde sempena apa2. Tapi, apapun Intan tetap dah niat nak bagi brownies ni kat dia..

Tapi, brownies yang bagi kat dia tu pun tak sempat nak topping. Sebab masa brownies tu dalam proses bakar pagi Ahad tu, Intan menerima panggilan telefon dari emak Intan memberitahu bapa saudara Intan meninggal. Jadi, masa tu juga Intan siapkan anak2 dan diri sendiri untuk ke Muar melawat Allahyarham pakcik Intan. So, brownies tu mmg tak sempat nak di topp
ing. Minta maaf ya Kak Sal sebab brownies tak sempat dihias. Tapi, apapun layan je la sebab rasanya ok kann.. :girl_4:Brownies yang dibagikan pada Kak Sal tak sempat nak snap sebab masa tu kelam-kabut..

Resepi brownies
Intan ambik kat umah Alin.. Thanks Alin sebab berkongsi resepi.. Terima kasih juga kat empunya asal resepi ni..Memang sedap..



BROWNIES

Bahan A

1 cawan susu cair

1 cawan butter cair
1 cawan air panas
2 cawan gula perang [brown sugar]


Bahan B [kacau rata]

2 biji telur gred B
1 s/k esen vanilla


Bahan C [ayakkan]

2 cawan tepung gandum

1 cawan serbuk koko

1 s/k baking powder

1 s/k soda bikarbonat


Cara

1. Panaskan oven pada suhu 175'C selama 10 minit.
2. Kacau bahan A supaya sebati.

3. Masukkan bahan B.kacau rata.

4. Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.

5. Lapikkan kertas dalam loyang 10x 10 inci.

6. Bakar selama 45 - 50 minit.
7. Sejukkan kek dan salutkan dengan kerim coklat.


Selamat Mencuba...


Award Lagi




Rancak sungguh dapat award.. Agaknya sekarang ni tengah musim Pesta Award kot.. Pegi mane2 blog pun mesti ada award..

Kali ni award Intan terima dari Azza.. Baru je sehari dua kenal Azza, dia dah anugerahkan Intan award.. Terima kasih Azza sebab mengingati Kak Intan ni.. Terharu dengan pemberian award ni.. Terharu juga sebab walaupun baru kenal, Azza sudi bagi award ni kat akak..

Azza, terimalah pantun dari akak ya..


Bangun pagi terus mandi,
Jangan lupa menggosok gigi,
Terima kasih daun keladi,
Lain kali bagilah award lagi..

Award From Akak


Terima kasih akak di atas pemberian award ni. Rasanya ni award yg ke 2 Intan terima dari akak. Terharu Intan sebab akak tak lupakan Intan bila nak menganugerahkan award.

Nak terima award ni, ada syarat-syaratnya..

It has been done according to the following rules:


1. The winner may put the logo on her blog.
2. Put a link to the person you got the award from.
3. Nominate 5 blogs.
4. Put links to the blogs.
5. Leave a message for your nominees





Semoga ikatan ukhwah antara kita akan terus berkekalan.. Semoga teman2 gembira dgn award ni..:girl_4: Sebenarnya, nk bg award ni kat ramai lagi..tapi Intan tgk ramai yg dah memilik award ni..

Telah Pulang Ke Rahmatullah

Pagi semalam (Ahad), Intan menerima panggilan telefon daripada emak Intan lebih kurang dalam pukul 10 pagi memberitahu ada berita buruk buat seluruh keluarga Intan iaitu telah kembalinya ke Rahmatullah seorang bapa saudara yang sangat2 kami hormati dan sanjungi iaitu Pak Itam Intan.. Saim bin Maslan. Dia merupakan abang kepada ayah Intan.

Pemergiannya begitu memeranjatkan kami kerana dia tidak menunjukkan sebarang perubahan dan tidak ada berita tentang sakit. Kali terakhir Intan bertemu dia adalah sewaktu majlis kahwin adik Intan hujung bulan Jun lepas. Minggu lepas sewaktu menghadiri majlis kenduri kahwin sepupu Intan di Gombak, Intan tak sempat berjumpa dia. Emak dan ayah Intan je yang sempat jumpa dia..

Cuma perubahan menurut cerita Mak Itam, sejak kebelakangan ini Allahyarham Pak Itam suka berjalan. Banyak tempat dia bawak Mak Itam jalan. Dan tempat terakhir mereka berjalan bersama ialah di Melaka iaitu sehari sebelum Allahyarham meninggal.

Jadi, semalam selepas menerima panggilan telefon tu, kami sekeluarga bergegas ke rumah Allahyarham Pak Itam iaitu di Kampung Sawah Ring, Bukit Gambir, Muar..

Intan mengucapkan takziah sekali lagi buat seluruh ahli keluarga Allahyarham Pak Itam Saim. Takziah buat Mak Itam dan anak2..

Marilah kita sama2 sedekahkan Surah Al-Fatihah buat Pak Itam Intan iaitu Saim bin Maslan. Semoga dia ditempatkan di dalam golongan orang2 yang Beriman..

Al-Fatihah

Bercuti Ke Ampang

Hari Jumaat lepas (1hb Ogos), kami sekeluarga berangkat ke Selangor.. Bercuti kerana sudah lama tak balik ke rumah mertua di Ampang.

Kebetulan pula hari Sabtu (2hb Ogos), kami ada jemputan kenduri kahwin sepupu Intan di Gombak.. Selesai hadiri majlis kenduri kawin tu, sementara menunggu masa untuk jumpa kawan yg juga tinggal di Gombak...kami pegi ke Ikea.. Fuhh! punyalah ramai orang kat situ. Maklumlah, hari Sabtu..pulak tu ada Jualan Mega. Nasib baiklah parking masa tu tak mnjadi masalah buat kami. Masuk2, je kat barisan tu terus dapat parking. Alhamdulillah, tak payah buang2 minyak semata2 nak cari parking. Kat sana kami tak sempat nak snap gambar sebab terlalu sesak dgn org2.. Anak2 pulak meragam..Shafiq menangis2. Mungkin sebab mengantuk.

Hari Ahad (3hb Ogos) ...kami takde apa2 plan. Cuma tengahari tu pergi ke Carrefour Ampang. Beli barang2 keperluan anak2. Malam pula, kami pergi ke rumah adik ipar di Cheras (Ajoy dan Abby)..Thanks Abby. Baru dapat tahu yang Abby selalu datang ke blog Intan ni.. Cuma dia tak pernah tinggalkan jejak.. Mereka bawak kami makan Western Food kat area rumah mereka.
:girl_4: Sedap makanan kat situ.. Nanti boleh belanja lagi..hehehe.:girl_9:












Hari Isnin (4hb Ogos)..pagi tu kami bersiap2 utk pulang ke JB. Cuma masa tu aje yg sempat nak snap2 gambar. Dapatlah anak2 Intan bergambar dengan cousin mereka.. Adam (anak Ajoy dan Abby). Mereka datang ke rumah emak pagi tu..












Jadi, inilah gambar anak2 bergaya di rumah nenek mer
eka..

Sebelum meneruskan perjalanan ke JB, kami sempat ke Subang. Nak jumpa kawan sekolah hubby yg terpisah berbelas tahun. Skrg kwn hubby keje di TUDM Subang. Hubby tak familiar jalan kat Subang. So, kami berjanji jumpa di Summit, Subang.. Dia bawak kami ke TUDM Subang. Makan tengahari kat gerai jualan dia di medan selera kawasan kem tu.

Selamat tinggal Kuala Lumpur.. Insya Allah, hari raya nanti kami pulang ke sana lagi.
:girl_15:.

Kami masuk ke hiway plus utk pulang ke JB dalam pukul 2.30ptg..Alhamdulillah, anak2 tak meragam sewaktu dalam perjalanan pulang. Masing2 syok tidur walaupun dalam cuaca yang panas terik..Aircond pun tak terasa sangat..




Newer Posts Older Posts Home

Read The Quran