DHA Bantu Minda Anak

DHA atau 'docosahexaenoic acid' tergolong dalam kumpulan 'esssential fatty acid'. Sebahagian kecil DHA dikeluarkan oleh badan sendiri. Bagi bayi, DHA diperolehi daripada susu ibu. Pengambilan DHA oleh ibu mengandung atau kanak-kanak yang sedang membesar didapati dapat membantu dalam proses pembelajaran mereka. Kajian menunjukkan kanak-kanak yang diberi DHA mungkin lebih bijak. Pada masa ini terdapat banyak susu-susu formula yang mengandungi DHA. Ia adalah langkah bijak memberi anak-anak kecil susu formula ini. WHO dan British Nutrition Foundation menyarankan pengambilan DHA sebanyak 20mg bagi setiap kilogram berat bayi. Bagi ibu yang mengandung, banyakkanlah mengambil ikan karamel, telur dan ikan salmon. Ketiga-tiga sumber ini mengandungi DHA yang tinggi.


Pentingnya Sayur Dalam Diet Seharian


Sayur-sayuran dan ulam-ulaman mengandungi banyak serat (fiber) dan kurang kalori. Ia adalah kaya dengan sumber vitamin C, Vitamin A, asid folik dan zat galian yang sangat diperlukan untuk pertumbuhan dan penjagaan tubuh badan dan minda yang sihat. Pusat Penyelidikan Perubatan Malaysia (IMR) juga telah menjalankan kajian saintifik terhadap berbagai jenis sayur-sayuran dan ulam-ulaman tempatan. Ulam-ulaman jenisa daun mempunyai sumber vitamin paling banyak seperti vitamin A, B1, B2, C dan zat-zat galian seperti kalsium, fosforus dan zat besi. Manakala ulam-ulaman jenis bijian pula mengandungi protein, air dan berbagai zat lain.

Kebanyakan sayur-sayuran mengandungi serat yang dapat berfungsi mencairkan karsinogen di dalam usus dan melancarkan perjalanannya melalui sistem penghadaman, melembapkan pertumbuhan bakteria berbahaya dan menggalakkan pertumbuhan bakteria sihat. Kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran terutama anggur, lobak, brokoli, kubis dan tomato mengandungi flavonoid yang menghalang kawasan penerimaan yang menggalakkan barah. Sesiapa yang menolak sayur-sayuran adalah anda yang bakal mengundang risiko penyakit paling ditakuti manusia.

Khasiat Ceri


Mungkin selama ini kita cuma menganggap buah ceri sekadar buah penghias makanan. Sebenarnya, buah ceri mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan.

  • Kaya dengan antioksida. Ia membantu mencegah atau memperbaiki kerosakan sel tubuh yang disebabkan oleh radikal bebas.
  • kaya dengan flavonoid. Penyelidik mendapati flavonoid dalam ceri adalah agen antikanser yang paling tulen.
  • Mengandungi anthocyanin dan bioflavonoid yang membantu melega dan menghalang artritis dan gout. Ia juga membantu menyingkirkan migrain.
  • Mengandungi melatonin yang membantu kita memperolehi tidur yang berkualiti.

Kelebihan Bijirin Sarapan

Lebih kerap anak kita mengambil bijirin sedia dimakan, maka lebih rendah kemungkinan untuk mereka memiliki berat badan yang berlebihan. Mereka juga didapati memiliki indeks jisim tubuh (Body Mass Index/BMI) yang lebih rendah.

Kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat mendapati, kanak-kanak yang mengambil bijirin sedia dimakan memiliki badan yang sihat dan normal manakala hampir separuh daripada kanak-kanak yang tidak mengambil bijirin didapati memiliki berat badan yang berlebihan. Kajian tersebut juga mengesahkan kanak-kanak yang mengambil bijirin sarapan pagi menunjukkan fungsi kognitif yang lebih baik.

Bijirin juga kaya dengan serat terutamanya bi
jirin mil penuh. Jika kita berhasrat untuk menurunkan berat badan, mengawal paras korestrol dan mengelak diabetes serta menginginkan tenaga yang lebih, semangkuk bijirin panas adalah pilihan terbaik. Contoh bijirin penuh gandum ialah oat, barli dan beri gandum. Manakala bijrin yang telah diproses ialah roti, mee dan mihun.

Bijirin yang dihidang panas sebenarnya adalah yang paling baik untuk kesihatan. Jenis ini biasanya penuh gandum, kurang lemakdan mengandungi sumber zat besi yang tinggi. Ia juga mampu mengurangkan risiko penyakit jantung dan merendahkan paras kolestrol dalam darah. Sebagai hidangan terbaik untuk kesihatan, pilihlah hidangan bijirin bebas gula. MIsalnya oat dan emping jagung. Untuk menambahkan rasa manis semulajadi, tambahkan hirisan buah-buahan segar. Di negara kita,bijirin segera Quacker adalah contoh bijirin yang masih mengandungi gula, tetapi tidak berlebihan.

Anak Terlalu Manja?

  • Adakah anda mematuhi setiap kemahuan anak?
  • Adakah anda memberi sepenuh tumpuan apabila anak sengaja cuba mendapatkan perhatian anda?
  • Anak sering merayu dan merengek untuk mendapatkan sesuatu?
  • Adakah dia mematuhi peraturan dan arahan? Atau akhirnya anda terpaksa melakukan kerja-kerja yang ditinggalkan?

Jika kesemua jawapan adalah 'Ya', ini bermakna anak kita terlalu dimanjakan. Masih belum terlambat untuk kita membentuk karektor anak selagi kita bersikap tegas.Kita mesti menolak permintaan anak dengan tegas dan tetap pendirian walaupun anak menangis dan memberontak.

Apabila anak cuba menarik perhatian kita, alihkan pandangannya kepada aktiviti atau tempat lain. Biarkan dia belajar menunggu untuk mendapatkan sesuatu. Apabila kita sering menolak permintaannya, dia akan belajar membina karektor diri.

Apabila anak enggan menyimpan semula barang permainannya,ajak dia mengemas bersama tetapi pastikan dia turut serta. Paling penting, jangan terlalu memanjakannya. Cuba kurangkan sifat manjanya secara berperingkat.

Galakkannya Berus Gigi

Lebih mudah menyuruh anak kita memberus gigi sekiranya ia dilakukan dengan kerelaan hatinya. Biarkan dia yang memilih berus gigi sendiri mengikut watak kartun atau warna yang digemari serta ubat gigi berperisa buah-buahan. Jika anak kita enggan, cubalah kita belikan berus gigi elektrik yang boleh mengeluarkan bunyi untuk menarik perhatiannya.

Seeloknya, penjagaan gigi haruslah dilakukan semasa mereka masih bayi lagi. Sekiranya dilakukan secara rutin, mereka sudah terbiasa melakukannya. Untuk menjadikan aktiviti memberus gigi lebih menarik, ia boleh dilakukan bersama kita dalam keadaan bergurau senda. Pasti mereka akan lebih terhibur dengan aktiviti memberus gigi. Insya Allah.


Khasiat Minyak Ikan Kod

Saintis mendapati pemberian minyak ikan kod kepada bayi dapat mengurangkan risiko mendapat diabetes pada kemudian hari. Kajian yang dijalankan di Norway, mendapati bayi yang diberikan sesudu minyak ikan kod secara tetap sepanjang usia setahun hanya mempunyai 25% peluang mendapat diabetes.

Jantung Hatiku

Anak-anakku,

Kaulah permata hati ibu,

Kau jua jantung hati ibu,

Kaulah harta ibu yang paling berharga,

Kehadiranmu membawa sejuta makna,

Hidup ayah ibu menjadi lebih bahagia.




Melihat anak membesar didepan mata adalah satu pengalaman yang amat indah. Lebih-lebih lagi jika kita sendiri yang menjaga dan membesarkan mereka. Mungkin ramai juga ibu-ibu yang di luar sana sama seperti saya. Berkorban untuk tidak kerja semata-mata ingin menjaga anak sendiri tanpa perlu memberi orang lain untuk menjaga mereka. Lihatlah gelagat anak2 saya, Muhammad Saufihanif, 4 tahun 8 bulan dan anak kedua saya, Muhammad Shafiq Haikal yang berumur 1 tahun 4 bulan. Keletahnya memang sering membuat saya dan suami tertawa.


Membesarkan anak-anak pada zaman ini memang sangat mencabar. Semakin mereka meningkat dewasa, semakin banyak perkara yang perlu disediakan yang mana pada masa dulu, ia bukanlah suatu keperluan, namun sekarang ini sudahpun menjadi suatu keperluan. Contohnya seperti mencari sekolah tadika terbaik yang mana mempunyai kaedah pembelajaran yang boleh meningkatkan tahap I.Q anak2 kita. Yurannya pula bukan calang2 mahalnya. Bila mereka dah dewasa sikit, perlu belikan p.c untuk kegunaan mereka sendiri pula, atau setidak-tidaknya, untuk dikongsikan dengan adik2 mereka. Pendidikan & pembelajaran bukanlah sesuatu yang boleh diambil ringan

Pendidikan Awal Anak-anak


Kami tidak menghantar anak kami yang pertama, Muhammad Saufihanif ke Tadika kerana kami ingin dia cuba belajar di rumah mulai usia 4 tahun. Suami saya telah membeli CDROM program perkembangan minda & pembelajaran di Singapura iaitu Jump Start Program dari Knowledge Adventure Inc. USA dan yang sangat bagus dan telah terjual melebihi 1 juta unit di seluruh dunia. Kami tidak jumpa CDROM tersebut di Malaysia (kami cuba mencarinya di Johor Bahru & Kuala Lumpur). Kami telah membeli 3 set yang meliputi Toddler, Nursery & Pre-Schooler yang kami dapati sangat berkesan(total dalam 8 keping CDRom). Ketiga-tiganya dianggarkan berharga kurang dari S$60 atau RM135 sahaja. Hampir setiap hari dia akan menghadap komputer di biliknya untuk mengikuti program ini (sehari dalam 3jam lamanya).

Saya telah memasang alat penapis pada skrin monitor kerana takut ada kesan pula pada matanya. Hasilnya, dia dapat mengenali kesemua huruf, warna, shape, nombor dan banyak sekali vocab Bahasa Inggeris termasuk banyak lagu-lagunya. Intonasi dan 'pronounciation' Bahasa Inggerisnya pun sangat bagus seolah-olah diajar oleh guru orang putih. Kami telah dapat menjimatkan banyak wang dari perlu menghantarnya ke Nursery yang mahal. Lagipun, CDRom itu masih boleh digunakan oleh adik-adiknya juga selepas ini dan mendapat impak yang sama. Jump Start program memang bagus dan sangat berkesan.

Bayangkan, baru 4 tahun setengah, dia dah tahu A for apple hingga ke Z, mengenal semua warna, nama dan sifat2 binatang dan bentuk geometri dalam Bahasa Inggeris serta boleh mengira dalam Bahasa Inggeris. Dia boleh faham dan mengira dari 1 hingga 100 dalam Bahasa Inggeris. Yang peliknya, dia mempelajarinya tanpa bantuan kami dan kami pula sangat jarang berbahasa Inggeris dengan dia selama ni. Dalam masa yang sama, kami banyak download dan guna software educational program & interactive game dari Internet. Yang paling digemarinya ialah Playhouse Disney interactive website yang saya anggap terbaik di cyberspace. Dari pemerhatian saya, impak IT adalah lebih menonjol dari kebanyakan tadika yang yurannya secara relatifnya adalah jauh lebih mahal. Ini dapat dibuktikan dari perbezaan yang ketara di antara anak kami itu berbanding rakan2 & sepupu2 sebaya yang ke Tadika ekslusif yang mahal. Pada pendapat kami, Tadika hanyalah mempunyai motif mencari untung sahaja berbanding mendidik. Kanak-kanak lebih banyak diberi peluang bermain dari belajar. di samping itu, terdapat juga risiko di mana anak2 mempelajari input yang tidak baik dari guru atau rakan-rakan sekelas tanpa disedari.


KURMA
adalah buah yang berkat, Rasulullah SAW mewasiatkan kepada kita untuk memulakan sesi berbuka puasa dengannya.


Daripada Salman ibn 'Aamir, Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:

"Jika salah seorang di antara kamu hendak berbuka puasa, berbukalah dengan kurma sebab kurma itu berkah, kalau tidak ada maka dengan air kerana air itu bersih dan suci."

(Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi)

Daripada Anas: "Sesungguhnya Nabi berbuka puasa dengan beberapa ruthab kurma basah dan segar yang baru dipetik dari pokok) sebelum solat Maghrib, kalau tidak ada ruthab, maka beliau berbuka dengan tamar (kurma kering),jika tidak ada, maka dengan meneguk beberapa tegukan air putih."

(Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi)


Ibu Berpuasa Sewaktu Hamil

Bulan Ramadhan yang mulia memberi kesempatan kepada seluruh umat Islam di dunia untuk menunaikan rukun Islam yang keempat. Termasuk juga ibu-ibu yang hamil.


Kali ini adalah kali kedua saya berpuasa sewaktu hamil. Memang banyak dugaannya. Tetapi berbeza diantara kedua-duanya. Sewaktu hamil anak sebelum ini, alahan saya tidak berapa teruk dan saya dapat berpuasa seperti biasa. Tetapi berbeza dengan hamil sekarang ini, saya rasa begitu lemah. Waktu pagi , memang tekak terasa loya semacam. Bila masuk tengahari badan mula lemah. Waktu petang pula, lemahnya kadang-kadang sampai tak terkata. Kadang-kadang tu terimbas kenangan sewaktu berusia 7 tahun. Waktu tu dah bersekolah darjah 1. Sekolah pula jauh dari rumah. Bila balik sekolah, badan tu lemah sangat. Sampai menangis-nangis. Kadang-kadang bila pergi mengaji, ustazah kesian dan beri saya aiskrim Malaysia. balik rumah je, mesti terus berbuka dengan minum aiskrim. Benda lain saya tak heran, yang saya tak tahan cuma aiskrim aje. He,he,he. Memang kelakar bila terkenang waktu kecil.

Berbalik kita ke topik asal, sesetengah wanita amat bersyukur jika ditakdirkan mereka boleh menjalankan ibadah puasa ketika sedang hamil kerana berpeluang berpuasa penuh selama sebulan. Bagaimanapun tidak semua wanita mampu melakukannya kerana alahan kehamilan yang dialami.

Ibu hamil perlu merancang diet seimbang disamping memastikan mengambil segala zat yang diperlukan oleh 2 orang iaitu diri sendiri dan bayi. Segala keperluan bayi adalah bergantung kepada ibu.

Zat-zat yang diperlukan adalah protein, karbohidrat, vitamin, mineral, zat besi,zink, kalsium dan fosforus dan cecair.


Tip makanan terbaik

Keju, susu, dadih, dayur berdaun hijau gelap, daging merah tanpa lemak, oren, kismis dan prun, sardin, roti gandum penuh, pasta bergandum dan beras.

Flickr

This is a test post from flickr, a fancy photo sharing thing.


Kasih sayang sebenarnya adalah satu konsep yang kadangkala sukar untuk digambarkan secara fizikal. Dengan itu, kita berasa sukar untuk melakukan sebarang tindakan yang boleh dikaitkan dengannya.


Dengan kata lain, untuk lebih mudah memahami konsep kasih sayang itu, kita perlu menterjemahkannya kepada perlakuan yang menjadi lambang kepada kasih sayang seperti berpegangan tangan, bersalaman, memberi sentuhan, ciuman, pelukan, urutan, picitan, gosokan dan sebagainya.

Terdapat kajian yang mengatakan bahawa anak-anak yang dibelai dan dididik dengan kasih sayang akan menjadi lebih pintar, cerdik, tajam pemerhatian dan sentiasa berkeyakinan tinggi. Sebenarnya, apabila anak dibelai dengan kasih sayang badannya akan dirangsang untuk mengeluarkan enzim-enzim seperti endorphin, enkephalin dan norepinephrine. Ketiga-tiga enzim ini bukan sahaja mempu merangsang otak tetapi menjadikan seseorang anak itu lebih bertenaga, sihat, cergas, berwajah ceria dan tidak mudah diserang penyakit.

Sebenarnya, ibu bapa boleh membuat pilihan tentang kaedah yang sesuai dalam mendidik anak. Hakikatnya, kasih sayang sememangnya mempunyai kuasa hebat yang mampu merangsang dan menyerlahkan kehebatan dan keunggulan seseorang itu, khususnya anak kita.

Newer Posts Home

Read The Quran