skip to main |
skip to sidebar
Lebih kerap anak kita mengambil bijirin sedia dimakan, maka lebih rendah kemungkinan untuk mereka memiliki berat badan yang berlebihan. Mereka juga didapati memiliki indeks jisim tubuh (Body Mass Index/BMI) yang lebih rendah.
Kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat mendapati, kanak-kanak yang mengambil bijirin sedia dimakan memiliki badan yang sihat dan normal manakala hampir separuh daripada kanak-kanak yang tidak mengambil bijirin didapati memiliki berat badan yang berlebihan. Kajian tersebut juga mengesahkan kanak-kanak yang mengambil bijirin sarapan pagi menunjukkan fungsi kognitif yang lebih baik.
Bijirin juga kaya dengan serat terutamanya bijirin mil penuh. Jika kita berhasrat untuk menurunkan berat badan, mengawal paras korestrol dan mengelak diabetes serta menginginkan tenaga yang lebih, semangkuk bijirin panas adalah pilihan terbaik. Contoh bijirin penuh gandum ialah oat, barli dan beri gandum. Manakala bijrin yang telah diproses ialah roti, mee dan mihun.
Bijirin yang dihidang panas sebenarnya adalah yang paling baik untuk kesihatan. Jenis ini biasanya penuh gandum, kurang lemakdan mengandungi sumber zat besi yang tinggi. Ia juga mampu mengurangkan risiko penyakit jantung dan merendahkan paras kolestrol dalam darah. Sebagai hidangan terbaik untuk kesihatan, pilihlah hidangan bijirin bebas gula. MIsalnya oat dan emping jagung. Untuk menambahkan rasa manis semulajadi, tambahkan hirisan buah-buahan segar. Di negara kita,bijirin segera Quacker adalah contoh bijirin yang masih mengandungi gula, tetapi tidak berlebihan.
Home
Thank you for your information...
AliceClaire13 said...
February 19, 2013 at 8:26 PM