Bulan Ramadhan yang mulia memberi kesempatan kepada seluruh umat Islam di dunia untuk menunaikan rukun Islam yang keempat. Termasuk juga ibu-ibu yang hamil.
Kali ini adalah kali kedua saya berpuasa sewaktu hamil. Memang banyak dugaannya. Tetapi berbeza diantara kedua-duanya. Sewaktu hamil anak sebelum ini, alahan saya tidak berapa teruk dan saya dapat berpuasa seperti biasa. Tetapi berbeza dengan hamil sekarang ini, saya rasa begitu lemah. Waktu pagi , memang tekak terasa loya semacam. Bila masuk tengahari badan mula lemah. Waktu petang pula, lemahnya kadang-kadang sampai tak terkata. Kadang-kadang tu terimbas kenangan sewaktu berusia 7 tahun. Waktu tu dah bersekolah darjah 1. Sekolah pula jauh dari rumah. Bila balik sekolah, badan tu lemah sangat. Sampai menangis-nangis. Kadang-kadang bila pergi mengaji, ustazah kesian dan beri saya aiskrim Malaysia. balik rumah je, mesti terus berbuka dengan minum aiskrim. Benda lain saya tak heran, yang saya tak tahan cuma aiskrim aje. He,he,he. Memang kelakar bila terkenang waktu kecil.
Berbalik kita ke topik asal, sesetengah wanita amat bersyukur jika ditakdirkan mereka boleh menjalankan ibadah puasa ketika sedang hamil kerana berpeluang berpuasa penuh selama sebulan. Bagaimanapun tidak semua wanita mampu melakukannya kerana alahan kehamilan yang dialami.
Ibu hamil perlu merancang diet seimbang disamping memastikan mengambil segala zat yang diperlukan oleh 2 orang iaitu diri sendiri dan bayi. Segala keperluan bayi adalah bergantung kepada ibu.
Zat-zat yang diperlukan adalah protein, karbohidrat, vitamin, mineral, zat besi,zink, kalsium dan fosforus dan cecair.
Tip makanan terbaik
Keju, susu, dadih, dayur berdaun hijau gelap, daging merah tanpa lemak, oren, kismis dan prun, sardin, roti gandum penuh, pasta bergandum dan beras.
0 comments:
Post a Comment