HAPPY BIRTHDAY SHAFIQ

Hari Jumaat (25 April) adalah hari ulangtahun Shafiq yang ke 2. Kami sekeluarga berada di Kuala Lumpur waktu tu.. Memang kami merancang untuk sambut ulangtahun Shafiq kali ini di sana.. Pagi Jumaat tu kami sekeluarga telah ke rumah makcik hubby di Subang Jaya.. Rupanya kat sana ada surprise kek untuk Shafiq.. Sempatlah Shafiq potong kek birthday di sana..

Terima kasih kepada Pak Ngah Alias, Mak Ngah Napsiah, Emmy, Farhan dan Busu Shafiq di atas kek surprise ni..


Memandangkan hari Jumaat adik2 hubby semua sibuk dgn kerja..jadi kami cuma buat majlis ulangtahun Shafiq pada hari Sabtu esoknya.. Semua adik2 hubby berkumpul di rumah emak ayah hubby..Sekali-sekala berkumpul ramai2..Riuh-rendah dgn suara anak2 kami & anak2 saudara. 4 lelaki vs 4 pompuan.. hehehe.. Lebih2 lagi waktu upacara bukak hadiah..Masing2 berebut2 nak menakluki mainan yg disukai..




























Hadiah2 yang Shafiq
dapat sempena ulangtahun ke-2nya.











































































Tak terkecuali... Saufi dan baby Shahir juga dapat hadiah daripada Mak Teh mereka..













Terima kasih kepada Ajin, Ika, Ajoy, Abby, Ami, Ina, Ida dan Ayu di atas kerjasama menjayakan majlis sambutan ulangtahun Shafiq.. Maaf kalau Intan menyusahkan kalian.. Terima kasih juga untuk atok dan nenek Shafiq.. Insya Allah, lain kali boleh buat majlis ulangtahun kat sana lagi..


Ni pula pemberian daripada Wak Jasmin dan Cik Munah untuk Saufi, Shafiq dan baby Shahir.. Terima kasih atas pemberian yang istimewa ni.. Semua dapat..














Alhamdulillah... kali ni balik ke rumah mertua, banyak rezeki anak2.. masing2 dapat hadiah..

A GIFT FROM ARSAILI

Hari Isnin (21 April) yang lepas, masa Intan sibuk di dapur... Intan terdengar bunyi hon bertalu2.. Mula-mula Intan buat tak tau aje sbb ingatkan orang tu hon kat rumah lain..tapi bila hon tu tak henti2, Intan pun tengok ke luar rumah.. Rupa2nya ada van Pos Laju.. Pelik juga sebab biasanya kalau ada sesiapa yang nak bagi pos laju mesti bagitau Intan dulu.. Surat apa ekk??


Posmen tu tanya.. Puan Intan?? Intan jawab "Ya, saya".. Intan pun bergegas ke gate. Tengok2 ada envelope besar dari Australia.. Ehh! mmg pelik. Setahu Intan, Intan takde sedara-mara atau kawan yang berada di Australia.. Tapi, tiba2 Intan terus terfikir ARSAILI. Salah seorang blogger yang dikenali ramai.. Memang Intan tak fikir orang lain.. Terus bukak envelope besar tu..

Rupa2nya memang betul dari Arsaili.. Dalam envelope tu ada hadiah utk baby Shahir.. Thanks a lot Arsaili.. Terperanjat Intan. Very2 surprise.. Mana taknya, takde angin..takde ribut.. tiba2 je . Maksud Intan, Arsaili takde pun mintak address rumah Intan.. Tiba2 aje datang gift dari Arsaili tepat ke rumah Intan. Takde salah langsung pun address tu.. Manalah Arsaili dpt address tu?


Terima kasih sekali lagi pada Arsaili dan kekasih hatinya Azlin.. Kami sekeluarga amat menghargainya. Semoga ikatan ukhwah antara kita akan terus berkekalan...


Jumaat nanti (25 April), Shafiq akan berumur 2 tahun... Kali ni kami bercadang sambut birthday dia kat rumah mertua di Ampang.. Hadiah utk dia Intan tak beli lagi.. Busy sangat la sekarang ni.. Anak2 ni sentiasa perlukan perhatiannn.. Tu yang buat Intan bzzz bebeno.. Sampaikan hadiah utk Shafiq pun Intan tak sempat nak beli.. Kesian dia.. Intan cuba luangkan masa utk carik hadiah utk dia.. Semoga berhasil..

Memang lawak video ni.. Kalau boleh tgklah video ni dari mula sampai habis.. mula2 tu lawak sikit..bila nak abis..paling lawak..

video

Karamel Krim Kraker

Hari ni tercapai jugak hajat nak buat karamel krim kraker ni.. Hajat nak buat awal minggu ni tapi ada je halangannya.. Hari ni ada free sikit, jadi Intan buatlah karamel yang Intan teringinnn nak makan tuu.. Resepi Intan dapat dari blog Kak Jun. Cuma Intan tak buat banyak macam Kak Jun buat. Intan buat separuh daripada tu.. Sebab nanti takut tak terhabis pulak.. Maklumlah anak Intan ni bukannya kuat makan, diorg kuat main aje.. Main no 1.. makan no 2..









Karamel yg sudah siap untuk di ngapppp!!!










Teringin nak buat juge ke?? Nak resepi? Pegilah ke blog Kak Jun ya.. Bye, Intan nak sambung makan karamel ni..

Kek Marble ku..

Hari ni pertama kali Intan test buat kek marble.. Resepi tu Intan dapat dari blog Kak Ummi.. Sebelum ni 2 kek Intan buat ikut resepi Kak Jun.. Kalau nak buat kek, Intan pilih yang senang2 jer.. Yang penting sedap..rupa tu belakang kira.. hehehe.. Kalau nak resepi, bolehlah ke blog Kak Ummi.. Intan segan pulak nak bagi resepi sebab Intan ni baru belajar..



Lepas snap gambar kek, sempat pulak snap gambar Shahir.. Tapi bukan mudah nak snap gambar baby ni.. Kalau dia berjaga, sure gambar bergoyang2.. bila dia tersengeh, gambar goyang pulak.. Jadi, ni je lah yang dpt Intan paparkan..
















Gambar di snap di 3 tempat yang berlainan dan mood Shahir yg berbeza




Kat sini Intan nak minta tolong kepada sesiapa yg ada senarai barang2 Belanda yang perlu kita boikot.. Yg Intan tau cuma sikit je.. Intan cari juga senarai penuh barang2 yg berkenaan, tapi tak jumpa.. Brg yg Intan tau cuma:

  1. Minyak Shell
  2. Barangan Dutch Lady
  3. Teh Lipton
  4. Barangan Dove
  5. Coklat Ferrore Rocher (hehehe,salah spelling kot)
  6. Barangan dari Unilever
Apa lagi brg2 selanjutnya?? Susu Dumex pun ada dalam senarai ke??

Harap adalah sesiapa yang dapat bantu selesaikan kemelut dalam fikiran Intan ni....

Atas permintaan Kelat, Intan taipkan semula kisah PENGALAMAN PERTAMA hasil nukilan Intan sendiri berdasarkan pengalaman sendiri yang pernah dimuatkan dalam majalah Pa&Ma keluaran bulan Mei 2005.


Pengalaman pertama memang menakutkan. Lebih-lebih lagi pengalaman untuk menjadi seorang ibu. Sewaktu aku disahkan hamil, aku menetap di Kuala Lumpur bersama keluarga mertuaku kerana aku bekerja di sana. Suamiku pula menetap dan bekerja di Johor Bahru.

Di awal kehamilan, aku tidak mengalami alahan yang teruk, cuma pening dan sedikit rasa loya. Namun apabila kandunganku memasuki bulan kelima, alahanku semakin teruk. Tiap-tiap pagi aku mabuk dan kepalaku melayang-layang. Walaupun begitu aku tetap tabahkan hati untuk ke tempat kerja. Setiap pagi aku akan muntah samada sebelum atau selepas menaiki LRT. Yang peritnya, sewaktu di dalam LRT, aku tidak pernah diberi peluang untuk duduk kerana perutku belum membesar. Maklumlah, kandunganku baru berusia lima bulan. Lagipun kandungan pertama, belum banyak lemak kat perut..

Keadaan di dalam LRT penuh sesak setiap hari. Masing-masing berpusu-pusu untuk ke tempat kerja. Seminggu lebih aku cuti sakit. Waktu itu keadaanku amat teruk sehinggakan aku tidak boleh makan dan minum. Apa sahaja yang aku makan atau minum pasti akan termuntah semula. Malah pernah suatu hari aku muntah darah kerana tiada apa lagi dapat aku muntahkan disebabkan perutku yang kosong.

Tidak lama selepas kejadian itu, aku dan suami berbincang. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk meletak jawatan. Bagi aku, keluarga lebih penting daripada segala-galanya. Rezeki Allah boleh dicari di mana-mana. Alhamdulillah, sewaktu di Johor Bahru, alahanku tidak seteruk dahulu.

Bulan yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Tetapi nampaknya kandunganku masih seperti biasa. Tiada tanda-tanda yang dia nak keluar. Hinggalah tiba hari aku dijangkakan bersalin. Aku masih tidak merasa apa-apa perubahan. Setelah lewat lima hari, aku berjumpa doktor di Hospital Besar. Aku diminta memasuki wad dua hari kemudiannya. Tiga hari aku berada di wad tanpa sebarang masalah mahupun kesakitan. Perasaan bosanku membuak-buak ketika itu memandangkan tiada aktiviti menarik sewaktu di wad hospital.

Namun, pada subuh 28.10.2002, air ketubanku dipecahkan. Sebelum aku dibawa ke bilik bersalin, aku sempat menelefon suamiku menggunakan telefon awam memohon doa restu daripadanya. Waktu tu aku tiada telefon bimbit. Lama aku bertarung dengan rasa sakit. Pelbagai jenis botol air aku lihat bergantung di sisi kiri dan kananku.

Sakitku semakin teruk. Tiada tempat untuk aku mengadu. Hanya pada Allah aku bermohon. Aku membaca doa dan zikir-zikir yang telah suamiku ajar bagi menenangkan hati dan mencari kekuatan. Terasa badanku terlalu lemah. Jam menunjukkan hampir pukul 1.00 petang. Aku terasa seperti ada sesuatu yang ingin keluar. Aku sangkakan aku ingin membuang air besar. Aku memanggil doktor di situ bagi memastikan keadaanku.

Secara tiba-tiba aku lihat ramai orang disekelilingku. Semua pekerja dibilik bersalin itu memberi aku semangat untuk meneruskan perjuangan. Apabila mereka kata kepala anakku sudah kelihatan, aku rasa kekuatan diri tiba-tiba datang entah dari mana. Aku meneran sekuat hatiku. Alhamdulillah, tepat jam 1.10 petang, aku selamat melahirkan puteraku Muhammad Saufihanif seberat 3.75kg.

Kini dia sudah semakin membesar. Dia seorang anak yang comel, bijak, aktif dan rajin mengikut kami bersolat. Semoga anakku akan menjadi anak yang soleh, baik budi pekerti, baik paras rupa, sihat, bijak dan pandai. Itulah doaku setiap hari.


Hasil nukilan,

Intan

Tag Lagi...

Tag yang Intan terima dari Kelat buat kali ke 3.. Kelat..kelat, tak sudah2 nak mengtag Intan ni.. Sudah2 lah tu kelat.. Apa lagi yg kelat tak pueh hati ngan Intan ni?? Oklah, apapun, Intan jwb lah juge..

8 fakta mengenai diriku ini wahai Kelat :

1. Seorang yang susah nak senyum.. tapi mempunyai hati yg baik..kalau org yg tak kenal intan tu mesti kata intan sombong tapi pada org yg dah kenal intan tu kadang2 penat nak layan intan ..suka bercakap..cik abg selalu sound "tak pyhlah byk bercakap, berzikir lagi bagus" hehehe..mmg punn..

2. Cepat marah tapi cepat juga cool.. lebih2 lagi dgn karenah anak yg macam2 ni..tu yg selalu buat intan marah2.. Bila dah hot tu, malas nak cakap dgn sape2..diam lagi bagus..

3. Seorang yg suka berangan.. berangan jadi orang kaya..ada rumah besar, kereta mewah, nak beli apa semua dapat... suka berangan dari dulu, kini dan selamanya..kadang2 tu habiskan masa yg lama utk berangan..

4. Seorang ibu yg teringin sangat nak dpt anak pompuan...dah ler takde adik-beradik pompuan..tu yg teringin benor nak dpt anak pompuan..skrg dah ada 3 anak lelaki..bila pulak nak dpt pompuan???

5. sentiasa jujur dan setia...cuba sedaya upaya tidak mungkir pada janji.. kalau dah tak berdaya nak penuhi janji tu, tokleh nak buat apa lah..

6. dulu suka pada muzik...skrg ni bila dgr lagu2 atau muzik rasa mcm bising dan bingit ajeee... tak tenang pulak rasanya.. dulu, muzik lah yg menenangkan..nak tido pun mesti kena dgr lagu..skrg ni suka pada sunyi sepi

7. menjadi seorg yg tak sabar bila berada di jalan raya...agaknya dah terjangkit dgn penyakit abah intan ni..dia jadi panas baran bila dijln raya..lebih2 lagi dgn org yg bawa kereta trlalu slow...

8. seorg yg sentiasa merendahkan diri...dlm apa jua keadaan..lebih2 lagi bila dah tak bekerjaya ni(takde income sendiri).. pelik bila tgk org yg suka meninggi2kan diri..


HARAP KELAT BERPUEH HATI YAAA...

nak kena tag orang lain?..takpelah..tak payahler..lain kali baru intan tag orang lain ya...

Sukaneka di Sekolah


Hari Sabtu (5 Apr), sekolah anak Intan mengadakan Sukan Kejohanan Olahraga. Dalam acara sukan itu mereka ada menyelitkan sukaneka untuk murid-murid prasekolah..

Tapi sayangnya Intan tak dapat mengikuti dan menyaksikan sukaneka itu. Kesian anak Intan. Takkan Intan nak bawa baby Intan yang baru berusia 45 hari pergi ke padang sekolah kan.. Sungguh tak sesuai.. Apapun, kalau Intan nak pergi juga, kenalah tunggu suami pulang dari kerja pukul 9.00 pagi. Bila suami Intan tiba rumah, Intan pun terus bawa Shafiq(2tahun) pergi ke sekolah.

Bila sampai sekolah, Intan terus ke khemah murid2 prasekolah. Rupa2nya acara utk mereka pukul 10.00pagi. Baru je berbual dengan anak Intan, suami Intan call bagitau emak ayah Intan nak datang ke rumah Intan bawa pakcik dan makcik dari Kuala Kubu Baru.. Alamak, tak sempat juga nak tengok sukaneka. Mereka dah nak sampai rumah Intan. Intan sempat jugalah snap 2-3 keping gambar dia. Apa lagi, Intan pun bergegas balik ke rumah. Tinggallah anak Intan di sekolah yang sedang berdebar2 nak ambil acara sukaneka..


Bila anak Intan pulang, Intan tanya acara apa yang dia masuk.. Memang pening dengar cerita dari dia. Berbelit2 ceritanya. Sekejap dia kata dia tak masuk sukan..Sekejap dia kata dia masuk bawa bola dalam sudu.. Pastu dia kata masa kat rumput kalah...bila takde rumput menang.. Seingat Intan , kat padang tu semua berumput.. Entahlah.. Kalau dapat saksikan sendiri baru puas hati..


Pengalaman pertama mengandung adalah detik yang penuh keindahan bagi setiap wanita yang pernah melaluinya.. Walaupun ia sudah lama berlalu, tapi itulah detik yang paling tidak dapat Intan lupakan. Intan telah menghantar kisah pengalaman itu ke majalah keibubapaan yang terkenal "Pa&Ma".



















Lama juga nak tunggu karya intan tu di paparkan. Tak sangka pula menang dan artikel Intan disiarkan d
alam satu muka penuh majalah tersebut(keluaran bulan Mei 2005). Dapat pula hadiah dalam bentuk cek RM100, mmm.. bolehlah. Memang excited, keratan artikel terus saja kami frame kan termasuk dengan frame duplicate gambar Saufihanif disebelahnya (yang diposkan kepada pihak Karangkraff untuk Pa&Ma).

Kali ini Intan ingin mengabadikannya di dalam blog ini pula.


Inilah Saufihanif sekarang, berusia 5 tahun 6 bulan dan kini telah pun memasuki pra-sekolah. Dalam keluarga kami, dia memang terkenal dengan keletahnya dan suka 'berangan' & ligat bermain. Masa berlalu terlalu pantas dan melihat anak-anak membesar di depan mata seperti baru semalam hilang kesakitan melahirkannya. Semoga menjadi anak yang soleh & berbakti, Saufi.



Hangat di pasaran sekarang. Dapatkan segera edisi terbaru majalah antarabangsa Popular & BRIDE mengenai baby dari Johor Bahru, Malaysia Muhammad Shahir Husni b. Shahrul Fitri (mak ooi, panjangnya nama. Sape la yang bagi nama tu)yang mendapat liputan meluas di media cetak kerana mampu memberikan 'posing-posing' seperti model terkenal dalam usia sebelum habis hari lagi (masih berpantang).




Newer Posts Older Posts Home

Read The Quran