Tuan Rumah Takde Kat Rumah

Terima Kasih kepada semua yang sudi ke blog Intan.. Maaf, selama 5 hingga 6 hari mulai Rabu (25 Jun 2008), Intan tidak dapat online kerana berada di rumah emak.. Rumah emak Intan takde internet. Sebenarnya ada majlis kenduri kat rumah emak hari Sabtu nanti.. Kalau ada internet pun, confirm takde masa untuk Intan beronline..

Kepada yang datang ke sini, di harap dapat meninggalkan jejak agar Intan dapat membuat kunjungan balas nanti.

Walaupun Intan takde kat rumah, jangan la segan2 datang ya.. Blog Intan ni sentiasa terbuka utk sesiapa yg sudi singgah.

Saufi..Saufi

Semalam macam biasa, kami ke Kipmart utk barang2 dapur..Saufi pun macam biasa mata dia tgk itu ini..Sampai satu kedai tu, dia belek2 dan selak itu ini.. Rupa2nya dia cari jam Ben10. Bbrp hari sblm tu mmg dia ada sebut pasal jam Ben10.. Intan sendiri tak pernah tgk kartun tu.. Erm, mcm manelah dia boleh tau pasal kartun tu.. Mahal pulak tu.. sebenarnya bg sesetengah pihak mmg tak mahal sgt. Tapi pada Intan mmg mahal. RM8.00. Kalau beli barang dapur, mcm2 boleh dpt. Kalau tak beli pulak, dia akan melalak sekuat hati kat depan khalayak ramai.. Nasib baiklah ayah dia lembut hati masa tu, maka dapatlah Saufi beli brg yg dihajatkan tu.. Membazir je.. Sbb dia ni bila main satu2 brg tu, dia akan cepat bosan..Pastu mintak barang mainan lain pulak..ermmmmm






Inilah jam Ben10 yg Saufi suka sgt tu..

Puding Kastad

Kelmarin, lepas Saufi (anak sulung) balik dari sekolah..Intan suruh dia buat kerja sekolah..Tapi Saufi ni malas buat kerja yang menulis2.. Dia lebih suka pada mewarna, melukis, kira2 atau yg lain selain dari menulis & mengeja2..

Apa ekk Intan nak buat agar dia terus buat kerja sekolah dia? Soalan itu yg bermain dlm kepala Intan ni..Ermm..setahu Intan dia suk
a puding kastad. Jadi Intan pun cakap dgn dia "Saufi, kalau Saufi ambik kerja sekolah dan buat sekarang..ibu akan buat puding yg Saufi suka tu..yg kuah susu tu". Saufi pun jawab "ya..kuih tu Saufi suka..ok, Saufi buat kerja sekarang".

Jadi, disebabkan janji utk memberi ganjaran kalau b
uat kerja sekolah..Terpaksalah buat puding kastad. Nasib baik bahan2 asas utk puding tu ada. Cuma utk hiasan je yg takde..Tak payah hiasanlah.. Resepi ni Intan dapat kat dapur Kak Ummi.. Thanks Kak Ummi..


Puding Kastad


Bahan-bahan(utk kastad)

200g tepung kastad
2 liter air
1/4 cawan gula
1/3 cawan susu sejat Ideal

Campurkan semua adunan kecuali susu sejat ke dlm periuk. Kacau atas api perlahan sehingga kelihatan berkilat. Akhir sekali tuang susu sejat. Kacau2 sebentar hingga rata(jgn terlalu kental). Bolehlah dituang ke dlm loyang dan sejukkan.

Utk kuah

1 1/2 tin susu sejat Ideal
3/4 tin air
1 cawan gula
1 sudu kecil esen vanilla
2 helai daun pandan/perisa pandan

Campurkan semua bahan. Masak hingga mendidih. Sejukkan


Utk Hiasan

1 tin buah koktel (Ikut suka, Intan tak letak pun sbb takde stok kat rumah)



Bila dah settle dan sejuk..bolehlah terus di makan..Makan sejuk2 mmg sedap..



Berlari merupakan senaman yang paling mudah, tidak memerlukan sebarang kos atau dibebani dengan sebarang kelengkapan atau peralatan. Paling istimewa, ia dapat dilakukan di mana dan bila-bila sahaja. Senaman ringkas seperti ini jika dilakukan selalu dapat menjauhkan kita daripada tekanan, depresi dan kesan negatif yang terhasil daripada menopaus dan kehamilan. Bagaimana berlari boleh memberi manfaat terhadap emosi?

# Memberi rasa ketenangan

Aktiviti berlari meningkatkan aliran darah dan ini membuatkan kita lebih tenang dalam menghadapi tekanan dan mampu "melarikan" kita dari masalah yang dihadapi serta meregangkan otot-otot. Selain itu, beta-endorphin yang dihasilkan semasa berlari dapat meningkatkan emosi kita. Sebuah kajian menunjukkan bahawa berlari adalah efektif dalam menyembuhkan depresi yang berlaku akibat ketegangan/stress.

# Meningkatkan keyakinan diri

Kajian yang dilakukan Melpomene Institute mendapati bahawa berlari dapat meningkatkan kepercayaan diri. Ini dibuktikan oleh segolongan wanita yang menjalani aktiviti berlari adalah lebih berfikiran positif terhadap diri di mana mereka mampu memberi fokus pada kekuatan tubuh berbanding penampilan tubuh mereka.

# Meningkatkan kuasa kawalan diri

Aktiviti berlari juga mampu meningkatkan emosi. Menurut kajian Universiti Melbourne, ibu hamil yang melakukan senaman ini jarang mengalami kegelisahan dan memiliki tahap psikologi dan bentuk tubuh yang lebih baik. Tetapi mereka perlu mendapatkan nasihat daripada doktor sebelum menjalani aktiviti ini.


Sumber dipetik daripada majalah RAPI Mei 05

Nasi Tetap Baik Untuk Badan

Pakar diet selalu menyarankan untuk mengurangkan pangambilan makanan berkarbohidrat tinggi terutamanya nasi sekiranya mahu menurunkan berat badan. Walau bagaimanapun, punca utama tenaga iaitu sebanyak 60% hingga 70% masih datang daripada nasi. Secara purata, 100gram beras mengandungi 300 hingga 350 kalori. Manakala,kalori yang diperlukan oleh seorang dewasa ialah 2004 kalori, iaitu hampir sama dengan tiga hingga enam mangkuk nasi. Dalam hidangan biasa, seseorang perlukan satu hingga dua mangkuk nasi yang akan membekalkan tenaga sehari untuk badan dan ini adalah baik untuk kesihatan kita.


Sumber dipetik daripada majalah RAPI Mei 05

Fakta Mengenai Telur

  • Setiap butir telur mengandungi 17 000 bukaan pori-pori pada permukaannya. Melalui pori-pori ini, telur dapat menyerap aroma dari benda-benda lain yang ada di sekitarnya.
  • Telur lebih mudah rosak jika dibiarkan terdedah di luar selama sehari berbanding disimpan selama seminggu di dalam peti sejuk
  • Telur yang sudah berusia seminggu atau dua minggu lebih mudah dikupas kulitnya sesudah direbus
  • Untuk mengetahui samada telur sudah matang atau belum, putar telur di dalam semangkuk air. Jika ia dapat berputar dengan mudah, telur itu memang sudah matang.
  • Kuning dan putih telur paling mudah dipisahkan semasa ia berada dalam keadaan sejuk
  • Putih telur akan kembang dengan cepat jika dibiarkan pada suhu bilik kira-kira 20-30 minit sebelum dipukul
Sumber dipetik daripada majalah RAPI April 05

Tips Elak Sakit Belakang

Bagi yang terlalu lama duduk di atas kerusi sewaktu bekerja atau mengadap komputer, anda sebenarnya berisiko mendapat kesakitan pada bahagian belakang badan. Kesakitan yang anda alami ini juga boleh mengakibatkan ketegangan dan gangguan kepada kerja dan minda tanpa anda sedari. Cuba atasi masalah ini dan rasai kebenarannya. Cubalah tips ini;
  • Letakkan kaki di atas lantai dengan kedudukan mendatar. Usaha untuk selesakan keadaan tubuh
  • Letakkan di bahagian belakang kerusi dengan sebiji bantal untuk menyokong bahagian belakang badan
  • Samakan kedudukan skrin komputer selaras dengan mata untuk mengelakkan mata dari asyik terdongak
  • Pastikan posisi dan kedudukan badan tegak
  • Elakkan menyandar badan ke arah meja ketika kerja atau sedang belajar. Ini akan membuatkan posisi tubuh membongkok dan lebih memburukkan keadaan.
Sumber di petik daripada majalah RAPI Disember 04

Kek Coklat Lagiii

Selasa (3 Jun 2008)..Intan meluangkan masa untuk membuat kek coklat.. Haritu buat kek coklat kukus.. Kali ni buat kek coklat bakar pulak.. Saje je buat.. Kalau ada orang datang rumah, sekurang-kurangnya ada kek yang dapat dihidangkan. Tapi selalunya emak ayah Intan yang datang sebab nak tengok cucu-cucu mereka.. Tepat sekali..dalam 3 jam lepas kek tu siap, emak ayah dan 2 orang adik Intan datang rumah.. Dapatlah mereka menjamu selera dengan kek coklat moist tu..Dapat pujian lagii..hehehe. Resepinya Intan dapat daripada member blogger Azura.. Dia dapat resepi ni pulak kat myresepi.



Kek Coklat Moist

2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
2 cawan gula halus
4 biji telur gred A
250g buttercup
2 sudu kecil esen vanilla
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas

Cara-caranya:
  • Masukkan serbuk koko, gula halus dan air panas dan jerangkan atas dapur dengan api yang kecil sambil dikacau rata dan ketepikan.
  • Pukul butter dan gula hingga kembang dan masukkan telur sebiji-sebiji, vanilla, digaul rata dan ayak tepung dengan baking powder 3 kali baru masukkan tepung diselang-selikan dengan pes coklat tadi dan digaul hingga rata
  • Masukkan dalam loyang 9X9 inci dan dibakar selama 1 jam pada suhu 180darjah.
  • Untuk moistnya, satukan 100g coklat masakan, 1 sudu besar susu pekat manis dan 3 sudu besar air panas. Cairkan secara double boiler hingga pekat dan hiaskan ikut suka..

Kali ni buat pertama kali Intan mendapat tag yang pelik..Mula2 Intan nampak kat blogmenjerit tag ni. Tapi masa tu Intan rasa bernasib baik sebab tak di tag.. selang beberapa hari kemudian, Intan mendapat tag tu.. Biasalah, siapa lagi yang sudi mengtag Intan.. tak lain tak bukan ialah Cik Kelat.. Fening masa dapat tag tu..sebab tak faham apa soalan tag tu sebenarnya. Kebetulan masa fening2 tu, Kelat pun online.. Maka dengan perasaan geram ni, Intan terus suruh Kelat ajar..Kelat yg bersalah memeningkan kepala Intan ni.. Alhamdulillah, sekali ajar je Intan terus faham.. Terima kasih Kelat sebab sudi mengetag Intan dan mengajar cara2 menyelesaikan masalah tag ni..

Nak kena tag 10 org lepas ni? Ramainya nak kena tag.. Harap2 org yg Intan tag ni tak marah Intan macammane Intan marah Kelat..hehehe..Tapi rasanya Intan tak akan tag sampai 10 org..Cuma 6 org yg terpilih iaitu :

Aleeya
Nini
pu3
Shop For Shoppers
Toknabe
Idashah

Harap2..6 org yang tersebut tak marah Intan ya.. Suka2 untuk mengisi masa lapang..Kalau takde masa free, takpe..Bukan wajib pun menjawabnya cuma diharuskan aje..

Oh ya, menurut empunya tag ni..utk menjawab tag ni,ikutlah cara2 di bawah;

1. Klik dulu gambar zippo tuh.
2. Gambar akan expend/view pada page baru.
3. Kemudian rightclick gambar tuh dan pilih save as:- mesti pakai format *.jpg
3. Setelah save sebagai contoh di desktop, anda open file gambat yang disave tadi menggunakkan kaedah "Open With" -->winrar.
4. Kalau takde WinRAR boleh download di www.rarlab.com
5. Lepas dah bukak pakai WinRAR anda akan terjumpa 1 kepilan yang berbentuk file EXCEL dalam WinRAR itu tadi.
6. Double klik kat file tersebut.
7. Tadaaa... nak letak nama? Sila masukkan password 1234.


Selamat mencuba utk semua..

Newer Posts Older Posts Home

Read The Quran