Puding Kastad

Kelmarin, lepas Saufi (anak sulung) balik dari sekolah..Intan suruh dia buat kerja sekolah..Tapi Saufi ni malas buat kerja yang menulis2.. Dia lebih suka pada mewarna, melukis, kira2 atau yg lain selain dari menulis & mengeja2..

Apa ekk Intan nak buat agar dia terus buat kerja sekolah dia? Soalan itu yg bermain dlm kepala Intan ni..Ermm..setahu Intan dia suk
a puding kastad. Jadi Intan pun cakap dgn dia "Saufi, kalau Saufi ambik kerja sekolah dan buat sekarang..ibu akan buat puding yg Saufi suka tu..yg kuah susu tu". Saufi pun jawab "ya..kuih tu Saufi suka..ok, Saufi buat kerja sekarang".

Jadi, disebabkan janji utk memberi ganjaran kalau b
uat kerja sekolah..Terpaksalah buat puding kastad. Nasib baik bahan2 asas utk puding tu ada. Cuma utk hiasan je yg takde..Tak payah hiasanlah.. Resepi ni Intan dapat kat dapur Kak Ummi.. Thanks Kak Ummi..


Puding Kastad


Bahan-bahan(utk kastad)

200g tepung kastad
2 liter air
1/4 cawan gula
1/3 cawan susu sejat Ideal

Campurkan semua adunan kecuali susu sejat ke dlm periuk. Kacau atas api perlahan sehingga kelihatan berkilat. Akhir sekali tuang susu sejat. Kacau2 sebentar hingga rata(jgn terlalu kental). Bolehlah dituang ke dlm loyang dan sejukkan.

Utk kuah

1 1/2 tin susu sejat Ideal
3/4 tin air
1 cawan gula
1 sudu kecil esen vanilla
2 helai daun pandan/perisa pandan

Campurkan semua bahan. Masak hingga mendidih. Sejukkan


Utk Hiasan

1 tin buah koktel (Ikut suka, Intan tak letak pun sbb takde stok kat rumah)



Bila dah settle dan sejuk..bolehlah terus di makan..Makan sejuk2 mmg sedap..


0 comments:

Newer Post Older Post Home

Read The Quran