Semalam (20hb. Februari), genap umur Shahir 1 tahun.. Sekejap betul berlalu.. Rasanya baru saje melihat dia lahir ke dunia.. Tapi pejam celik-pejam celik, umurnya sudah mencapai 1 tahun..
Kami membuat majlis kecil-kecilan untuk meraikan ulangtahunnya yang pertama. Cuma ibubapa, adik2 dan jiran terdekat yang kami jemput. Alhamdulillah, walaupun buat secara kecil-kecil, tapi suasana cukup meriah dengan kehadiran anak2 jiran serta anak teman2..
Tapi Intan rasa terkilan juga sebab tak snap gambar birthday boy. Lepas potong kek, birthday boy tertidur.. Intan pun sibuk melayan tetamu..Jadi, lupalah nak ambil gambar..

Jadi,layan ajelah gambar2 yang ada ni ya.. Gambar kek, sure ada..hehe.. Ni kek yang Intan buat secara ekspress sebab pada hari yang sama juga Intan kena siapkan cup cake yang di order oleh Shida sempena birthday suaminya.. Kek untuk Shahir ni, Intan malas nak fikir panjang2..guna aje apa yang ada kat umah... Tak yah nak lukis2 kat atas kek tu.. Shahir pun bukannya faham..


Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.. Semoga Shahir akan menjadi anak yang Soleh.. Ibu sentiasa mendoakan kesihatan, keselamatan, kebahagiaan serta kejayaan Shahir di dunia dan Akhirat.. Amiin..