Mukjizatnya Azan

جامع المغفرة، الشارقة، الإمارات العربية المتحدةAzan

Hati saya terpanggil untuk sama-sama berkongsi email yang saya terima daripada seorang teman. Harap kita semua akan mendapat pengajaran dan ilmu daripadanya..


Pesanan Semasa Mendengar Azan...

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.... lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.

Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak .

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin..amin..amin Yarobbal a'lamin.."


WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;
Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wang RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan nyanyian. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.

Kepada sahabatku yang dimuliai & dihormati...
Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan 'surat berantai' melalui
e-mail mahupun edit/mengedit dan lain-lain..tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir 2 atau 3 kali.....


Islam itu Indah..(Debat Agama : Islam vs Kristian)

  • Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali
  • Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang lelaki soleh
  • Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat
  • 2 rakaat solat daripada seorang wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil
  • Wanita yang memberi minum susu badan kepada anaknya, akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikan
  • Wanita yang melayan baik suami yang pulang ke rumah dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad
  • Wanita yang menghabiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba
  • Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat
  • Wanita yang menyebabkan suami keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut
  • Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya, Allah memberi 12 tahun pahala ibadat
  • Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan
  • Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya
  • Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah
  • Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka
  • Wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa pada siang hari
  • Wanita yang hamil akan mendapat pahala beribadah pada malam hari
  • Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya , Allah mengurniakan satu pahala haji
  • Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid
  • Jika wanita melayan suami tanpa khianat, akan mendapat pahala 12 tahun solat
  • Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat2 di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya
  • Jika wanita memberi susu badan kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa
  • Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak
  • Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga
  • Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah

Dipetik daripada Bayan Mastura oleh Syed Ahmad Khan; Januari 1992

Lawak Mee Bandung

Lawak ini saya dapat daripada seorang teman..

Untuk beberapa tahun, Suffian telah mengadakan hubungan sulit dengan orang gajinya,Sutina ...Suatu hari, Sutina memberitahu Suffian yang dirinya mengandung ...

Suffian yang tidak mahu merosakkan perkahwinannya, telah mengambil keputusan untuk menghantar Sutina balik ke Bandung untuk melahirkan anak mereka di sana ...

Beliau berjanji akan menanggung segala kos untuk anak tersebut sehingga anaknya nanti berusia 18 tahun ...

Supaya rahsia mereka berdua tidak terbongkar, Suffian menyuruh Sutina supaya menghantarkan sekeping poskad dengan menulis perkataan "Mee Bandung" dibelakangnya setelah anak mereka lahir nanti .. Suffian akan menguruskan segala perbelanjaan untuk anaknya setelah mendapat poskad itu nanti ...

Suatu hari, 9 bulan selepas itu, ketika Suffian pulang dari kerja, isterinya Norzalina menegur Suffian dengan muka yang keliru ...

"Bang ... abang dapat poskad yang peliklah hari ni," kata Norzalina.


"Oh, tak pe ... bagi poskad tu kat Abang. Nanti abang jelaskan," kata Suffian.

Norzalina pun memberi poskad itu kepada Suffian dan melihat Suffian membaca poskad tersebut, sebelum muka Suffian bertukar menjadi biru, ungu dan terus pengsan!!

Poskad itu berbunyi ...

"Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung - 2 ada telur, 2 tiada telur. Tolong hantarkan kuah lebih ya!"

Tembamnya

Saya ingin berkongsi dengan teman-teman gambar baby tembam yang saya dapat daripada e-mail salah seorang member yahoo groups..






















Sekiranya anda mempunyai akaun adsense...

Pelajari 101 teknik untuk memaksimakan dan menggandakan pendapatan Google Adsense anda sekarang juga sebelum terlambat.

Inilah peluang anda untuk mempelajari teknik-teknik yang digunakan oleh pakar yang menjana pendapatan adsense sehingga mencecah ribuan ringgit sehari.

Silalah klik di sini untuk mengetahui dgn lebih lanjut bagaimana anda boleh menggandakan pendapatan melalui adsense.

Semoga anda berjaya seperti mereka-mereka yang telah berjadi menjadi jutawan hanya melalui adsense.


Lakukan Aktiviti Fizikal

Aktiviti fizikal merangkumi semua pergerakan badan yang menggunakan tenaga dalam kehidupan seharian seperti bekerja, berekreasi, bersenam dan bersukan. Hidup tidak aktif boleh mengakibatkan kegemukan dan meningkatkan risiko mendapat penyakit seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes dan sakit sendi.

LAKUKAN AKTIVITI FIZIKAL
  • Lakukan aktiviti fizikal ringan hingga sederhana sekurang-kurangnya 30 mnit sehari; tempoh aktiviti boleh dijumlahkan sepanjang hari (sekurang-kurangnya 10 minit setiap kali)
  • Pilih aktiviti fizikal yang sesuai dengan kita
CONTOH AKTIVITI FIZIKAL YANG BOLEH DILAKUKAN SEPANJANG HARI

AKTIVITI RINGAN (60 MINIT SETIAP HARI)
  • Berjalan kaki
  • Aktiviti regangan
  • Aktiviti berkebun yang ringan
AKTIVITI SEDERHANA (30 MINIT SETIAP HARI)
  • Berjalan laju
  • Berbasikal
  • Berenang
  • Menari
  • Lompat tali
  • Aerobik
  • Berlari-lari anak
  • Turun naik tangga

Tidak Merokok

Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda mendapat lebih daripada 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, penyakit jantung dan angin ahmar. Merokok boleh menjejaskan hampir semua organ dan tisu di dalam badan. Asap rokok mengandungi 4,000 bahan kimia iaitu 200 beracun dan 63 boleh menyebabkan kanser (karsinogenik).

KEKAL SIHAT! GUNAKAN KAEDAH YANG BETUL UNTUK BERHENTI MEROKOK

  • Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok
  • Yakinkan diri
  • Buat nota peringatan
  • Katakan pada diri "Aku bukan perokok"
  • Sentiasa berfikiran positif
  • Dapatkan sokongan
  • Lawan keinginan untuk merokok
  • Gunakan Terapi Gantian Nikotin (NRT)
  • Amalkan petua 10 M untuk berhenti merokok
AMALKAN PETUA 10 M UNTUK BERHENTI MEROKOK

  1. Melengah-lengah
  2. Minum banyak air
  3. Menarik nafas panjang
  4. Membuat sesuatu
  5. Menjauhkan diri dari tempat orang merokok
  6. Mengunyah sesuatu
  7. Membasuh tangan
  8. Mandi dengan kerap
  9. Melakukan senaman regangan
  10. Memohon doa

Makan Secara Sihat

  • Nikmati pelbagai jenis makanan
  • Makan mengikut waktu yang teratur - (Tiga waktu makan utama - sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam)
  • Pilihlah makanan harian berasaskan Piramid Makanan
  • Pilih makanan yang rendah gula, garam dan lemak


Contoh 1 sajian

Bijirin, produk bijirin dan ubi
  • 1/2 cawan nasi (putih atau perang)
  • 1/2 cawan mihun?mi/pasta/lain-lain jenis mi (direndam)
  • 1/2 keping capati
  • 1/2 cawan keledek/ubi kayu/keladi
Sayur-sayuran
  • 1/2 cawan sayur hijau tua bersama batangnya dimasak
  • 1/2 cawan sayur/buah berakar (dimasak)
Buah-buahan
  • 1/2 biji jambu berukuran sederhana
  • 1 hiris betik/nanas
Susu, dadih dan keju
  • 1 gelas susu
  • 1 cawan dadih
  • 1 keping keju
Ikan, ayam dan daging
  • 1 ketul paha ayam saiz sederhana
  • 1 ekor ikan kembong saiz sederhana
  • 2 ketul daging tanpa lemak berukuran kotak mancis
  • 5 sudu besar ikan bilis

Sihat Sepanjang Hayat


Kunci Untuk Kehidupan Yang Sihat Adalah Mengamalkan Cara Hidup Sihat:

  • Makan secara sihat
  • Lakukan aktiviti fizikal
  • Tidak merokok
  • Belajar Menangani Stress
Faedah Cara Hidup Sihat
  • Meningkatkan status kesihatan kita
  • Mengurangkan risiko mendapat pelbagai jenis penyakit seperti diabetes, serangan jantung, strok (angin ahmar) dan tekanan darah tinggi
  • Membuat kita kelihatan dan berasa lebih baik
  • Membolehkan kita memiliki stamina dan keupayaan lebih untuk menikmati kehidupan

Newer Posts Older Posts Home

Read The Quran