Gift Untuk Anak-Anakku

Petang semalam (29 Nov), sewaktu Intan duduk bersantai2 dengan anak2, tiba2 kedengaran suara kanak2 memberi salam.. Kami pun terus menjawab salam dan lihat siapa gerangan yang memberi salam tu..

Rupa2nya anak2 Lin.. Nampaknya ada surprise lagi ni.. Anak bujang Lin berkata "Jangan tunjuk diorg, nnti mesti diorg terperanjat"..hati kecik Intan berbisik juga"apalah agaknya yang Lin bagi ni sampai tak boleh tunjuk kat anak2 Intan ni?"..@kakros01hehe.. Tapi mcm dah agak mesti sesuatu yang istimewa utk mereka..(hehe, buat ayat karangan lagi )

Bila dibuka plastik bag tu, rupa2nya 2 set colouring book Ben10 beserta dengan krayon Ben10 lagi.. Bukan main seronok anak2 Intan..menjerit2 keriangan. Rupa2nya ole-ole dari Singapura. Sebenarnya sebelum ni pun hubby Intan pernah belikan colouring book Ben10 juga.. Tapi sekejap aje habis diwarna keseluruhan buku tu..

Dalam masa mereka gembira melihat buku2 tu, Intan pun call Lin nak ucapkan terima kasih atas ingatan Lin untuk anak2 Intan..Bila letak aje phone, Intan tengok diorg dah start warna buku2 tu.. Intan pun menjerit "Alamak! ibu belum lagi ambik gambar buku dan krayon ni. Sabarlah dulu..". Kena tunggu hubby Intan balik baru boleh snap gambar buku&krayon tu sebab hubby Intan pergi ke Muar membawa camera..









Terima kasih sekali lagi Lin atas ingatan istimewa Lin untuk anak2 Intan. Lin selalu buat mereka gembira. Tak terbalas rasanya budi baik Lin ni..Semoga rezeki Lin akan sentiasa bertambah..




Tiada kata2 atau mutiara kata dapat Intan cipta untuk teman yg ikhlas tapi jauh, Azza..
Intan tak pandai bermain dgn kata2..Tapi, terima lah kad yg tak seberapa dari Intan khas untuk Azza.. Terima kasih atas persahabatan yang dihulurkan.. Semoga silaturrahim antara kita akan terus berkekalan..


Juga buat teman2 lain yang Intan tak sebut nama.. Kepada semua, Intan dedikasikan kad ini.. Terimalah ya.. dan terima kasih kerana sudi menerima..

Kak Izan, Kak Eyna, Kak Siti, Lin, Kreuger, Elleya, Kak Jun, Kak Ummi, Hana,Kak Zanie, Mocci, Nur dan kepada yg lain2...jgn lupa ambik ya..

Terima kasih atas persahabatan yg dihulurkan..

Kad dari Azza







Terima kasih atas ingatan Azza.. Intan hargai ingatan Azza tu. Sentiasa menitip kata2 indah untuk teman2 walaupun tak pernah bersua muka.. Semoga Azza sentiasa riang dan gembira di samping suami tersayang..

Happy Birthday Lin

HAPPY BIRTHDAY TO YOU..HAPPY BIRTHDAY TO YOU..HAPPY BIRTHDAY TO LIN..HAPPY BIRTHDAY TO YOU..

Selamat Ulang
Tahun yang ke 32. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, sentiasa sihat serta riang gembira di samping suami dan anak2 tersayang..




Ni pulak, kek special untuk Lin..Semoga gembira terima kek ni..Maaflah kalau tak sedap & tak cantik.. Intan bukannya pakar dalam bidang kek ni.. Cuma baru nak berjinak2 dengan dunia kek..


Best Blogger Award


award-224x221

Terima kasih banyak2 Kreuger sebab menganugerahkan akak award ni. Best Blogger lagi. Tak sangka boleh dapat award ni..@kakros01

Akak rasa sungguh terharu di atas penganugerahan ini. Terima kasih kerana sentiasa berkunjung ke blog akak yang tak seberapa ni..

Sebenarnya akak ni dah tak aktif berblogging seperti dulu. Sebab tanggungjawab kepada keluarga dah bertambah.. Kalau dulu akak sering mengupdate blog dengan maklumat serta info yang terdiri dari pelbagai aspek. Sekarang, cuma update dengan aktiviti keluarga, anak2 dan entah apa2 entah..@kakros02

Walaupun blog akak tak best mcm blog orang lain, tapi Kreuger tetap sering berkunjung ke sini serta sering memberi komen yang bernas.. Terima kasih Kreuger..

HIDUP KREUGER!

Award ni Intan nak panjangkan kepada beberapa teman blogger yang Intan sering ke blog mereka bertegur sapa serta menimba ilmu..Mereka juga sering ke blog Intan..Semoga silaturrahim antara kita akan terus berpanjangan..

1) Kak Izan@Tersirat dan Tersurat

2) Kak Siti@Batrisyiadelightcake

3) Lin@Bisikan Hati

4) Kak Jun@Yummylicious

5) Hana@Hana's Family

6) Kak Eyna@Ummi Bakery

7) Kak Zanie@Riezanie's Recipe Collection

8) Elleya@Lovely Cakes


Kepada yang lain2 Intan tak senaraikan nama kat sini, jangan berkecil hati ya.. Intan ingat anda selalu..

@upin02@ipin02

Tag Lagi..- Hand Writing

Tag kali ni datang dari Kreuger.. Dikehendaki menulis di kertas kemudian paparkan di blog masing2 ya.. Kena guna tulisan sendiri.. Jangan guna tulisan orang lain pulak..
@ehsan02

1. Your name/username:

2. Left handed or right handed:
Sudah tentu right handed..tgk pun dah tauu..hehe

3. Favorite letter to right:

4. Least favorite letter to right:

5. Write "The quick brown fox jumps over the lazy dog"

Intan ubah sikit..dog jadi cat. Tak sedap nooo bunyi dog..

6. Tag 6 people:
Harap Maklum..Tag dah siap ya Kreuger..Semoga berpuas hati..Tapi, akak minta maaf sebab imej kurang jelas disebabkan diambil pada waktu tengah malam..hehe
@kakros01

Jelas tak no. 6 punya jawapan tu? Kalau tak jelas, Intan jelaskan kat sini..
1) Lin
2) Kak Eyna
3) Kak Siti
4) Kak Izan
5) Elleya
6) Hana

Teman2 @ kakak2 yang Intan tag, jangan marah ya..saje nak tengok tulisan pulak..Ada masa, buat ya..takde masa, tak yah buat..Intan tak marah punn..

Tag - Work Station


Tag yang Intan dapat dari Kak Eyna.. Rasanya sekarang ni dah start balik musim tag la.. Bukan setakat musim cuti sekolah tetapi juga musim tag.. Jom layannn..

Rules:
snap work station anda
then... taruk link blog anda kat bawah gambar work station anda...
iaitu bersebelahan dengan link-link blog yang ada..
tengok contoh yang dibuat nih...
begitulah seterusnya sampai bila-bila, ok...
sekiranya tag ini berkembang... pasti akan ada banyak link-link di bawahnya...
kalau tak... terencat la dia... ha ha ha...lastly...
tolong pass tag ini pada tujuh (7) blogger lain...pass la pada siapa-siapa..


@LiYaNNuaR / Azza / Suzi / Kak Aniza / Shada / EynaJB / Intan_JB

@upin01Pasni nak kena tag 7 org pulak?? @ipin02Alamak, kepada sape la yg Intan nak sambungkan tag ni..Harap2 sape2 yg kena tak marah Intan ehh.. Buatlah dgn sukarela.. Kalau takde masa, tak yah buat..Takde sape nak marah pun..
@kakros01

1) Kreuger@WarIRC
2) Kak Izan@Tersirat&Tersurat
3) Retna
4) Cikgu Mala
5) Riezanie
6) Kak Linn
7) Kasawari

Harap Maklum..Sekian, terima kasih..

Hari ni bermulalah cuti persekolahan hujung tahun bagi kanak2 sekolah termasuklah anak Intan.

Cuma tinggal sebulan lebih je la gi Saufi nak menghadapi dunia baru dia iaitu alam sekolah rendah.. Tadi Intan pergi ke sekolah Saufi berjumpa guru kelasnya untuk ambil buku laporan dia. Macam biasa..cikgu kata tentang pelajaran dia bagus cuma dia banyak berkhayal dan buat kerja sendiri bila cikgu mengajar di depan. Bila ditanya tentang matematik atau di suruh membaca, dia tau..Semua dia tau..tapi bila suruh buat kerja sekolah, dia malas..Kawan2 dia semua buat dan siap kerja.. Dia tak..dia berkhayal dan kerja tak siap.. Itulah komen cikgu setiap kali Intan berjumpa cikgunya..

Y
ang Intan sedih, dia dapat no. 13 dalam kelasnya..@kakros01Semuanya ada 25 orang murid. Markahnya cuma 68%. Intan tengok kertas exam dia..Sedihnya bila ada satu muka surat soalan matematik dia tak buat langsung. Bila Intan tanya kenapa tak buat? @mail01Dia kata,"Saufi malaslah..panjang sangat.." Ada ke patut dia tak nak jwb kat mukasurat tu walaupun 1 soalan.. Padahal kalau dia buat latihan matematik, semua betul..Hampa perasaan Intan ni..Harap2 lepas ni Saufi akan berubah bila meningkat dewasa dan memasuki alam sekolah rendah. Selamat Tinggal Alam Pra Sekolah Saufi..

Sepanjang cuti sekolah ni, kami belum ada sebarang plan.. Kalau nak buat sebarang plan, duit mesti banyak dan mencukupi. Lebih2 lagi di waktu sekarang ni yang serba-serbi mahal. Lebih2 lagi, anak2 Intan ni kalau jalan sana-sini, mata mereka sentiasa memandang itu ini dan meminta apa yg mereka nak sesuka hati mereka je.. Macamlah kami ni cap duit..

Selamat Bercuti kepada teman2 yang bekerjaya sebagai guru@cikgu.. Juga untuk adik2 yang bersekolah.. Kepada ibu2 yang macam Intan ni, Selamat melayan kerenah anak sepanjang musim cuti sekolah ni.. Semoga cuti sekolah anak2 dapat kita isi dengan pelbagai aktiviti yang menarik serta bermanfaat kepada mereka..
@upin01@ipin02

Newer Posts Older Posts Home

Read The Quran