zwani.com myspace graphic comments

Bermulanya Cuti Persekolahan

Hari ni bermulalah cuti persekolahan hujung tahun bagi kanak2 sekolah termasuklah anak Intan.

Cuma tinggal sebulan lebih je la gi Saufi nak menghadapi dunia baru dia iaitu alam sekolah rendah.. Tadi Intan pergi ke sekolah Saufi berjumpa guru kelasnya untuk ambil buku laporan dia. Macam biasa..cikgu kata tentang pelajaran dia bagus cuma dia banyak berkhayal dan buat kerja sendiri bila cikgu mengajar di depan. Bila ditanya tentang matematik atau di suruh membaca, dia tau..Semua dia tau..tapi bila suruh buat kerja sekolah, dia malas..Kawan2 dia semua buat dan siap kerja.. Dia tak..dia berkhayal dan kerja tak siap.. Itulah komen cikgu setiap kali Intan berjumpa cikgunya..

Y
ang Intan sedih, dia dapat no. 13 dalam kelasnya..@kakros01Semuanya ada 25 orang murid. Markahnya cuma 68%. Intan tengok kertas exam dia..Sedihnya bila ada satu muka surat soalan matematik dia tak buat langsung. Bila Intan tanya kenapa tak buat? @mail01Dia kata,"Saufi malaslah..panjang sangat.." Ada ke patut dia tak nak jwb kat mukasurat tu walaupun 1 soalan.. Padahal kalau dia buat latihan matematik, semua betul..Hampa perasaan Intan ni..Harap2 lepas ni Saufi akan berubah bila meningkat dewasa dan memasuki alam sekolah rendah. Selamat Tinggal Alam Pra Sekolah Saufi..

Sepanjang cuti sekolah ni, kami belum ada sebarang plan.. Kalau nak buat sebarang plan, duit mesti banyak dan mencukupi. Lebih2 lagi di waktu sekarang ni yang serba-serbi mahal. Lebih2 lagi, anak2 Intan ni kalau jalan sana-sini, mata mereka sentiasa memandang itu ini dan meminta apa yg mereka nak sesuka hati mereka je.. Macamlah kami ni cap duit..

Selamat Bercuti kepada teman2 yang bekerjaya sebagai guru@cikgu.. Juga untuk adik2 yang bersekolah.. Kepada ibu2 yang macam Intan ni, Selamat melayan kerenah anak sepanjang musim cuti sekolah ni.. Semoga cuti sekolah anak2 dapat kita isi dengan pelbagai aktiviti yang menarik serta bermanfaat kepada mereka..
@upin01@ipin02

2 comments:

budak2 skrg mmg dh pndai erti cuti sek ye..klu cuti buku pun cuti...nnti dh naik sek semuanye lupa..pening kepala mak ayah..tp bertambah pening kepala cikgu nk ajar..keh3

November 16, 2008 at 11:23 AM  

re Lin:

Ermm..kite dulu pun sama juga kann..hehe

November 19, 2008 at 9:51 PM  

Newer Post Older Post Home

Read The Quran