Sebenarnya Intan ni tengah takde idea & takde topik2 menarik yang nak dikongsi bersama kat blog ni. Lagipun sejak dua menjak ni Intan bz dgn rutin harian yang rasanya semakin bertambah bila anak semakin membesar..
Jadi, entry kali ni khas buat Azman@Kreuger yang dah bagi special gift@menciptakan banner utk blog Intan . Intan terharu diatas keikhlasan dan kesudian Azman menciptakan banner agar blog Intan kelihatan lebih menarik..Terima kasih Kreuger.. HIDUP KREUGER!
Tapi sampai ke hari ni Intan belum berjaya mempamerkan kat header blog Intan ni.. Agaknya sebab ketinggian header tu tak cukup utk banner yang Azman@Kreuger rekakan untuk Intan.. Nak edit ketinggian header tu?? hehe..haritu ada juga try buat, tapi still tak menjadi.. Entahlah, apa yg Intan edit kat kod html tu..tak taulah.. Takde apa2 perubahan yang berlaku lepas Intan edit tu..hehe. Nampak sangat yang Intan ni tak pandai bermain dgn kod2 html..
Agak2, ada sesiapa tak nak bagi tips atau panduan buat Intan?.. Segala kerjasama di dahulukan dengan ucapan terima kasih..
Assalamualaikum Akak Intan...
amboih.. terharu sunggh ar siap buat
special review entri untuk Kreuger.
Xceli ade beberapa faktor yang
menyebabkan gambar tuh tak bleh fix.
Maybe size die terlalu besar.
Yup... utk pengetahuan kak intan,
kesemua logo ciptaan Kreuger adalah
berskala 10x10 inchi. Memang kompom
besar... bleh print kat T-Shirt.
Carenye mudah saja. Apa kate kali
ni:-
1. Akak intan REMOVE dulu image
yang ade.
2. Setelah itu, pastikan kekotak
Shrink to fit ditanda
terlebih dahulu.
3. Kemudian, barulah akak intan,
BROWSE logo @ baner akak intan tadi.
4. Sekiranya masih tidak berjaya,
mungkin kak intan perlu mengecilkan
sedikit size gambar logo/baner
tersebut secara manual.
5. Kalau akak intan tak tahu macam
mane caranya, saya sedia membantu
akak. Nanti bg tau, saya akan
sediakan tutorial cara-cara utk
mengecilkan image secara manual.
6. Selepas kecilkan image secara
manual, barulah gambar tadi,
dimuatnaik semula kepada header
blog kak intan.
7. Setelah selesai semua proses
di atas. Maka SAVE dan lihat lah
hasilnye~
*Ok kak intan. Diharap dapat lah
kak intan paham untuk penerangan rinkas pada kali ni.
*Semoga berjaya.
Kreuger®
Unknown said...
November 4, 2008 at 12:50 AM
Waalaikumsalam Azman..
Terima kasih..Panjang lebar penerangan yg diberikan.. Akak faham dan akak akan cuba utk buat..
Kalau still tak berjaya juga, akak akan inform ya..
intansabreena said...
November 7, 2008 at 7:55 PM