Ada beberapa kriteria yang perlu diambil kira oleh ibubapa ketika membeli barangan mainan anak-anak. Antara kriteria itu ialah;


* Non Toksik
Ibu bapa perlu mengambil perhatian berat pada keselamatan barangan kanak-kanak dan ia sewajarnya non toksik. Bahan-bahan beracun ini boleh menyebabkan radiasi, kerosakan tisu kulit dan pada kes-kes teruk ia mungkin menyebabkan kecacatan anggota.

* Tidak Mudah Ditelan
Permainan-permainan yang kecil memudahkan kanak-kanka memakan atau sekadar memasukkannya ke dalam mulut. Hal ini sangat berbahaya dan ibubapa seharusnya mengelakkan daripada membeli barangan permainan yang kecil ini untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

* Pewarna
Sesetengah permainan menggunakan bahan pewarna tiruan. Ia mudah tanggal apabila terkena air ataupun dalam keadaan lembap. Ibubapa harus memastikan kanak-kanak tidak bermain dengan permainan sebegini.

* Tidak mudah pecah atau retak
Kebanyakn permainan yang tidak bermutu dan tidak melalui piawaian lazimnya medah pecah, retak dan sumbing kerana ia diperbuat daripada bahan murah. Sekiranya diberi pada kanak-kanak, ianya amatlah berbahaya.

Khasiat tempe terbukti dapat membantu menormalkan kadar kolestrol dalam darah. Kandungan gizinya mampu bersaing dengan sumber protein yang berasal dari bahan makanan lain seperti daging, telur dan ikan. Dengan kalorinya yang relatif rendah, 149 kal per 100 gram, tempe membantu pengamal diet rendah kalori. Dengan kandungan karbohidratnya sebanyak 12.7 gram pula, tempe sangat sesuai untuk digunakan bagi para penderita diabetes kerana ia tidak mengandungi gula. Beberapa kajian juga menyatakan bahawa masyarakat yang biasa mengambil tempe jarang terkena penyakit saluran pencernaan kerana kerana kandungan seratnya (diety fiber) mencapai 7.2 gram per 100 gram. Tempe termasuk antara makanan yang mengandungi vitamin B kompleks, di antaranya vitamin B-12 yang berfungsi untuk pembentukan butir darah merah.

Salah satu anugerah terbesar Tuhan adalah ketawa. Sesiapapun berhak dan mampu untuk ketawa semahu mungkin tanpa rasa adanya tekanan. Sejak 35 tahun lalu, ketawa dikatakan sebagai pencegah sebarang konflik malah menggalakkan hubungan sesama manusia. Namun sesetengah pakar psikologi berpendapat, ketawa memberi banyak kesan posotif dalam diri terutama untuk keadaan fizikal dan mental.

Tetapi kalau boleh, janganlah terlalu gembira dan ketawa sekuat hati sampai terlupa bahawa kita hanya makhluk yang lemah kerana bak kata pepatah " jangan terlalu suka, suka-suka akibatnya duka".

Kita mungkin sudah kerap diberitahu bahawa ikan adalah makanan yang baik untuk otak. Selain itu ikan juga mampu mengurangkan risiko terkena penyakit jantung atau mengurangkan pertumbuhan kanser payudara. Ini kerana ikan dikatakan mengandungi lemak yang amat berkhasiat untuk tubuh. Barangkali kita tidak terlalu mengenali jenis lemak seperti ini, Asid lemak Omega 3, yang ternyata juga berkhasiat mencegah depresi.

Beberapa pakar pemakanan telah meninjau mengenai kebiasaan memakan ikan pada kebanyakan orang dan mereka membuat kesimpulan bahawa semakin banyak seseorang itu memakan ikan, semakin kecil risiko mereka terkena depresi.


Pakar-pakar ini juga merujuk pada hasil penyusunan lapisan lemak di dalam otak yang terdiri dari Omega
-3s. Antara ikan yang mengandungi banyak lemak-lemak ini adalah ikan salmon dan ikan tuna. Jika anda suka makan kedua ikan ini, ada dua kebaikan yang anda perolehi iaitu memiliki otak yang sihat dan dikatakan mampu membaiki 'moodi' anda.

Bahang Syawal Masih Terasa

Syawal sudah hampir 2 minggu kita lalui, tapi bahangnya masih terasa. Sebagai umat Islam, eloklah kita mengambil kesempatan ini untuk saling ziarah-menziarahi sesama insan. Baik jiran, saudara ataupun teman. Kesempatan di bulan Syawal ini dapat digunakan untuk mengeratkan lagi silaturrahim yang mungkin sudah lama diabaikan. Disamping itu, kita juga boleh saling bermaaf-maafan di atas segala kesalahan atau dosa diantara satu sama lain. Semoga diri kita bersih dari segala dosa yang sebelum ini mungkin seseorang itu belum maafkan.

Bila sebut kisah ziarah-menziarahi, pasti bersangkut juga dengan perjalanan. Mungkin orang yang ingin kita ziarahi itu jauh, maka kenderaanlah yang akan kita gunakan. Apabila menaiki kenderaan contohnya kereta, kita mestilah memastikan kereta berada dalam keadaan baik yang tidak akan menyulitkan perjalanan kita. Pemandu juga mestilah sihat dan tidak mengantuk. Jika terasa mengantuk, bertukarlah pemandu. Ataupun berhenti dimana-mana perhentian untuk berehat dan merehatkan mata. Semuanya demi keselamatan diri kita dan ahli keluarga yang kita sayangi. Jangan pula asyik nak beraya, keselamatan di jalan raya diabaikan. Semoga kita semua selamat dalam perjalanan dan dapat bertemu dengan orang yang ingin kita ziarah serta selamat pulang semula ke rumah sendiri.

Foto Di Pagi Aidil Fitri





video

( 8 : 2 ) الأنفال




Pejam celik pejam celik, semakin hampir Ramadhan kita tinggalkan dan semakin hampir pula Syawal menjelma. Sedih rasanya. Cukupkah amalan kita untuk Ramadhan ini? Pasti tidak cukup. Terlalu sedikit.. Dapatkah kita bertemu dengan Ramadhan pada tahun hadapan? Hanya Allah yang tahu jawapannya. Tapi yang pasti, terlalu banyak tanda-tanda akhir zaman muncul sekarang. Ribut taufan di sana-sini, banjir merata-rata, tanah runtuh, gempa bumi, perang tak henti-henti, keruntuhan akhlak, kebebasan sosial dan macam-macam lagi. Takut.. Bilakah bumi ini akan aman? Nampaknya semakin huru-hara adalah.

Bilakah anak-anak muda di negara kita akan sedar dengan perangai dan tabiat buruk mereka? Saya takut tengok adik-adik zaman sekarang. Tak fikir dosa. Bebas pergaulan, buruk perangai, tak hormat orang, fikir seronok sendiri aje. Curi hak orang, tak puasa... pendek kata banyak yang buruk-buruk yang saya lihat bila keluar di tempat awam seperti shopping kompleks. Baru-baru ini adik saya kehilangan motosikalnya. Kesian dia. Baru sahaja habis bayar loan motor, motornya hilang. Beberapa tahun lepas, adik yang sorang lagi pun hilang motosikal juga. Tak tahukah mereka bahawa dunia ini hanyalah pinjaman. Kita hidup di dunia ini hanya sementara. Semuanya milik ALLAH S.W.T.


Baiklah, berbalik kita pada topik Ramadhan hampir berakhir dan Syawal hampir menjelma. Bagaimanakah persiapan kita apabila Syawal menjelma? Ada yang berbelanja sakan. Tak kurang juga yang berbelanja ala kadar. Semuanya bergantung pada kewangan masing-masing. Kalau kewangannya banyak, maka banyaklah yang dapat dibelanjakan. Kalau kewangannya sedikit, maka sedikit jugalah yang dapat kita belanjakan. Tapi yang pasti anak-anak yang akan kita utamakan. Baju, seluar, kasut mereka mesti yang baru. Kalau tak dapat yang mahal, yang murah pun jadilah asalkan mereka dapat bergaya macam kanak-kanak yang lain.


Di kesempatan ini, saya mengambil peluang mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada sesiapa sahaja pelawat yang melawat blog saya ini. Maaf Zahir Batin kalau ada kata-kata saya yang terlanjur di dalam blog yang tidak seberapa ini. Kepada teman-teman lama di Telekom Jalan Pantai Baru, KL, bila bergembira tu, jangan lupakan saya di sini. Semoga Syawal ini memberi seribu keriangan dan keinsafan bagi kita semua umat Nabi Muhammad. Amin...

Makan Kismis Untuk Cantik

Jika kismis tidak termasuk dalam diet seharian kita, bermakna kita terlepas salah satu jenis makanan untuk mengekalkan kecantikan. Kismis antara antioksida yang paling baik kerana ia mengandungi "phytochemicals" dan agen penambahan zat besi dan potassium ke dalam diet kita. Kismis juga mengekalkan dua jenis serat iaitu larut dan tidak larut. Kismis bebas kolestrol, rendah sodium dan bebas lemak. Jika kita tidak menggemari kismis, kita bolehlah menggantikannya dengan buah prun kerana ia juga adalah makanan terbaik selepas kismis.

Jambu Batu Turunkan Kadar Kolestrol

Buah jambu batu berkhasiat membekalkan vitamin dan mineral kepada tubuh badan manusia. Ia juga mampu menurunkan kadar kolestrol sebanyak 18.8% dalam darah. Disyorkan pengambilannya setiap hari dalam jumlah yang mencukupi bagi memastikan khasiatnya. Jumlah yang disyorkan ialah 400gm sehari, iatu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi sesiapa yang ingin menurunkan berat badan, jambu batu adalah pilihan yang sesuai untuk mendapatkan diet yang seimbang.


SOS TOMATO Kurangkan Risiko Kanser

Sos tomato adalah antara makanan pilihan ramai sebagai pelengkap hidangan. Sebenarnya, sos tomato mempunyai ramuan berkhasiat yang dipanggil lycopene. Lycopene berfungsi sebagai antioksida yang kuat sehingga mampu mengurangkan risiko kanser prostat, esophageal dan kanser payu dara. Lycopene juga adalah sejenis pigmen. Pigmen ini berfungsi untuk menjadikan buah tembikai dan tomato berwarna merah.Buah tomato bukan sahaja baik untuk kesihatan, tetapi ia juga baik untuk kulit.

Bagi keluarga saya, pada hari raya ketiga Aidilfitri setiap tahun adalah hari yang paling gembira dan meriah kerana pada hari itu ada satu acara perjumpaan keluarga. Pada hari itu juga akan berkumpul 4 generasi. Kami berkumpul di kampung kami di Pengerang, Johor. Kami semua mempunyai moyang yang sama. Moyang mempunyai 5 orang anak. Anak-anak moyang itu adalah arwah nenek serta datuk2 dan nenek2 saudara saya.

Pelbagai acara diadakan pada hari itu termasuk acara persembahan, acara sukan dan pelbagai acara surprise. Tapi, yang paling berharga adalah kita kenal setiap ahli keluarga kita walaupun sebelum ini kita tidak pernah kenal antara satu sama lain. Perjumpaan keluarga ini telah beberapa kali mendapat liputan akhbar
terutamanya di Harian Metro.

Sebagai generasi muda, saya rasa acara tahunan ini patut diteruskan pada masa-masa akan datang supaya generasi sekarang tidak lupa pada generasi lama. Tanpa acara seperti ini, saya bimbang semakin ramai saudara sedaging tidak kenal diantara satu sama lain. Walaupun acara ini diadakan cuma sekali untuk setahun, ia memang sudah memadai untuk kita saling kenal-mengenali diantara satu sama lain. Semoga acara tahunan ini akan dapat diteruskan walaupun mungkin kita menghadapi masalah untuk menyatukan saudara-mara yang tinggal berjauhan dan merata Malaysia.

Newer Posts Older Posts Home

Read The Quran