zwani.com myspace graphic comments

Ramadhan Hampir Di Tinggalkan

Pejam celik pejam celik, semakin hampir Ramadhan kita tinggalkan dan semakin hampir pula Syawal menjelma. Sedih rasanya. Cukupkah amalan kita untuk Ramadhan ini? Pasti tidak cukup. Terlalu sedikit.. Dapatkah kita bertemu dengan Ramadhan pada tahun hadapan? Hanya Allah yang tahu jawapannya. Tapi yang pasti, terlalu banyak tanda-tanda akhir zaman muncul sekarang. Ribut taufan di sana-sini, banjir merata-rata, tanah runtuh, gempa bumi, perang tak henti-henti, keruntuhan akhlak, kebebasan sosial dan macam-macam lagi. Takut.. Bilakah bumi ini akan aman? Nampaknya semakin huru-hara adalah.

Bilakah anak-anak muda di negara kita akan sedar dengan perangai dan tabiat buruk mereka? Saya takut tengok adik-adik zaman sekarang. Tak fikir dosa. Bebas pergaulan, buruk perangai, tak hormat orang, fikir seronok sendiri aje. Curi hak orang, tak puasa... pendek kata banyak yang buruk-buruk yang saya lihat bila keluar di tempat awam seperti shopping kompleks. Baru-baru ini adik saya kehilangan motosikalnya. Kesian dia. Baru sahaja habis bayar loan motor, motornya hilang. Beberapa tahun lepas, adik yang sorang lagi pun hilang motosikal juga. Tak tahukah mereka bahawa dunia ini hanyalah pinjaman. Kita hidup di dunia ini hanya sementara. Semuanya milik ALLAH S.W.T.


Baiklah, berbalik kita pada topik Ramadhan hampir berakhir dan Syawal hampir menjelma. Bagaimanakah persiapan kita apabila Syawal menjelma? Ada yang berbelanja sakan. Tak kurang juga yang berbelanja ala kadar. Semuanya bergantung pada kewangan masing-masing. Kalau kewangannya banyak, maka banyaklah yang dapat dibelanjakan. Kalau kewangannya sedikit, maka sedikit jugalah yang dapat kita belanjakan. Tapi yang pasti anak-anak yang akan kita utamakan. Baju, seluar, kasut mereka mesti yang baru. Kalau tak dapat yang mahal, yang murah pun jadilah asalkan mereka dapat bergaya macam kanak-kanak yang lain.


Di kesempatan ini, saya mengambil peluang mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada sesiapa sahaja pelawat yang melawat blog saya ini. Maaf Zahir Batin kalau ada kata-kata saya yang terlanjur di dalam blog yang tidak seberapa ini. Kepada teman-teman lama di Telekom Jalan Pantai Baru, KL, bila bergembira tu, jangan lupakan saya di sini. Semoga Syawal ini memberi seribu keriangan dan keinsafan bagi kita semua umat Nabi Muhammad. Amin...

0 comments:

Newer Post Older Post Home

Read The Quran