zwani.com myspace graphic comments

Bagi keluarga saya, pada hari raya ketiga Aidilfitri setiap tahun adalah hari yang paling gembira dan meriah kerana pada hari itu ada satu acara perjumpaan keluarga. Pada hari itu juga akan berkumpul 4 generasi. Kami berkumpul di kampung kami di Pengerang, Johor. Kami semua mempunyai moyang yang sama. Moyang mempunyai 5 orang anak. Anak-anak moyang itu adalah arwah nenek serta datuk2 dan nenek2 saudara saya.

Pelbagai acara diadakan pada hari itu termasuk acara persembahan, acara sukan dan pelbagai acara surprise. Tapi, yang paling berharga adalah kita kenal setiap ahli keluarga kita walaupun sebelum ini kita tidak pernah kenal antara satu sama lain. Perjumpaan keluarga ini telah beberapa kali mendapat liputan akhbar
terutamanya di Harian Metro.

Sebagai generasi muda, saya rasa acara tahunan ini patut diteruskan pada masa-masa akan datang supaya generasi sekarang tidak lupa pada generasi lama. Tanpa acara seperti ini, saya bimbang semakin ramai saudara sedaging tidak kenal diantara satu sama lain. Walaupun acara ini diadakan cuma sekali untuk setahun, ia memang sudah memadai untuk kita saling kenal-mengenali diantara satu sama lain. Semoga acara tahunan ini akan dapat diteruskan walaupun mungkin kita menghadapi masalah untuk menyatukan saudara-mara yang tinggal berjauhan dan merata Malaysia.

0 comments:

Newer Post Older Post Home

Read The Quran