Bahang Syawal Masih Terasa

Syawal sudah hampir 2 minggu kita lalui, tapi bahangnya masih terasa. Sebagai umat Islam, eloklah kita mengambil kesempatan ini untuk saling ziarah-menziarahi sesama insan. Baik jiran, saudara ataupun teman. Kesempatan di bulan Syawal ini dapat digunakan untuk mengeratkan lagi silaturrahim yang mungkin sudah lama diabaikan. Disamping itu, kita juga boleh saling bermaaf-maafan di atas segala kesalahan atau dosa diantara satu sama lain. Semoga diri kita bersih dari segala dosa yang sebelum ini mungkin seseorang itu belum maafkan.

Bila sebut kisah ziarah-menziarahi, pasti bersangkut juga dengan perjalanan. Mungkin orang yang ingin kita ziarahi itu jauh, maka kenderaanlah yang akan kita gunakan. Apabila menaiki kenderaan contohnya kereta, kita mestilah memastikan kereta berada dalam keadaan baik yang tidak akan menyulitkan perjalanan kita. Pemandu juga mestilah sihat dan tidak mengantuk. Jika terasa mengantuk, bertukarlah pemandu. Ataupun berhenti dimana-mana perhentian untuk berehat dan merehatkan mata. Semuanya demi keselamatan diri kita dan ahli keluarga yang kita sayangi. Jangan pula asyik nak beraya, keselamatan di jalan raya diabaikan. Semoga kita semua selamat dalam perjalanan dan dapat bertemu dengan orang yang ingin kita ziarah serta selamat pulang semula ke rumah sendiri.

0 comments:

Newer Post Older Post Home

Read The Quran