skip to main |
skip to sidebar
Kita mungkin sudah kerap diberitahu bahawa ikan adalah makanan yang baik untuk otak. Selain itu ikan juga mampu mengurangkan risiko terkena penyakit jantung atau mengurangkan pertumbuhan kanser payudara. Ini kerana ikan dikatakan mengandungi lemak yang amat berkhasiat untuk tubuh. Barangkali kita tidak terlalu mengenali jenis lemak seperti ini, Asid lemak Omega 3, yang ternyata juga berkhasiat mencegah depresi.
Beberapa pakar pemakanan telah meninjau mengenai kebiasaan memakan ikan pada kebanyakan orang dan mereka membuat kesimpulan bahawa semakin banyak seseorang itu memakan ikan, semakin kecil risiko mereka terkena depresi.
Pakar-pakar ini juga merujuk pada hasil penyusunan lapisan lemak di dalam otak yang terdiri dari Omega -3s. Antara ikan yang mengandungi banyak lemak-lemak ini adalah ikan salmon dan ikan tuna. Jika anda suka makan kedua ikan ini, ada dua kebaikan yang anda perolehi iaitu memiliki otak yang sihat dan dikatakan mampu membaiki 'moodi' anda.
Home
0 comments:
Post a Comment