New contact number
1 year ago
Sebenarnya donut ni Intan buat bbrp hari yg lepas. Tapi tak sempat2 nak masukkan kat sini.. Buat banyak juga. Tapi yg banyak2 tu tak sempat di snap. Anak2 laju je makan donut. Tu pun Intan bising2 suruh tinggalkan sikit utk ambik gambar.. hehe..dashat sungguh kann. Anak nak makan pun, bising2 sbb tak dpt ambik gambar donut lagi.. 

Selasa 28hb Oktober 2008, kami membuat majlis utk sambutan ulangtahun anak sulong (Muhammad Saufihanif) yang ke 6.
Majlis tu buat kecik2 aje..Cuma keluarga terdekat dan jiran terdekat aje yg dijemput. Jadi, kepada teman2 diluar sana yang Intan tak jemput..Intan mohon maaf ya..
Upin&Ipin
tu diwarna menggunakan piping jelly.. First time try buat karektor kartun. Last minute juga terlintas nak buat Upin&Ipin tu. Sbb ank Intan order karektor Ben10. Jenuh juga nak siapkan memandang takde sifu depan mata. Sifu semuanya di alam maya..Yg payahnya tu, nak lukis kartun di atas kek.. Ermm, betul2 mencabar Intan..
Nasib baiklah cik abg Intan pandai melukis.. Dialah yang tolong Intan selesaikan masalah melukis kat atas kek tu.. Pukul 5 pagi baru selesai menyiapkan kek utk anakku itu..
Antara gambar2 yang sempat diambil. Menu tu pun simple jek.. Semuanya Intan sorang yang masak tanpa bantuan sesiapa tauu. Letih betul rasanya. Cik abang Intan siang tu tak dapat nak tolong apa sebab kawannya dari Kulai datang sampailah lewat petang menghampiri ke senja.. Takkan nak halau tetamu pulakkan.
So, dengan rasa geramnya...sorang2 la settlekan hal2 hidangan ni.. Apapun, Intan bersyukur kerana semuanya siap terhidang tepat jam 8 malam.. Alhamdulillah..Labels: Foto, Gift, Kek, Keluargaku, resepi







Labels: resepi



Labels: Kek, Keluargaku, resepi