zwani.com myspace graphic comments

Happy Birthday Saufi

@ipin01 Selasa 28hb Oktober 2008, kami membuat majlis utk sambutan ulangtahun anak sulong (Muhammad Saufihanif) yang ke 6. @upin01Majlis tu buat kecik2 aje..Cuma keluarga terdekat dan jiran terdekat aje yg dijemput. Jadi, kepada teman2 diluar sana yang Intan tak jemput..Intan mohon maaf ya..@kakros01

Cuma sorang teman merangkap jiran terdekat yang Intan jemput iaitu Lin. Cuma Lin & anak2 je yang datang bagi pihak jiran. Jiran2 lain yang Intan jemput semua tak datang disebabkan oleh masalah2 yang tak dpt mereka elakkan.. Ada juga jiran yang baru dpt baby.. Erm, nampaknya tahun dpn bolehlah celebrate sama2 dgn Saufi ehh.. Tahniah buat jiran Intan (Nizam & Abby) yg baru dpt baby boy..


Kek yang Intan hasilkan sendiri.. Dalam tu kek coklat lembap Malaysia..Resepi ambik kat umah Rinn Chan.. Luar disapu dgn butter cream.. Karektor kartun@upin02 Upin&Ipin @ipin02tu diwarna menggunakan piping jelly.. First time try buat karektor kartun. Last minute juga terlintas nak buat Upin&Ipin tu. Sbb ank Intan order karektor Ben10. Jenuh juga nak siapkan memandang takde sifu depan mata. Sifu semuanya di alam maya..Yg payahnya tu, nak lukis kartun di atas kek.. Ermm, betul2 mencabar Intan..@kakros02Nasib baiklah cik abg Intan pandai melukis.. Dialah yang tolong Intan selesaikan masalah melukis kat atas kek tu.. Pukul 5 pagi baru selesai menyiapkan kek utk anakku itu..
















@ehsan02Antara gambar2 yang sempat diambil. Menu tu pun simple jek.. Semuanya Intan sorang yang masak tanpa bantuan sesiapa tauu. Letih betul rasanya. Cik abang Intan siang tu tak dapat nak tolong apa sebab kawannya dari Kulai datang sampailah lewat petang menghampiri ke senja.. Takkan nak halau tetamu pulakkan. @fizi01So, dengan rasa geramnya...sorang2 la settlekan hal2 hidangan ni.. Apapun, Intan bersyukur kerana semuanya siap terhidang tepat jam 8 malam.. Alhamdulillah..

Terima kasih kepada yang sudi datang memeriahkan majlis besday anak Intan. Dia happy sangat sebab ramai2 nyanyi utk dia..pastu semangatlah dia bagi2 kek kepada tetamu..

Semoga Saufi akan menjadi anak yang Soleh, bijak pandai, baik budi pekerti dan akan menunjukkan contoh yang baik utk adik2.. Semoga Saufi akan menjadi ahli Syurga.. AMIN..


Ini pula hadiah@buah tangan dari Lin yang dibeli di Singapura untuk anak2 Intan yang minat sangat dengan Ben10.. Saufi&Shafiq dapat baju ni. Senyum simpul mereka bila melihat baju Ben10 ni.. Apa lagi, lepas dapat terus try.. Terima kasih banyak2 Lin..

Hadiah2 lain yang Saufi dapat tak sempat di snap memandangkan lepas dapat terus main entah pegi mane hadiah2 tu..

Kepada sesiapa yang nak try buat kek coklat lembap Malaysia resepi Rinn Chan tu, silalah try ehh..


KEK COKLAT LEMBAP M'SIA


Bahan-bahan :
250gm mentega
1 1/2 caw
an gula castor
2 cawan tepung kek (or tepung naik sendiri)
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1/2 cawan air sejuk (dari petiais)
1 camca teh esen vanilla
3 biji telur gred A atau 4 biji telur gred B

Cara-cara:
1. Ayak tepung dan serbuk koko. Ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
3. Masu
kkan telur sebiji demi sebiji, anggaran 30 saat antara setiap satunya.
Pukul sederhana laju.
4. Perlahankan pukulan, masukkan tepung diselang-selikan dengan susu cair.
5. Masukkan esen vanilla.
6. Masukkan air ais dan gaul sekadar sebati.
7. Tuang dalam loyang 9in x 9in yang telah digris dan dilapik dasarnya.
8. Bakar pada suhu 170 darj cels selama 1 jam atau sehingga masak.

6 comments:

happy birthday to saufi..waahhhh, dah cun kek intan..dh boleh jual tu...

October 30, 2008 at 6:54 AM  

re Jun:

terima kasih kak Jun..Saufi mesti tersenyum bila masih ada org yg wish birthday utk dia..

hehe, rasanya masih belum ready utk jualan..byk yg perlu dipelajari@diperbaiki lagi tuu..

October 30, 2008 at 7:52 AM  

waaahhhhhh.... terer nye kak intan mendecorate cake... congrats...

October 30, 2008 at 9:09 AM  

mmg sedap kek tu,lain kali nk oeder je,x nk bt,tkut x sama rase lak...

October 30, 2008 at 6:05 PM  

re daybab:

Alhamdulillah..tapi belum terer lagi laa..byk yg perlu diperbaiki..



re sis-lin:
Ya ke sedap?Alhamdulillah..hehe, nak order? biar betul Lin ni..dah boleh dijual ke mcm tu?

October 30, 2008 at 11:24 PM  

Waa... seronoknya majlis saufi, mesti dia tak duduk diam kan... melayan tetamu kecil dia...

November 1, 2008 at 1:36 AM  

Newer Post Older Post Home

Read The Quran