Labels: Foto, Keluargaku, Si Comel

Kali ni, Intan nak tunjuk ikon senyuman yang baru Intan install. Bukan apa..sebab anak2 Intan ni minat bebeno dgn Upin & Ipin.. Tak boring2 tengok cerita Upin & Ipin tu. Jadi, Intan pun masukkan ikon senyuman ni biar diorg tak boring2 tengok blog Intan ni..


Syok pulak rasanya guna ikon senyuman Upin & Ipin ni.. Bukan anak2 Intan aje yg suka, Intan pun suka juga.. Comel la Upin & Ipin ni..
Terima kasih kepada yang mencipta ikon senyuman ni. Hakmilik sepenuhnya ikon ini ialah Upin&Ipin. Terima kasih kepada Blogmenjerit dan Topotato.
Anak kedua Intan yang sedang tengok Intan menaip ni, suka sgt tengok muka2 kartun kegemaran dia ada kat blog Intan ni..





Labels: Si Comel
- Matanya akan mengekori objek yang bergerak
- Mula membalas senyuman dan pandai senyum apabila di agah. Walaupun dia masih tidak tahu bercakap, ini merupakan salah satu isyarat yang bayi sedang belajar untuk berkomunikasi.
- Mengenali wajah ibunya dan orang-orang yang biasa berada di sekelilingnya.
- Pandai menggeliat
- Boleh mengangkat kepalanya pada 45 darjah selama beberapa minit.
- Bayi akan membuka dan menggenggam tangannya sesuka hati.
- Menghabiskan masa meneliti bagaimana rupa parasnya, menyelami perasaannya sendiri dan meneroka pergerakannya.
- Memberi reaksi terhadap bunyi bising (contohnya terkejut, menangis)


Edisi terbaru Family & Friends serta majalah penuh sensasi, VAGUE kali ini menyorot kisah bayi dari Taman Bukit Indah, Johor ini yang bertungkus lumus berusaha melatih diri untuk memberikan senyuman walaupun masih belum sampai ke tahap profesional, namun masih boleh dibanggakan kerana senyumannya mempunyai nilai komersial yang tinggi (walaupun belum tumbuh gigi lagi). Cayalah Shahir...
Tidur, tidur dan tidur! Samada kita sedar atau tidak, kita sering mengutamakan rutin ini kepada anak ketika mengasuh anak. Jika boleh kita mahu dia tidur ketika kita mahu menjalankan aktiviti peribadi ataupun kita sendiri sudah mengantuk. Tetapi ternyata si kecil bukanlah mesin yang boleh mengikut apa sahaja kehendak kita.Bagaimanapun, hati mana yang boleh tahan kalau sehingga larut malam pun dia seakan-akan masih bertenaga dan ghairah untuk sentiasa bermain. Kita mula resah apabila se kecil enggan melelapkan mata. Tubuh kita kian diasak keletihan. Namun, hasrat untuk tidur terpaksa ditangguhkan kerana dia mahu kita terus melayaninya. Beberapa langkah dibawah mungkin dapat membantu kita ;
- Sediakan suasana malam yang sunyi - Kurangkan aktiviti anak kecil setengah jam sebelum masa tidur. Dengan ini anak kita akan menjadi kurang aktif.
- Sediakan jadual - Tuliskan beberapa perkara yang perlu anak kita lakukan sebelum tidur di atas kertas. Antaranya seperti membaca doa tidur. Tampalkan kertas tersebut pada pintu biliknya. Apabila tiba masa tidur, semak semula jadual tersebut. Pastikan anak kita telah melakukan semua perkara yang telah disenaraikan.
- Senaman ringkas - Ajarlah anak kita beberapa bentuk senaman mudah seperti yoga. Setiap pergerakan ini boleh mergangkan badannya. Melalui senaman ini, dia akan berasa lega dan tenang serta ototnya dapat direhatkan.
- Berkhayal - Suruhlah dia memejamkan mata. Kemudiannya, minta dia bayangkan dirinya berada di suatu tempat yang istimewa seperti di tepi pantai atau di tempat lain yang menjadi kegemarannya. Dengan cara ini, dia akan berasa tenang dan gembira.
- Mengurut dan membelai - Walaupun masih kecil, otot tubuhnya boleh menjadi tegang. Ini adalah kesan daripada pelbagai aktiviti yang dilakukan seharian. Oleh itu, urut dan belailah dia agar tubuhnya berasa lega. Kita boleh lakukan urutan dengan menggunakan minyak yang berbau wangi.
- Beritahulah bahawa dia tidak keseorangan - Sebelum dia tidur, jelaskan kepada anak, bahawa dia tidak keseorangan meski pun bersendirian di bilik tidur. Beritahulah dia bahawa Tuhan se
ntiasa menemaninya. Malah, Tuhan akan melindungi anak yang baik dan patuh kepada ibu bapa. - Biarkan biliknya disinari cahaya - Sekiranya dia takut berada dalam kegelapan, sediakan lampu tidur di biliknya. Sinar malap lampu tersebut akan dapa t menghilangkan rasa takut dalam diri anak kita.
- Dodoi dan belailah dia - Rapatkan dia pada tubuh kita. Dakaplah dia agar dia berasa sangat hampir dengan kita. Dodoi dan belailah dengan penuh mesra. Ini bukan sahaja membuatkan dia rasa disayangi. Malah, ia turut merehatkan anak kita.
Labels: Si Comel
Menghabiskan hujung minggu bersama anak-anak di tempat permainan sama ada di taman atau pun di tempat tertutup pasti merupakan satu detik yang menyeronokkan bagi anak kita. Kewujudan pelbagai jenis alatan permainan di sekitar taman di mana saja memberikan pilihan kepada kanak-kanak. Alat permainan terbahagi kepada dua iaitu permainan luar dan permainan dalam. Permainan luar merujuk kepada peralatan mainan yang disediakan di satu kawasan luar khusus untuk kanak-kanak bermain. Kemudahan ini terdapat di taman atau kawasan-kawasan perumahan.Taman permainan luar bukanlah satu yang janggal didengar. Namun bagaimana pula dengan taman permainan dalam? Tidak ramai yang menyedari kewujudannya. Apatah lagi menyediakan kemudahan taman permainan dalam di tempat kediaman masing-masing. Kebanyakan ibu bapa gemar membawa anak mengunjungi padang permainan yang terletak berhampiran dengan rumah masing-masing. Namun, bagi bayi yang baru belajar untuk merangkak atau pun baru bertatih, ia bukanlah suatu tempat pilihan yang sesuai.
Padang permainan yang luas dengan hamparan rumput yang menghijau bukanlah tempat yang ssesuai bagi bayi bermain. Apabila dibawa ke sana, m
ereka hanya mampu duduk diam dan bersantai di dalam kereta sorong. Mereka tidak mempunyai banyak pilihan melainkan tidur ataupun berbaring sambil mendengar hiruk-pikuk kanak-kanak lain bermain. Bagi yang sudah boleh merangkak atau berjalan pula, mereka hanya dapat berada di sisi ibu sambil memerhati.Anak kecil ini tidak bebas bermain di padang permainan. Lantaran itu, mereka lebih memerlukan persekitaran taman permainan dalaman berbanding padang permainan yang luas.
Labels: Si Comel
Yang lain pula berpendapat, anak hiperaktif bertindak pantas, aktif dan tidak dengar cakap dan agak degil. Semua ini hanyalah sebahagian daripada pelbagai gambaran negatif terhadap seorang anak yang dilabelkan sebagai hiperaktif. Persoalannya, adakah anak hiperaktif boleh dianggap sebagai anak yang bermasalah? Sebenarnya, apa jua tingkah laku anak-anak samada baik atau buruk dikawal oleh otaknya. Otak yang mengawal segala aktiviti samada yang wujud dalam bentuk perubahan emosi mahupun perubahan tingkah laku.
Otak adalah organ pertama yang terbentuk dan menjadi pusat pentadbiran manusia dan mula dibina sejak hari ke 16 kehamilan. Empat bulan pertama sewaktu dalam kandungan, 100 bilion hingga 1 trilionsel-sel neuron dibina untuk membolehkan otak berfungsi. Sel-sel neuron tersebut kemudiannya mengalami proses kematangan masing-masing. Ketika anak dilahirkan kematangannya mencapai tahap 25 peratus. Seterusnya meningkat sehingga 50 peratus sewaktu enam bulan, 85 peratus ketika berusia tiga tahun hinggalah mencapai 95 peratus kematangan apabila berumur 6 tahun.
Hakikatnya, sejak anak dilahirkan sehingga mencapai umur enam tahun, otak yang dimiliki oleh kanak-kanak sebenarnya mampu melakukan apa sahaja yang mampu dibuat oleh otak orang dewasa. Ini bermakna, setiap rangsangan yang diterima oleh anak dalam apa jua bentuk yang boleh didengar, dilihat, disentuh dan dirasai akan diterima dan diolah oleh sistem otaknya. Otak inilah yang menjadi penggerak kepada seluruh anggota tubuh seseorang. Kerana inilah Al-Ghazali r.a pernah berkata "Barangsiapa dapat mengawal dunia dalamannya makan mudahlah baginya untuk mengawal dunia luarannya.
Labels: Si Comel
Anak kedua aku kurang sihat. Kesian dia. Puncanya berjangkit dari abangnya. Mula-mula abangnya yang batuk selsema. Lepas sihat abangnya, adiknya pula diserang batuk, selsema dan demam sekali. Kesian aku tengok dia. Terbatuk-batuk. Selera makan pun kurang. Tak macam selalu. Selalunya, dialah yang kuat makan. Pantang apa saja makanan yang ada, semua nak dimakan. Sejak 2, 3 hari ni...selera makan dia kurang pulak. Semua benda ditolak. Sedih aku tengok dia... Kebetulan, semalam juga birthday suami aku...tak ada apa yang istimewa. Maklumlah, anak kurang sihat...aku pun jadi macam orang tak sihat. Konon-konon nak masak speacial untuk suami aku. Tapi, semuanya
tak menjadi. Nantilah, bila semua dah sihat....aku nak masak special juga untuk suami dan anak-anak ku.Malam tadi, masa dia tengah tidur.... dia terbatuk-batuk sampai termuntah. Keluar susu yang baru lepas diminum. Matanya masih pejam tapi mulut keluar muntah. Naluri hati aku sebagai seorang ibu....ish, sedih tak terkata. Kesian anak aku. Kalau anak-anak aku sihat, macam-macam aktiviti lasak yang mereka buat sampai aku tak keruan. Tapi, kalau mereka tak sihat...hati aku selalu tersentuh.
Lepas dia muntah, hingar-bingar pulak bunyi mercun di sekeliling rumah aku. Maklumlah, jiran-jiran menyambut Deepavali. Jiran depan rumah aku tak balik rumah emak dia ke? Anak baru seorang, tapi sambut Deepavali dekat rumah sendiri. Apa salahnya baliknya rumah orang tua? Agaknya berbeza budaya kita dengan budaya mereka. Lama pulak tu bunyi dentam-dentum mercun depan rumah aku. Terperanjat anak-anak aku. Ish...kalau tak fikirkan dia tu jiran, memang dah kena 'sound' dengan aku. Mengganggu tidur anak-anak kecil.
Harap-harap kesihatan anak aku akan cepat pulih. Biarlah dia sihat seperti biasa. Biar dia aktif, lasak... dan apa-apa sajalah, asalkan sihat daripada muram dan tidak sihat. Sebagai ibu... tidak pernah lekang dari mulutku untuk mendoakan kesejahteraan, kesihatan dan ketaatan mereka kepada Allah. Semoga anak-anak aku menjadi anak-anak yang soleh, sihat, baik budi pekerti, bijak pandai dan sentiasa berbahagia kehidupan mereka di dunia dan akhirat. Mungkin sekarang pelbagai ujian dan cobaan terpaksa aku tempuhi untuk membesarkan mereka. Memandangkan anak-anak aku ni lasak-lasak. Tapi, aku yakin satu hari nanti merekalah yang akan menyenangkan aku. Doa-doa dari mereka yang akan membahagiakan aku sewaktu aku sudah tiada di dunia ini lagi. Semoga anak-anak akulah yang akan menunggu aku di pintu 'SYURGA'.. AMIN....
Labels: Si Comel
Kanak-kanak bermain kerana seronok. Tetapi kita tahu bahawa bermain pun adalah penting untuk perkembangan kanak-kanak. Kanak-kanak belajar tentang dunia di sekeliling mereka melalui barangan permainan yang mudah dan meniru tindakan orang dewasa. Bermain dapat menolong menggalakkan kemahiran anak-anak berbahasa, berfikir dan mengatur.Kanak-kanak belajar dengan mencuba perkara-perkara yang baru dan akan bertanya kepada kita apabila ada sesuatu yang mereka tidak faham. Bermain boleh membina pengetahuan, pengalaman dan membantu kanak-kanak membesar dengan sifat ingin tahu, berkeyakinan serta berdikari. Jika anak-anak kita bertanya pelbagai soalan, jawablah dengan jawapan yang mudah dan penuh kesabaran kerana kadangkala soalan mereka memang yang pelik-pelik.
Kanak-kanak suka berlakon atau main olok-olok. Mereka suka menggayakan pakaian ibu bapa mereka untuk menjadi ibu atau ayah. Meniru gaya percakapan ibu ayah yang mereka lihat seharian. Berusaha melakukan sesuatu yang baru dan berlainan adalah langkah yang perlu dalam perkembangan kanak-kanak.
Adakala kanak-kanak gemar bermain sendirian tetapi adakala mereka mahu bermain bersama orang dewasa. Bercakap, menyanyi, mendengar muzik dan bunyi adalah baik untuk bayi serta kanak-kan
ak. Begitu juga dengan bacaan doa, lagu nurseri dan sebagainya. Jika, setiap hari diulang-ulang, ia boleh membantu memperkayakan pengetahuan dan penguasaan bahasa kepada anak. Contoh terdekat adalah anak saya sendiri yang saya ulang-ulang bacakan doa makan setiap kali dia ingin minum susu sejak umurnya sebulan. Apabila umurnya 1tahun 6 bulan, dia sudah boleh membaca doa makan sendiri setiap kali hendak makan dan minum.Labels: Si Comel
Ada beberapa kriteria yang perlu diambil kira oleh ibubapa ketika membeli barangan mainan anak-anak. Antara kriteria itu ialah;
* Non Toksik
Ibu bapa perlu mengambil perhatian berat pada keselamatan barangan kanak-kanak dan ia sewajarnya non toksik. Bahan-bahan beracun ini boleh menyebabkan radiasi, kerosakan tisu kulit dan pada kes-kes teruk ia mungkin menyebabkan kecacatan anggota.
* Tidak Mudah Ditelan
Permainan-permainan yang kecil memudahkan kanak-kanka memakan atau sekadar memasukkannya ke dalam mulut. Hal ini sangat berbahaya dan ibubapa seharusnya mengelakkan daripada membeli barangan permainan yang kecil ini untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
* Pewarna
* Tidak mudah pecah atau retak
Kebanyakn permainan yang tidak bermutu dan tidak melalui piawaian lazimnya medah pecah, retak dan sumbing kerana ia diperbuat daripada bahan murah. Sekiranya diberi pada kanak-kanak, ianya amatlah berbahaya.
Labels: Si Comel
- Adakah anda mematuhi setiap kemahuan anak?
- Adakah anda memberi sepenuh tumpuan apabila anak sengaja cuba mendapatkan perhatian anda?
- Anak sering merayu dan merengek untuk mendapatkan sesuatu?
- Adakah dia mematuhi peraturan dan arahan? Atau akhirnya anda terpaksa melakukan kerja-kerja yang ditinggalkan?
Jika kesemua jawapan adalah 'Ya', ini bermakna anak kita terlalu dimanjakan. Masih belum terlambat untuk kita membentuk karektor anak selagi kita bersikap tegas.Kita mesti menolak permintaan anak dengan tegas dan tetap pendirian walaupun anak menangis dan memberontak.
Seeloknya, penjagaan gigi haruslah dilakukan semasa mereka masih bayi lagi. Sekiranya dilakukan secara rutin, mereka sudah terbiasa melakukannya. Untuk menjadikan aktiviti memberus gigi lebih menarik, ia boleh dilakukan bersama kita dalam keadaan bergurau senda. Pasti mereka akan lebih terhibur dengan aktiviti memberus gigi. Insya Allah.
Khasiat Minyak Ikan Kod
Labels: Si Comel
Anak-anakku,
Kaulah permata hati ibu,
Kau jua jantung hati ibu,
Kaulah harta ibu yang paling berharga,
Kehadiranmu membawa sejuta makna,
Hidup ayah ibu menjadi lebih bahagia.
Labels: Si Comel
Melihat anak membesar didepan mata adalah satu pengalaman yang amat indah. Lebih-lebih lagi jika kita sendiri yang menjaga dan membesarkan mereka. Mungkin ramai juga ibu-ibu yang di luar sana sama seperti saya. Berkorban untuk tidak kerja semata-mata ingin menjaga anak sendiri tanpa perlu memberi orang lain untuk menjaga mereka. Lihatlah gelagat anak2 saya, Muhammad Saufihanif, 4 tahun 8 bulan dan anak kedua saya, Muhammad Shafiq Haikal yang berumur 1 tahun 4 bulan. Keletahnya memang sering membuat saya dan suami tertawa.
Labels: Si Comel
Saya telah memasang alat penapis pada skrin monitor kerana takut ada kesan pula pada matanya. Hasilnya, dia dapat mengenali kesemua huruf, warna, shape, nombor dan banyak sekali vocab Bahasa Inggeris termasuk banyak lagu-lagunya. Intonasi dan 'pronounciation' Bahasa Inggerisnya pun sangat bagus seolah-olah diajar oleh guru orang putih. Kami telah dapat menjimatkan banyak wang dari perlu menghantarnya ke Nursery yang mahal. Lagipun, CDRom itu masih boleh digunakan oleh adik-adiknya juga selepas ini dan mendapat impak yang sama. Jump Start program memang bagus dan sangat berkesan.
Bayangkan, baru 4 tahun setengah, dia dah tahu A for apple hingga ke Z, mengenal semua warna, nama dan sifat2 binatang dan bentuk geometri dalam Bahasa Inggeris serta boleh mengira dalam Bahasa Inggeris. Dia boleh faham dan mengira dari 1 hingga 100 dalam Bahasa Inggeris. Yang peliknya, dia mempelajarinya tanpa bantuan kami dan kami pula sangat jarang berbahasa Inggeris dengan dia selama ni. Dalam masa yang sama, kami banyak download dan guna software educational program & interactive game dari Internet. Yang paling digemarinya ialah Playhouse Disney interactive website yang saya anggap terbaik di cyberspace. Dari pemerhatian saya, impak IT adalah lebih menonjol dari kebanyakan tadika yang yurannya secara relatifnya adalah jauh lebih mahal. Ini dapat dibuktikan dari perbezaan yang ketara di antara anak kami itu berbanding rakan2 & sepupu2 sebaya yang ke Tadika ekslusif yang mahal. Pada pendapat kami, Tadika hanyalah mempunyai motif mencari untung sahaja berbanding mendidik. Kanak-kanak lebih banyak diberi peluang bermain dari belajar. di samping itu, terdapat juga risiko di mana anak2 mempelajari input yang tidak baik dari guru atau rakan-rakan sekelas tanpa disedari.
Labels: Si Comel

Kasih sayang sebenarnya adalah satu konsep yang kadangkala sukar untuk digambarkan secara fizikal. Dengan itu, kita berasa sukar untuk melakukan sebarang tindakan yang boleh dikaitkan dengannya.
Labels: Si Comel




























