skip to main |
skip to sidebar
Kanak-kanak bermain kerana seronok. Tetapi kita tahu bahawa bermain pun adalah penting untuk perkembangan kanak-kanak. Kanak-kanak belajar tentang dunia di sekeliling mereka melalui barangan permainan yang mudah dan meniru tindakan orang dewasa. Bermain dapat menolong menggalakkan kemahiran anak-anak berbahasa, berfikir dan mengatur.
Kanak-kanak belajar dengan mencuba perkara-perkara yang baru dan akan bertanya kepada kita apabila ada sesuatu yang mereka tidak faham. Bermain boleh membina pengetahuan, pengalaman dan membantu kanak-kanak membesar dengan sifat ingin tahu, berkeyakinan serta berdikari. Jika anak-anak kita bertanya pelbagai soalan, jawablah dengan jawapan yang mudah dan penuh kesabaran kerana kadangkala soalan mereka memang yang pelik-pelik.
Kanak-kanak suka berlakon atau main olok-olok. Mereka suka menggayakan pakaian ibu bapa mereka untuk menjadi ibu atau ayah. Meniru gaya percakapan ibu ayah yang mereka lihat seharian. Berusaha melakukan sesuatu yang baru dan berlainan adalah langkah yang perlu dalam perkembangan kanak-kanak.Adakala kanak-kanak gemar bermain sendirian tetapi adakala mereka mahu bermain bersama orang dewasa. Bercakap, menyanyi, mendengar muzik dan bunyi adalah baik untuk bayi serta kanak-kanak. Begitu juga dengan bacaan doa, lagu nurseri dan sebagainya. Jika, setiap hari diulang-ulang, ia boleh membantu memperkayakan pengetahuan dan penguasaan bahasa kepada anak. Contoh terdekat adalah anak saya sendiri yang saya ulang-ulang bacakan doa makan setiap kali dia ingin minum susu sejak umurnya sebulan. Apabila umurnya 1tahun 6 bulan, dia sudah boleh membaca doa makan sendiri setiap kali hendak makan dan minum.
Home
Setuju...perkembangan kanak2 memang berkait rapat dengan persekitaran dan ibu bapa. Biasanya tingkahlaku serta percakapan ibu bapa menjadi ikutan anak2, untuk itu ibubapa haruslah menunjukkan contoh yang baik bagi perkembangan sihat si anak . Spt doa makan bolehlah dipraktikkan setiap kali hendak beri dia minum susu, jika selalu diulang2 lama kelamaan ia boleh menjadi ikutan si anak pula. Begitu juga yg berlaku pada anak2 saya.
TokNabe said...
November 6, 2007 at 2:10 PM
Alhamdulillah toknabe. Segala perkara yang baik, moga menjadi ikutan anak2 kita. Sebaliknya pula, jika kita melakukan sesuatu yg tak baik, moga2 tidak menjadi ikutan mereka. Contohnya jika kita ada perselisihan faham suami isteri,jgnlah bergaduh di depan anak2 kita...nanti terperanjat pulak mereka. Betul tak?
intansabreena said...
November 6, 2007 at 3:40 PM
Memang setuju,
terutama Ammar.. memang banyak pertanyaan itu ini.. kita kenalah sabar menjawapnya.. apa lagi dia memang "kepoh" sikit..
Kasawari said...
November 7, 2007 at 9:58 AM
kena berbicara dengan anak2..even mereka belum paham..kena byk terangkan kalau mereka melakukan kesalahan...lama2 mereka akan paham atau cuba memahami...hubungan ibubapa dgn anak pun akan bertambah erat..just my 2 cent
arsaili said...
November 7, 2007 at 10:58 AM
Betul tu kasawari.Anak-anak yg sedan g membesar mmg terlalu byk soalan.Kadang2 tu soalan mereka mencabar juga.Dan kadang2 pula menguji kesabaran kita.Selagi kita tak jwb,berulang2 kali dia akan soal kita.Anak sulung saya sendiri dah mcm2 soalan walaupun baru berusia 5thn.
intansabreena said...
November 7, 2007 at 7:39 PM