Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita penemuan emas di pantai Mersing, Johor. Ramai orang telah ke sana untuk mengambil peluang mendulang emas. Khabarnya ada yang mendapat ribuan ringgit semata-mata kerana mendulang emas dan mendapat emas di pantai tersebut.
Ibubapa aku juga tidak melepaskan peluang ke pantai tersebut sewaktu mendapat jemputan kenduri kahwin di Mersing pada hujung minggu lepas . Mereka ingin melihat sendiri benarkah apa yang dihebahkan di akhbar. Rupanya memang benar, ramai orang sedang mendulang emas di pantai tersebut. Terlalu ramai orang hingga tidak terkira.
Ibu aku pun bertanya kepada salah seorang penjual air minuman di tempat parking kereta, "Awak tak mendulang emas kat bawah sana?". Penjual air itu pun menjawab, "Tak payah makcik, kat atas ni pun dah jadi lombong emas". Wah! begitu hebat jualan air minumannya. Sehingga dia tak pedulikan emas di tepi pantai. Jual air sahaja pun seperti mendapat emas. Itu bermakna terlalu ramai orang ke sana untuk mendulang emas. Apabila terasa dahaga, air minuman pasti dicari. Ibu aku bertanya pula kepada salah seorang yang sedang mendulang, "Banyak ke emas yang awak dapat? Berapa ringgit awak dah dapat?". Dia menunjukkan emas yang hanya sebesar sebutir gula pasir. Katanya " saya dah dapat RM 1,000".
Aku bertanya kepada kedua ibubapaku samada mereka mengambil kesempatan itu untuk mendulang sama. Rupa-rupanya mereka tidak mendulang, cuma mahu melihat kebenaran berita yang didengar. "Kenapalah tak mendulang sama, sekurang-kurangnya RM500 mesti dalam tangan" aku berkata kepada ibuku.
Begitulah hakikat kehidupan. Di mana ada lubuk emas atau lubuk pendapatan, pasti ramai yang akan ke sana. Pakcik aku yang tinggal di Ampang, Selangor pun berkata yang jirannya sanggup ke Mersing untuk mendulang emas. Kalaulah aku ada kesempatan, silap-silap aku pun nak mendulang sama. Hehehehe...Siapa yang tak mahu emas kan? Kalau di tukar duit..itu yang kita nak tu.
Orang-orang yang tinggal di Mersing pasti tidak melepaskan peluang untuk mendulang emas. Kalau dah jadi kaya kerana mendulang, janganlah lupa untuk bersedekah ya. Moga-moga rezeki anda semua akan bertambah. Amin..
ini sangat menarik..umm cam ne leh bersepah2 kat dlm air tu ye...
arsaili said...
November 30, 2007 at 8:12 PM
entahlah arsaili...tu semua kuasa Allah.
intansabreena said...
December 1, 2007 at 12:27 AM
Ya mmg itu suma kuasa Allah SWT.tapi sbgai manusia kita perlu mngkaji bgaimana ia berlaku. Ini semua termaktub dlm bidang Geologi. Mineral emas banyak berlaku dalam telerang kuarza(Quartz)dalam batuan.Emas dipantai Mersing berasal dari Bukit bersebelahan dengan pantai tersebut.(xingat nama Bukit itu).Telerang kuarza daripada bukit tersebut telah terluluhawa(weathering)dan pecah,dan batuan bersama telerang ini diangkut sebagai serpihan kecil oleh arus sungai hingga termendap di pesisir pantai.Ini dipanggil mendapan aluvial.Emas mempunyai ketumpatan sangat tinggi lalu termendap dlm pasir dan tanah liat di pantai.Bila kita mendulang,mineral emas akan terkumpul di dalam dulang kerana lebih tumpat dari mineral lain.hehe.now we all know where it came from right..
Anonymous said...
February 9, 2008 at 2:13 PM