zwani.com myspace graphic comments


Set Tauge automatik



Kerajaan Malaysia sangat menggalakkan kita mempelajari bidang pertanian. Kita biasa mendengar kempen Kerajaan, Pertanian Itu Satu Perniagaan. Saya dan suami berserta beberapa orang kawan kami telah berkongsi dalam menceburi bidang pertanian konsep moden yang dipanggil Fertigasi dan Hidroponik. Malah kami juga telah mengusahakan set Tauge Automatik di belakang rumah kami setelah mendapat tunjuk ajar dari Institut Pertanian Air Hitam (IPAH). Kami telah juga membuat model Hidroponik di depan rumah kami seluas 5' X 10'. Kami telah memulakan dengan skala sederhana (dalam 1300 pokok) tanaman Melon Wangi veriety Golden Langkawi di sebuah kawasan di Kompleks Belia Larkin dan di Kampung Parit Ramunia di Benut. Kami juga telah mengusahakan tanaman cili Kulai Susu yang unik itu. Malah penerbit rancangan Agrotek telah mengutus surat pada kami meminta kebenaran membuat rakaman aktiviti di kebun kami. Akhirnya krew Agrotek datang ke kebun kami dan membuat rakaman itu pada bulan Julai 2006 dan ditayangkan di rancangan Agrotek RTM1 sebulan berikutnya. Kos set up memang tinggi tetapi kos operasinya tak mahal kerana semuanya dibuat secara automatik. Suami saya telahpun membuat blog dalam 2 bahasa untuk berkongsi pengalaman & pengetahuan kami tentang bidang ini. Silalah lawat blog suami saya di pertanian-moden-precision-farming.blogspot.com
atau di http://guide-to-precision-farming.blogspot.com


















Saufi dengan buah Rock Melon yang baru dipetik di Benut















Kebun kami di Benut

4 comments:

Akhirnya, sy jumpa juga. Dah lama sy cari blogger2 yg ada buat pertanian cr fertagasi ni..blh share info.
smoga berjaya jd usahawan tani moden.

November 2, 2007 at 6:27 PM  

Terima kasih..Insya Allah, maklumat mmg boleh dikongsi bersama. Kami juga sedang cuba menjinak-jinakkan diri dengan cendawan tiram.

November 3, 2007 at 9:00 AM  

ok...bleh nk sertai sama.. seronoknye bercucuk tanam...dan nmpak hasil nya..

April 16, 2012 at 11:34 PM  

ok...bleh nk sertai sama.. seronoknye bercucuk tanam...dan nmpak hasil nya..

April 16, 2012 at 11:34 PM  

Newer Post Older Post Home

Read The Quran