zwani.com myspace graphic comments

Merokok merupakan risiko kanser yang paling banyak diberikan publisiti. Daripada perspektif kesihatan, tidak diragui lagi, merokok atau menggunakan tembakau dalam sebarang bentuk merupakan ilihan paling buruk yang boleh dibuat.

Menurut AICR, penggunaan tembakau bukan sahaja meningkatkan risiko kanser paru-paru, ia juga boleh mempengaruhi beberapa bentuk kanser lain (serta meningkatkan risiko terhadap penyakit kardiovaskular dan strok).

Menurut WHO, kanser paru-paru pada masa ini adalah pembunuh terbesar dan merupakan kanser paling umum - lebih 1.3 juta kes di seluruh dunia dan hampir sejuta kematian setiap tahun.

Di Malaysia juga keadaan yang sama buruk dengan negara lain. Kanser paru-paru pada masa ini merupakan penyebab utama kematian lelaki akibat kanser yang meragut beratus nyama setiap tahun.

Kematian akibat kanser ini boleh dicegah. Hanya ikut peraturan mudah ini : Jangan merokok atau menggunakan tembakau dalam sebarang bentuk. Jika pada masa ini anda tidak merokok, jangan mulakannya. Jika anda merokok, berhentilah.

6 comments:

Setuju 500% penyebab kanser. Tapi bila dah mulakan tu yang sukar nak berhentikan.

November 17, 2007 at 8:57 PM  

Erm..kalu baru start merokok tu camner nak buat? Ada petua? :)

November 17, 2007 at 9:27 PM  

Toknabe, harap2 toknabe bukan seorg perokok ya..Kesihatan tu penting bukan sahaja utk kita tapi juga utk org yg kita sayang..bukan begitu?

Hai Dean...kenapa?Dean baru belajar merokok ke?Kalau baru belajar,rasanya senang kot nak lupakan rokok. Insya Allah, saya akan cuba cari petua.Saya pun dah janji dgn azlanlin utk cari petuanya. Insya Allah, saya akan usahakan.

November 20, 2007 at 6:20 AM  

say NO to SMOKING - dulu my dad heavy smoker - so dia stop dengan replace rokok with gula hacks. Biasa nak merokok lepas makan, so ambik hacks. But still perlu displin yg kuat...

November 20, 2007 at 8:34 AM  

Saya dulu memang kuat merokok.. ketika itu waktu belajar di IPTA.. he he.. study malam jer.. mesti ada rokok.. sbb konon konon sumber inspirasi la.. cuma nak halau nyamuk.. Alhamdulillah sekarang ni dah berhenti hampir 10 tahun dah.. dan ada hisap hisap bila rewang rewang kawin dan terus tak hisap hampir 5 tahun.. ok ber...

November 21, 2007 at 4:24 PM  

to arsaili; ayah saya pun sama gak...tapi bila dah kerap sakit dada...doktor nasihat berhenti sbb mungkin effect dari rokok.Dia pun jadi takut dan terus berhenti...Dah hampir 20 tahun juga dia berhenti

to kasawari ; tahniah...semoga kasawari dapat galakkan teman2 kita yg lain agar berhenti rokok spt azlanlin dan dean.

November 22, 2007 at 12:16 AM  

Newer Post Older Post Home

Read The Quran